Friday, September 6, 2013

Dah Lama Tak Share Gambar Budak Kecik Ni..

Assalamualaikum..

 

Dah lama tak share gambar Aisyah. Alhamdulillah hari Selasa haritu, 3 September, Aisyah genap 4 bulan.. Alhamdulillah sihat, dan aktif. Kalau sebelum ni meniarap bila ada bantal dekat kepala dan tangan pun sebelah tersekat-sekat lagi nak keluar. Sekarang ni baring sekejap je pun laju je nak tunjuk skill meniarap dia tu. 

Mulut dah asyik nak menyembur.. "Aabbbbuuuuuu! Aaaabbbuuuu!" Riuh betul suara sambil menyebur tu.Haha!





Kalau lapar sangat, ngengek-ngengek..Lepas tu, bila aku buat dek je mula lah nangis mendayu-dayu sambil panggil "Emm...mmaaaakkkkk" Haha! Taktau lah perasaaan aku ke apa, tapi semua orang pun dengar dia panggil emak. Dari umur 3 bulan lagi dah pandai nangis mendayu-dayu bunyi emak.. Mana tak melompat aku yang mulanya nak buat dek je terus bagi susu.Kehkeh..

Jangan makan depan dia.. Dia akan pandang je kita. Kejap pandang pinggan kita, kejap tengok kita mengunyah. Kita telan makanan, dia telan air liur. Ada haritu, aku tengah makan nasik lemak sambil riba dia. Dia tarik kacang-kacang nasi lemak tu dalam dua tiga biji nak masuk dalam mulut dia. Woooottttt! Mak aku kata, ada potensi kuat makan macam aku.Wink!Wink! @_@



3 comments:

  1. Assalamualaikum. comelnya! nak geget pipi dia bolehhhh :)

    ReplyDelete
  2. awak, jemput join review blog 2.0 sheila. semua yang join akan direview secara berperingkat :- http://www.sheilashahfiekry.my/2013/09/review-blog-20.html

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam..ok sheila, nnti saya join =)

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails