Wednesday, September 11, 2013

Jom Jalan-jalan Hujung Tahun



Assalamualaikum..

Akhir tahun lepas, aku ada pergi Penangkan? Ingat tak aku ada buat tabung? Tahun ni aku nak buat lagi.. \0/Tabung ni baru je dilancarkan..Dengan penuh bersemangat nak berjalan-jalan, aku pun pikir lah berapa yang patut dikumpul dan berapa kerap duit perlu masuk dalam tabung ni. Malas nak buat kotak dah. Aku pinjam tabung Aisyah.Hehe.. Nah, tengok la betapa huduhnya tulisan aku.. -_-"



Kalau dulu, kitorang setkan setiap hari kena simpan RM2 dalam masa 3 bulan. Masa tu dapatlah kitorang kumpul nak dekat RM300. Kali ni kitorang ubah strategi sebab nak kumpul banyak sikit kononnya. Bukan kumpul tiap-tiap hari dah, tapi setiap kali ada je duit warna hijau dalam purse, iaitu RM5, kitorang akan masuk tabung ni. Atau pun, agak-agak semua duit hijau dalam purse tu nak pakai jugak, setiap hari Ahad bermula minggu ni, sekurang-kurangnya 3 keping duit hijau kena masuk dalam tabung ni. 3 keping sorang.. Seminggu RM30. Cepat sikit duit jadi banyakkan? Kan?Kan? Tak pun sebenarnya, jangan tertipu dengan diriku ini. Sebenarnya lebih RM2 je pun berbanding  kalau kumpul hari-hari RM2. Haha! Tapi, kalau kitorang ikut strategi masukkan duit hijau dalam tabung ni setiap kali ada duit hijau dalam purse mungkin bezalah sikitkan... Memang cepatlah banyaknya.Kena cekalkan hati tak guna duit hijau dan terus masuk dalam tabung ni.. *kamiakanberusaha*

Nak pergi mana dan bila tarikh yang betul-betul nak pergi belum tetapkan lagi. Kumpul je dulu. Bila dah sampai masa, duit pun ala-ala dah banyak kumpul, baru pikir..Tapi yang kompem, dalam Malaysia je. Haha!
 
Korang dah plan nak pergi mana-mana hujung tahun ni? Tak yah kumpul duit? Untung laaaaaaaaa.... Haha! Ayatdengkisangat.. Yang rasa-rasa duit tak cukup, jom menabung! Sempat lagi ni.. Sekali sekala berehat, tengok tempat orang aka hanimun..Kihkih.. Aku tak terfikir idea ni masa belajar dulu.. Kalaulah aku terfikir, akan ku rancang percutian bersama 8d8...Kumpul duit dari awal sem. Dapat je duit PTPTN, tabung perlu dilancarkan dulu. Haha!



9 comments:

  1. yay! ade tabung jugak..tapi kiterg buat setiap kali masuk gaji, tolak siap2 masuk tabung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang takdek gaji bulanan li.. Kena la buat tiap mggu.haha

      Delete
  2. hmmm...tabung asb masing2. duit gaji every month tolak masuk asb siap2..takut terpakai. thn ni pusing2 msia je..hihi. Wei...teringin bercuti same2 8d8...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ne kan...teringin jalan jalan dgn 8d8.. Takdek ke geng geng kita yg kawen dgn orang jauh jauh sikit.. Boleh g kenduri merangkap bercuti.. =p

      Delete
  3. akak pernah gak buat kekonon tabung gi bali tgh panas2 nak g bali bali kena bom langsung padam cita-cita..pastu dah berapa kali buka tabung tu sbb dah penuh tp tak jugak ke balinya ha ha

    ReplyDelete
  4. Dah boleh pergi dah kak, takde bom-bom dah..tabung pun dh penuh dh tu..hee

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. bagusnya amalan menabung ni nas! heeeeeeeeee sheila pun menabung gak. tapi takda lah hadkan warna hijau je. dari syiling ke warna unggu kalau ada, buh dalam tabung. hehehhee. Jum, honeymoon dalam Malaysia :)

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam..hihi..ni nk bagi senang kira n senang nk agak agak berapa dh kat dalam tu...jom bercuti \0/

    ReplyDelete
  7. lepas ni tabung guna duit merah plak ya...hehe....

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails