Monday, August 5, 2013

Gandakan Tabungan

Assalamualaikum..

Tahun lepas, waktu bulan puasa, aku still lagi dekat JKR Wilayah.. Aku masuk ofis pukul 8 pagi. Sempat la aku dengar tazkirah pagi dekat Ikim.fm tiap-tiap hari. Aku still ingat lagi tazkirah dari sorang ustaz ni. Tapi err.. nama dia aku dah lupa. Dia bagitau pasal sedekah dan gandaan pahala yang berlipat kali yang kita boleh dapat di bulan Ramadhan ni.Dia kongsikan tips menambahkan pahala dengan cara bersedekah yang kita memang selalu buat sebenarnya tapi tak terfikir pun pasal gandaan pahala ni.hehe

Antara pahala yang paling mudah sekali untuk kita dapat adalah melalui perkara yang dah biasa masyarakat kita buat. Iaitu, bagi duit raya dekat ahli keluarga, saudara mara, jiran dan tetamu. Tapi, sedekah @ bagi duit raya tu dah masuk bulan Syawalkan? Jadi, pahala yang kita dapat tu bukan lah berganda ganda macam yang kita akan dapat kalau kita bersedekah di bulan Ramadahan.

Macamana cara nak dapatkan ganjaran berlipat ganda tu? Kita buat list awal-awal. Dari bulan Ramadhan ni, kita buat list dekat siapa kita nak bagi. Jadi, dari niat kita tu, Allah dah bagi berlipat kali ganda dengan pahala niat. Jangan risau andai kata bila tiba hari raya nanti kita macam dah terover budget. Dari nak bagi rm5 dah jadi rm2 je... Allah tetap akan kira niat awal kita tadi tu.. Satu niat untuk buat kebaikan, Allah dah bagi kita pahala sebelum kita buat kebaikan kita tu. Bila dah buat, Allah tambah pahala lagi untuk kita..

Jadi, kepada sesiapa yang belum buat list duit raya lagi, jom buat! Hehe... Aku dari dulu memang dari awal akan buat senarai nama sepupu sepapat, anak-anak saudara, pakcik makcik yang akan dapat duit raya daripada aku. Tapi, masa tu niat aku untuk taknak budget burst je. Haha!

Kepada sesiapa yang asyik tangguh je nak bagi sedekah dekat masyarakat yang susah, dekat orang yang memerlukan, dekat Syria, dekat Palestin. Jom! Jangan tangguh lagi.... Tinggal 2 hari je lagi untuk kita menambahkan tabungan akhirat kita jadi berganda...




No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails