Wednesday, August 7, 2013

Baby Suka Masuk Tangan Dalam Mulut

Assalamualaikum...

Sabtu haritu genap umur Aisyah 3 bulan. Alhamdulillah..Syukur Ya Allah.. Macam-macam benda yang dia nak cuba. Best tengok gelagat dia.. Comelll lah sangat! Ok, puji anak sendiri.. Haha!

Untuk 3 bulan ni dah 4 kali meniarap sendiri. Duk sebok sebok nak mengiring, tiba-tiba dah meniarap. Mula-mula tu panik jugak. Takut dia tersembam ke apa. Sekali tengok dia angkat-angkat kepala muka senyum abeh nampak semua gusi.. Menjejeh jejeh air liur sebab eksaited sangat... Alahai lah Aisyah.. Tangan tu tak kuat pun lagi.. Kena lah aku betulkan kedudukan tangan dia kalau tak, terselit je bawah perut tu..Memang kena selalu ada dekat dia sebab dia sangat suka buat aksi-aksi yang kita tak sangka untuk umur dia.

Baring pun tak nak lama.. Kejap je dah jerit-jerit suruh kita angkat. Ke depankan badan dia. Bila kita angkat, dudukkan dia.. Kemainlah muka hepi sangaatttt! Kalau berdirikan dia.. Lagi dia suka..Duk tolak tolak kaki. Bagi berdiri tegak..Kepala pusing pandang kiri kanan.. Takde lagi gambar die berdiri nih.. Tak sempat amek lagi.. Hehe...

Lagi satu perkembangan Aisyah yang super comel.. Masukkan tangan dalam mulut.. Sluurrppp slluurrppp bunyi dia.. Hamboi! Boleh haus kita yang tengah puasa ni dengar.. Haha! Macam sedap sangat tangan dia tu.. Baby masukkan tangan dalam mulut ni salah satu perkembangan baby. Dia nak explore tangan dia.. Dalam buku yang aku baca pasal perkembangan baby (nanti aku share buku yang sangat bagus tu ye), salah satu cara untuk baby mengenal sesuatu adalah melalui lidah dia. Sebab tu baby suka masukkan benda dalam mulut. Dan sebab tu jugak banyak mainan untuk baby boleh masukkan dalam mulut.

Semoga Aisyah sentiasa sehat dan dirahmati Allah ^_^








No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails