Sunday, August 18, 2013

Cerita Raya Kami

Assalamualaikum..

Dah seminggu lebih raya, baru nak update cerita raya.. Selamat Hari Raya semua! ^_^v Maaf Zahir dan Batin ye... 

Tahun ni Alhamdulillah.. Beraya bertiga.. Eksaited nya lebih sikit. Tahun lepas tak kesah pun tak sedondon. Tahun ni seboklah aih nak sedondon. Kaler ape tau? Kaler pink pekat. Haha! Shahril la ni. Dia yang pilih kaler tu. Aku hip hip hurey aje... Hehe..

Tak plan nak pakai raya pertama sebab raya dekat KL kan. Rumah mertua aku. Lebih kepada duduk rumah tunggu tetamu datang. Lebih dekat dapur atau kalau takdek orang datang, tebongkang melepak depan tv je. Kehkeh.. Jadi, kitorang buat keputusan nak pakai dekat Temerloh nanti. Boleh tangkap gambar cun cun gitu..

Dengan semangat membara, hari last puasa aku dah gosok baju. Baju aku, baju Shahril, baju Aisyah... Gantung... Sekaliiiiiiiiiiiiiiiii... Boleh tertinggal pulak! Adeh... Aku ingat dekat mana tau? Masa tu dah dekat Bentong dah. Alahaiiii... Duk eksaited sangat nak balik kampung.. Dah lama sangat tak balik. Rindu gila kat kampung. Last balik masa aku mengandungkan Aisyah 7 atau 8 bulan kalau tak silap. Lagi satu sebab kenapa boleh lupa, duk kelam kabut risau barang-barang Aisyah ada yang tertinggal ke tak. Barang Aisyah je dah penuh bonet kereta. Yang tak perlu pun aku angkut jugak. Haha! Maka, tiadalah kami memakai baju sedondon pink pekat tu.. Mujurlah aku memang saja gedik-gedik masa nak balik tu aku pakai warna biru, dan suruh Shahril pun pakai biru. Aisyah je baju baru kot. Aku dengan Shahril baju yang dah beli 2 tahun lepas..

Inilah gambar keluarga cumil aku.. Baju Shahril tu ada belang biru.Jadilah kan..Hehe. Sampai Temerloh masa tu dah tengahari dalam pukul 12 lebih semua orang dah kelam kabut nak pergi solat Jumaat. Shahril balik je masjid, terus suruh ambil gambar.Semangat nihhh...

Aktiviti raya aku dekat Temerloh biasa-biasa je.. Selain menjoyahkan diri, makan sampai penuh perut, aku masih lagi dipaksa untuk mengajar anak saudara aku add math. Diorang nak SPM tahun ni. Tapi kali ni banyak kali gak berhenti mengajar. Sebab Aisyah nangis nak susu.. Yey! Masa tu boleh ngelat tak mengajar. Kuikui..


 Tekun aku studikan? Sendiri punya Master ntah bila nak habes. -_-". Anak saudara aku tu, time aku seminggu sebelum bersalin pun datang rumah aku suruh ajar Add Math lagi. Mujur lah aku memang suka. Kalau tak, mau terberanak jugak aku time tu kot sebab tension pikir jawapan. Haha

 Tengok la haaaa.. Dah la dia memang suka buat latihan. Banyak la yang nak ditanya.. Aku dulu pun malas gile nak buat latihan... (nguap)

Muka Aisyah macam kata "Kenapa Kak Arina ni sengih lebih-lebih pulak? Mak nak ambik gambar saya lah." Kehkeh.. Arina ni anak saudara aku. Memang rajin tahap gaban. Ada sekali tu bunyi mercun kuat gila. Aisyah tengah tido dalam bilik. Dia berlari laju gila nak tengok Aisyah bangun ke tak. Lepas tu ada satu masa tu dia nampak aku tengah menyusukan Aisyah. Dia tanya aku, aku haus ke tak. Dia nak ambilkan air. Baikkan? Sejuk benau hati aku dengan dia nih.. Semoga Aisyah macamtu jugak nanti.. ^_^

Haaaa.. Nilah mak kepada anak saudara aku yang aku ajar Add Math tu. Arina tu pun anak dia jugak lah..Anak bongsu. Aisyah hadiah dapat dua helai baju dari Mak Ngah dia ni.. Yiippee! Mak Aisyah sangat hepi! \0/

Ni gambar time nak balik..Hari Ahad. Habis selongkar beg. Cari baju yang warnanya seakan-akan sama. Jumpa pun.. Hehe.. Baju Aisyah tu hadiah daripada sepupu aku, Nadia. Headband, hadiah daripada Anne.. Yeyyey! Emak Aisyah hepi lagi.. \0/

Tangkap gambar dulu dengan Atuk Aisyah.. Abah aku yang super duper sensetip kalau Aisyah taknak main dengan dia. Boleh merajuk dengan Aisyah. Haha! Sebab selalunya antara mak aku dengan abah aku, Aisyah lagi selalu nak borak-borak dengan abah aku. Kalau mood Aisyah taknak layan siapa-siapa, agah la macamana pun. Dia buat muka toya dia je.. Haaa... Time tu lah atuknya nak merajuk.. Mana tak merajuk. Kalau dekat rumah asyik duk Aisyah Aisyah aje.. Tak sabar nak jumpa.. Bila jumpa Aisyah tak nak layan dia, dia nak merajuklah.. Haha.Atukk atukk.. Manje sangattttt...


Aisyah dengan atuk dan neni.. Cucu sulung keennnn.. Itulah intan tulah permata.. Tak boleh aku buat silap sikit... Adehhh...

Masa ni dalam kereta.. Duk busy main air liur.. Habes lencun leher baju..

Adik aku yang ikut aku sekali masa nak balik KL.. Padahal mak aku pun balik sama jugak masa tu. Nak naik kereta aku jugak. Dari sebelum aku kahwin, sampai lah dah ada anak ni.. Asek ngiiikuutttt je mana aku pergi.. Baguih la baguih... Sile tolong jaga Aisyah ye.. Hihi


Jalan balik dari Temerloh, Alhamdulillah tak jem. Oleh sebab sampai awal, singgah KL Festival kejap. Pergi makan Ayam Penyet. Dah konyang baru balik rumah lalu terus zzzZZZzzzz...

Esoknya, hari Isnin, Shahril still cuti, kitorang pergi beraya dekat famili belah Shahril pulak. Dekat Seremban dan Port Dickson. Berjalan sakan lah Aisyah.. Aisyah memang suka dalam kereta. Masuk kereta memang tak meragam. Kena je aircond terus tido.. Macam perangai aku pulak. Haha! Arwah Pak Long aku dulu selalu jugak ambil aku dari Sekolah Teknik Cheras, lepas tu hantar aku balik rumah. Tiap kali tulah, bila sampai rumah, arwah Pak Long aku akan bagitau mak aku, " Nina kalau masuk kereta, kena je aircond.. Terus tak nampak bijik mata dia dah..Nak borak pun tak sempat.." Haha! Alahai... Dah ke anak aku pulak perangai aku tu..

Aisyah sedap tidur.. Ni tumpang katil rumah sedara Shahril dekat Seremban tu. Tengah sedap-sedap tido, POMM!! Bunyi mercun meletup. Super duper kuat dekat luar rumah. Menangis le kawan ni terkejut. Dah la kalau siang, Aisyah ni tidur sekejap-sekejap je. Sebab malam baru dia tidur lena betul. Geram jugak lah aku dekat siapa yang main mercun tu.. Dah susah dia nak tidur balik.. Kena la pujuk sampai tenang..

Ok, itu je cerita raya aku.. Hehe... Beraya Bertiga.. Biasa je kan? Tapi luar biasa untuk aku.. Sebab semangatnya lain macam.. Sebab apa tau? Sebab hepi kumpul duit raya Aisyah.. Haha! $_$








2 comments:

  1. assalamua'alaikum...

    suka...suka baca entry ni... he..he..he..
    arina...hmmm..mungkin mase mengandungkan dia angah byk mengingati Allah dan bersabar kut..
    tu yang baik dan memang sejuk hatilah dgn sayang mama ni...

    cikgu..budimu kukenang jua...
    tapi namapun cikgu kpd anak-anak angah kan..jadi sampai bila-bila pun insyaAllah kalau ada peluang akan ku suruh juga ko mengajar anak-anakku...he..he..jgn marah...
    angah rase tu yang awk terberanak awal tu sbb tak sangkakan angah suruh jugak awk ajar diorg walaupun dihujung2 tandukkan?

    tq nina, i appreciate it very much..semoga ALLAH swt shj yg membalasnya....

    love u and the little one always....

    ReplyDelete
  2. ohoiii..hoi... kihkih.. mesti berusaha sehabisnya nak komen kat entry ni kan? kehkeh.. kite kan kembar.. kejayaan anakmu kejayaan ku jua.. eiiccehh.. =p

    love u too three four.. \0/

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails