Tuesday, August 20, 2013

Perbezaan Lelaki Dan Perempuan

Assalamualaikum..

Semalam, ada check up untuk Aisyah. Cucuk 3 bulan. Alhamdulillah Aisyah tak nangis masa cucuk. Masa cucuk bulan pertama pun tak nangis. Tapi cucuk bulan lepas dia menangis. Aisyah ni dia berjangkit sikit bila dengar ada budak lain menangis. Kalau ada budak tengah nangis, dia mula lah buat mulut cembeng nak nangis.. Kalau lama lagi dia dengar budak tu menangis, dia pun join menangis sekali. Alkisah nya, masa masuk dalam bilik nak jumpa nurse bulan lepas, ada lah sorang budak ni menangis. Ah sudah.. Muka Aisyah dah sayu dah. Budak tu mak nya tanggalkan baju nak timbang je pun menangis. Kuat gila pulak tu. Dah setahun lebih dah aku rasa umur dia. Dah dengar budak tu menangis kuat gila. Aisyah pun terus menangis sekali. Berlanjutan sampai nak cucuk tu.. Bila kena cucuk, lagi la sedeh... Menangis lama jugak. Sampai  dalam kereta.. Pujuk-pujuk, bagi nenen baru diam.. Sayu sangat cara menangis nya.. 

Lepas balik dari klinik semalam, bukak IKIM.fm. Ada topik pasal rumah tangga. Alamak..Lupa lah pulak nama ustaz tu. Ala ustaz yang suka gelak tuh..Haha! Ok, aku memang tak ingat nama dia. Ustaz tu kata, nak kan kebahagiaan dalam rumah tangga, jangan ungkit perbezaan. Jangan cari perbezaan dekat pasangan kita. Dah Allah memang tetapkan. Lelaki sifatnya begitu. Perempuan sifatnya begini. Jangan nak paksa-paksa nak bebel-bebel kenapa dia tak macam kita. Kalau nak bentuk, bentuk perlahan-lahan.

Ustaz tu bagi contoh, kalau picit ubat gigi. Lelaki akan picit je ikut suka hati. Tapi kalau perempuan, dia akan picit teratur je dari bawah ke atas. Lagi satu contoh dia, kalau membeli barang. Perempuan punyalah lama dekat satu-satu tempat tu. Duk belek-belek sampai puas hati baru beli. Lepas tu akan ingat benda apa yang kurang dekat rumah, Kalau lelaki, dah target nak beli apa, beli tu je lepas tu balik..

Ok, seriesssss... Senarai yang ustaz tu cakap, perangai yang dekat lelaki tu adalah perangai aku. Yang perempuan tu ada dekat abah Aisyah. Picit ubat gigi? Aku lah yang picit ikut suka hati tu. Bila Shahril yang masuk toilet, elok je ubat gigi tu kembung kat atas kempis kat bawah. Haha

Kalau beli barang? Aku lah orang yang target nak beli apa. Dah jumpa balik.. Selebihnya cari barang yang saja-saja nak abehkan duit. Memang aku tak pernah nak pikir apa yang kurang dekat rumah tu. Minyak dah nak habis? Pencuci kain? Syampu? Sabun? Aihhhh... Semua Shahril yang tukang ingat. Dan cerewetnya dia masa membeli.. Aduih la... Sangat-sangat teliti. Kalau membeli barang dapur, selalu sampai ngantuk-ngantuk aku tunggu dia membeli.


Tengok la haaaaa... Ini masa dekat IKEA haritu, Nak beli simple rak je pon kot. Lama gile.. Dah la aku pakai kasut yang tak best masa tu (Ok, ketat sebenanye sebab dah gemok.Hihi). Aku dah tahap bukak kasut tu, pijak je lepas tu jalan seret je kasut tuh.. Besar ok IKEA tu..-_-"

Tengok tu, macan-macam jenis support untuk rak tu. Bersusun..Haha! Dia susun macamtu sebab nak tanya pendapat aku. Aku jawab "Tak kesah. Saya ok je yang mana pun.. " Haha! Baik tak yah tanya kan? Tapi Shahril memang macamtu. Apa pun mesti nak bincang. Termasuk lah hal kecik nak beli support rak tuh.. Beli je lah abang ooii.. Kaki saya dah sakit nih... Kalau aku tak sakit kaki pun, tutup mata je kot beli tu..  Ada masalah, datang balik IKEA beli baru..Haha! 

Itulah dia kan.. Sorang perangai macamni, sorang perangai macamtu.. Untuk mengcompletekan each other.. Kalau aku dengan dia perangai sama macam perangai aku? Kompem! Kompem tambah kelam kabut jadinya..Haha. 

Jadi, kesimpulannya, semoga suami saya bertabah dengan saya... Nak bentuk saya perlahan-lahan ye.. Kuikui..




No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails