Monday, September 9, 2013

Apa nak dibuat dengan susu badan yang dah tamat tempoh?

Assalamualaikum..

Selama ni aku duk la fikir-fikir apalah boleh dibuat dengan susu badan yang aku duk pam lepas tu duk terperam je dalam deep freezer rumah mak aku tu. Aisyah sampai sekarang taknak susu botol. Yelah, mak asyik depan mata je agaknya kan? Bila aku bagi je botol, dia punya menangis.. Ya Allah... Macam nangis kena pukul.. Tak sampai hati, sua je terus nenen.. Huhu.. Orang kata kena kuatkan hati.. Tak mampu laa nak biarkan dia menangis lama... T_T

Dulu aku rajin la mengepam. Tu yang banyak stok-stok lama dalam peti tu. Aisyah lahir bulan 5, sekarang dah bulan 9.. Anggap je lah dah tamat tempoh dan dah tak sedap..Baki susu yang aku ajar Asyah pakai botol tu, mana yang tak habis,aku sedekahkan kat pokok buat baja..Kihkih.. Nak buang terus sayang..

Kadang-kadang terfikir je ada tak sesiapa sudi nak jadi anak susuan aku atau apa laaaaa yang aku boleh buat dengan susu-susu yang ada dalam peti ais ni. Artikel dalam KOSMO harini agak memberi sinar harapan dekat aku..Eccehh.. Dekat ruangan Rencana Utama, muka surat 22 ada info pasal Kitar Semula Susu Badan.

  • Sabun daripada susu badan dibuat dan diajar cara-cara pembuatannya di sebuah kediaman dua tingkat di Kota Kemuning, Shah Alam yang dikenali sebagai Bonda Villa. Susu-susu ibu yang tamat tempoh diberi peluang kedua. Ia menjadi bahan penting dalam pembuatan sabun.
  • Bahan-bahan lain yang digunakan seperti susu kambing, kunyit, serai, minyak sayur sayuran, seperti minyak zaitun, kelapa sawit serta minyak pati.
  • Adunan tersebut akan menghasilkan sabun dengan berat lebih kurang 900 gram.
  • Maklumat lanjut boleh didapati di FB:Lavensoap atau emel ke lavensoap@gmail.com.Keuntungan jualan disalurkan ke The Breastfeeding Advocates Network (TBAN) untuk kegunaan kumpulan sokongan itu. 
 
 
 

Tapi, KOSMO ada jugak minta pendapat dekat Ustaz Haslin Baharin tentang sabun susu badan ni. Ustaz Haslin kata, pembuatannya perlu ditelitikan. Susu ibu yang dibiarkan lama sehingga rosak, boleh bertukar menjadi darah. Justeru, boleh atau tidak susu badan dijadikan sebagi sabun memerlukan banyak perbincangan dan perlu diperhalusi pada peringkat jabatan agama atau majlis fatwa. Beliau memberi contoh pembuatan gincu daripada uri yang tidak dibenarkan.

Ok, kalau aku nak bagi dekat diorang ni untuk buat sabun boleh tak? Tapi aku was-was la nak pakaikan selagi fatwa kita belum putuskan boleh ke tak orang islam guna sabun ni. Emmm...Kalau kita tak pakai, tapi kita kitar semula untuk orang yang boleh pakai.. Aci ke tak aci macamtu?



5 comments:

  1. dulu kan.. susu badan i yang dah tamat tempoh.. tak tau nak buat apa.. i siram je kat pokok.. hahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kann.. kenyang-kenyang pokok minum susu..

      Delete
  2. Replies
    1. Li...takmo makan sabun, takmo..haha

      Delete
  3. susu ibu takkan berubah jadi darah... susu is susu... darah is darah... =)

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails