Monday, September 2, 2013

Mesti Tonton : Jo Frost ( Extreme Parental Guidance)

Assalamualaikum..

Aku nak share dengan korang cerita yang aku tengok dekat tv sekarang ni.. Masterchef Australia dan Jo Frost : Extreme Parental Guidance. Dua-dua cerita ni dekat Channel 709, Lifetime dekat Astro. Yang aku suka dekat Astro ni, cerita dia berulang-ulang. So, aku tak la frust sangat kalau waktu sebenar cerita tu ditayangkan aku tak dapat tengok. Hehe..

Ok, jom cerita pasal rancangan Jo Frost. Kalau tengok iklan, memang rasa taknak tengok rancangan ni. First impression macam dia nak suruh kita mengajar anak kita secara ganas je. No no no.. Sangat bertentangan dengan ajaran islam. Tapi aku memaksa jugak diri aku untuk tengok hari tu. Sebab aku rasa macam tak mungkin pulak nak ajar budak-budak secara ganaskan.. Episod pertama je dah buat aku jatuh hati nak tengok lagi dan lagi.Banyak ilmu keibubapaan kita boleh dapat daripada rancangan ni.

Aku dah tengok dua episod dah. Kalau tak silap aku memang baru dua episod tu lah dekat tv. Dalam tiap-tiap episod, Jo Frost ni akan handle dua kes kanak-kanak yang degil taknak dengar cakap mak diorang sebab sangat-sangat terlebih manja. Budak-budak tu dah sangat selesa dengan keadaan tu. Contohnya: 24 jam asyik duduk depan komputer main game, degil taknak makan sayur, makan main-main, taknak tolong buat kerja rumah dan suka ejek mak diorang balik bila bercakap. Selain daripada dua kes, dalam tiap-tiap episod, Jo Frost ni akan buat satu kajian tentang perkembangan kanak-kanak tak kira lah dari segi fizikal atau mental.

Eksperimen untuk episod pertama haritu, dia buat kajian untuk tau kesan video game untuk kanak-kanak. 20 orang kanak-kanak akan main game yang extreme, macam game perang, dan 20 kanak-kanak lagi akan main game yang santai macam game bola. Diorang akan main untuk 20 minit dan akan dipanggil secara random untuk di interview. Masa interview tu, interviewer tu akan buat-buat terjatuh bekas pen yang ada atas meja. Adalah dalam 10 batang pen dalam bekas tu. Dalam kajian tu, boleh dikatakan, hampir semua kanak-kanak yang main game perang tu, tak tolong langsung kutip pen-pen tu. Interview tu akan terus je berjalan dengan pen-pen yang berterabur dekat bawah meja tu. Diorang jeling je dekat pen-pen yang jatuh tu dengan muka selamba.Tapi sangat-sangat berbeza dengan kanak-kanak yang main game bola. Hampir semua yang dipanggil untuk interview tu, tolong kutip balik pen-pen tu. 

Kajian ni menunjukkan kanak-kanak yang main game perang, hilang kepekaan dengan keadaan di sekeliling dia. Hilang kepekaan untuk membantu seseorang dan hilang kepekaan tentang apa yang dia perlu lakukan dalam sesuatu keadaan. Dalam masa 20 minit je diorang main game tu. Cuba kita bayangkan. Macamana kalau kita biarkan anak-anak kita main game atau tonton cerita yang ganas-ganas. Hilang kesedaran untuk melakukan apa yang patut dan tak patut dilakukan di sekeliling dia. Huhu..Sangat bahaya.. Jadi, elok lah dari awal kita kawal mainan dan cerita apa yang sesuai untuk anak-anak kita..


Haritu aku ada baca status dekat FB Prof. Dr. Rozieta Shaary.

Soalan:

Zuriahati Zainal Bila bercakap mesti ada jawapan kita tak mahu kita dengar.

Jawapan:

Bila anak-anak menjawab, cuba dengar jawapan mereka. Kemudian mulakan komunikasi.Contoh; Tanyakan kepadanya, apa yang menyebabkan sayang tidak mahu mandi? Dengar jawapannya, kemudian tanya lagi, sehingga tiga kali supaya dia tahu anda mahu mendengar alasannya dan memberi perhatian. Then sell the idea why you want him to do the thing you want to do and give reason.

If after explaining he is still stubborn, you may just put your foot down and get him to do what need to be done.

Always remember, you are the leader and not your child. You are the boss and not him. However, do it gently and with kindness first.

Emm... Apa yang aku boleh buat kesimpulan adalah, dalam mendidik anak, dalam memanjakan, tetap perlu ada peraturan dalam kehidupan seharian. Perlu lebih banyak ilmu keibubapaan dalam diri aku ni untuk menjadikan anak aku ni aset yang berharga untuk aku di dunia dan akhirat nanti insyaallah..

Rancangan Jo Frost : Extreme Parental Guidance
Rabu 8.00 p.m
Ulangan (Khamis 10.00 a.m, 2.00 p.m)
Ulangan (Sabtu 5.00 p.m)



 


2 comments:

  1. Xleh bkk 709 kt umah....... T_T
    Nk kne subscribe ni....huhuhu....

    ReplyDelete
  2. Tulah li.. Dah la takdek dekat youtube pulak tu.. Kalau ade, tak yah subscribe =p

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails