Thursday, September 26, 2013

Bercuti Bertiga?

Assalamualaikum..

Wiken lepas ofis Shahril ada buat Family Day. Yey!! Bawak Aisyah pergi bercuti! \0/ Agak cuak jugak, macamanalah Aisyah nanti.. Dah la dekat Sabak Bernam.. Macamanalah environment dekat sana.. Tepi laut ke.. Hutan ke... Banyak nyamuk ke tak.. Sesuai bawak baby ke tak.. Macam-macam pikir.. Dari beberapa hari sebelum pergi, dah bagitau dekat Aisyah,"Kita nak bergi jalan-jalan, Aisyah elok-elok ye.." Alhamdulillah.. Semuanya berjalan denga lancar ^_^

Family Day ni buat dekat Institute Perakaunan Negara. Sangat sangat sangat berpuas hati. Bilik macam taraf hotel 3 bintang. Selesa sangat. Persekitaran bersih, besar. Ishhh..Tak tercakaplah kepuasan hati ini.. Yang paling berpuas hati,  kalau sektor kerajaan jugak yang nak buat event dekat sini, bilik adalah free. Bayar untuk makan je.. Perghhhhhhhh... Kalau lah aku tau tempat ni masa aku kerja JKR dulu..Kompem! Tiap tahun ada family day..Haha! Kalau aktiviti lagha macamni memang kerja aku dulu..Haha.

Banyak kali dah kitorang nak buat Family Day tapi tak jadi. Budget tinggi la nak buat family day.. Nak balik hari macam tak puas. Tak syiok.. Sebab kekangan budget. maka asyik tak jadi je nak buat Yela, dengan makan lagi,bilik, hadiah, transportation.. Berapa pulak nak kena keluarkan duitkan? Sponsor? No sponsor sponsor okeh.. Marilah bekerja dengan integriti yang tinggi. Ewahhh! Haha! Kepada kakitangan kerajaan yang tercari-cari tempat yang murah untuk buat apa-apa acara, tempat ni adalah highly recommended oleh saya.. ^_^ Orang luar pun boleh kalau tak silap. Tapi kena bayau ye..


 

 
Ok kan bilik dia? Bersih...Dan sojuk..



Aisyah hepi gila. Terus guling guling.. Tau sangat dia mood bercuti..  

 Dapat bilik bawah..Senang nak angkut barang...Ambik dari balkoni ni je..Hehe..

Abah dengan mak ambik la barang-barang ye.. Aisyah nak tengok tv.. 
Sampai tertido budak kecik ni.. Selimut abah kena bawak jugak..  Bagi dia rasa macam dekat rumah sendiri.. Hehe..

Malam tu ada BBQ..  Lekatkan pelekat ubat nyamuk dekat baju Aisyah dengan dekat stroller dia. Kuat gila bau serai wangi.. Pening kepala aku bau.. Kompem.. Nyamuk pun pening..Haha.

Lepas makan, bawak Aisyah jalan-jalan keliling tempat makan tu. Aisyah mengantuk gila... Dah kuyu-kuyu dah mata dia.. Nguap dah banyak kali..Bawak jalan-jalan kejap..Terus tido atas bahu...Walaupun speaker sangat-sangat kuat, nyenyak jugak dia tido.. Aisyah ni memang macamtu. Bising boleh tido. Kalau sunyi sangat, taknak tido...
Esoknya sukaneka pulak.. Shahril kumpulan biru.. Aku menyebok jugak dekat situ. Meramaikan orang..Hehe..

Tengok, punya lah bising dengan orang bersorak. Elok je dia tido nyenyak. Ni aku berdiri sebelah speaker ni.. Macam takde apa-apa berlaku je.. 
Tapi tak boleh lawan baby girl ni la.. Haha! Kemain selesa lagi dia tido atas tikar tu sebelah orang lari-lari.. Aisyah ada pesaing.. !Haha.
Ok, tu je cerita bercuti bertiga tapi beramai ni.. Hehe..





Weh, betul tau.. Aku sangat-sangat mempromosikan tempat ni.. Puas hati...\0/




 

4 comments:

  1. wah beznye
    berholiday bersama yg tersayang

    ReplyDelete
  2. Ok ini mkngah nk try komen....
    wah best gilerr tmpat ni. Boleh tanya berapa satu mlm..??
    aisyah...mkngah rindulah...

    ReplyDelete
  3. bahahahha..tergelak2 aku bile tau tempat tu kat IPN. patut la bile tgk gambar mcm kenal je tmpt tu. situ la aku bertaaruf selama sebulan (induksi) nak nanges aku kena duduk sane sebulan.

    ReplyDelete
  4. eh eh.. cardigan-tudung gelap-tracksuit bacin!! nie cam kwn sy yg berdepe'kkk tu! kak, leh bg no tel admin otel nie tak..

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails