Friday, September 27, 2013

Nuffnang : Status Glitterati tukar jadi Non-Glitterati

Assalamualaikum..

Nampak tak dekat keliling blog aku ni ada iklan Nuffnang? Aku adalah salah seorang blogger berdaftar dibawah Nuffnang. Rugi lahkan kalau kita boleh dapat income dari jadi blogger ni tapi kita sia-siakan kan? Hehe..

Aku ada 3 buah blog. Semuanya aku daftarkan bawah satu akaun Nuffnang. Minggu lepas, masa aku tengah buat rutin harian aku, iaitu menyemak duit dalam akaun Nuffnang, Macam takdek keje lain aku ni.Aku terkejut kenapa status aku dari Glitterati dah jadi Non Glitterati. . Kalau bertukar status je takpe lagi.. Ni, duit yang tengah dalam status ongoing pun dah jadi separuh.. Contohnya sebelum ni RM 3.00 dah jadi RM 1.50..

Ohhh tidakk..Dalam menjadi blogger ni, nampak duit masuk seploh sen pon dah melompat hepi.. Haaa.. sape kata minyak naik 20 sen tu tak banyak? Try la jadi blogger.. Nak dapat 20 sen tu pun payah.. Haha!

Ok, sambung balik... Aku pun tanya la dekat Nuffnang atau nama glemernya hantar tiket, kenapa status aku boleh berubah. Sangat efficient diorang ni..Kejap je soalan aku dah terjawab. Tak sampai setengah hari pun. Ini soalan dan jawapan nya : 


Ohhh..Ok, memang 2 lagi blog aku, iaitu Alam Makanan Nasrina dan Nas Butik dah lama jugak tak berupdate. Takkan pengiklan baik hati sangat nak letak kan iklan diorang dekat blog yang tak aktifkan? Hehe.. Jadi, aku buat keputusan untuk remove dulu iklan-iklan dekat dua-dua blog ni dan tengok bertukar balik tak status Gliterrati aku tu..

Tak lama lepas aku remove iklan dari dua-dua blog ni, status aku dah tukar jadi Glitterati balik dan duit yang terkumpul tu pun dah berganda semula.. Yiipiee! \0/ Setel masalah..Hehe..

Oh ye..Tanya soalan/hantar tiket dekat Nuffnang ni jugak, boleh bantu pengiklan nampak kewujudan blog kita ni tau. Series aku baru tau dari blog Yumida. Bila pengiklan tau kewujudan blog kita ni, barulah blog kita ni dapat banyak iklan. Jadi, rajin-rajinlah hantar tiket dekat Nuffnang ni ya. Banyak tips nak dapatkan CPUV  dari Nuffnang ni aku belajar dari blog Yumida.. Blogger yang sangat-sangat membantu...Terima kasih daun keladi.. ^_^





4 comments:

  1. Assalamualaikum awak. yumida ni power. semua benda tahu. dia punya ringgit dalan nuff dah melimpah ruah. heeeeeeee. sheila takda nuff. tumpang happy dengan kawan-kawan je. heeeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnyekan...dr jd blogger je duit boleh melimpah ruah.. murah rezeki..

      Delete
  2. alhamdulillah
    bertukar balik jd gliteratti
    segan pulak yumida...alhamdulillah..dpt membantu sedikit sebanyak buat org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing is caringkan.. ^_^..tq yumida

      Delete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails