Wednesday, June 12, 2013

Pengalaman Bersalin (di Hospital Besar Kuala Lumpur) Part 2

Assalamualaikum..

Tarik napassss.. Jom sambung cerita..Hehe...

Tapi Allah nak uji aku lagi… Labour room penuh..Tapi masa ni aku takde sedih-sedih dah.. Redha n pikir positif je.. Moga apa je kesulitan Allah bagi kemudahan dekat hujungnya.. Aku ditolak guna wheel chair ke wad. Masa tu dah sakit.. Badan aku lemah.. Perut memulas.. Sampai je dekat wad aku cakap dekat Shahril aku nak muntah.. Aku dah tak tahan dah.. Aku muntah je tepi katil tu.. Shahril tak fikir apa dah dia amek kain baju aku yang aku dah tukar tadi sebab dah pakai baju hospital n tadah muntah aku.. Banyak siot muntah aku.. Tak tertampung dek baju aku tu memang kene tangan dia lantai abeh basah.. Time tu nanges lagi aku.. Bukan sebab sakit tapi sebab sedih tengok laki aku abeh lenjun tangan-tangan dia dek muntah aku..Haha. Macam-macam emosi weh orang nak bersalin nih…

Shahril tak boleh teman aku lama dalam wad.. Dia teman aku sampai pukul 5.30 je lepas tu nurse suruh dia tunggu dekat bawah.Standby bila aku dah masuk labour room nanti. Time tu baru aku suruh dia cal mak ngan ayah aku.. Sebelum tu memang tak bagitau lagi sebab taknak diorang risau n mengkelam kabutkan kitorang yang memang dah sedia kelam kabut.. Sebab mak aku kerisauan dia Ya Allah tuhan je yang tau… Tahap cal seminit sekali nak tau keadaan ok ke tak.. Jadi, better cal bila semua keadaan dah terkawal…Hehe

Aku tunggu dekat wad tu.. Bila contraction datang..Tahap gigil dari hujung rambut sampai hujung kaki..Aku genggam besi katil tu tahap boleh gegar katil tu.Tapi Allah tu Maha Kuasa..Tetap ada sela masa yang tak sakit.. Dulu aku ingat bila time dah nak dekat bersalin contraction tanpa henti.. Tak rupanya..Hehe.. Pukul 6 pagi macamtu aku dah tak tahan dah.. Aku panggil nurse dengan doktor yang memang sentiasa ada dekat situ. Aku bagitau aku dah tak tahan dah…Sakit sangat.. Doktor terus bawak aku pergi bilik untuk cek bukaan. Dah 5cm.. Doktor terus call Labour Room suruh standby.. Tapi Allah uji aku lagi.. Labour Room penuh lagi.. Lepas pukul 7 pagi baru kosong.. Ok… Takpe.. Aku dah semakin tabah.. Nak jadi mak kan? Apa la sangat menunggu sambil tahan sakit yang super duper ni.. Aku ni sebenarnya lebih nak masuk labour room tu cepat sebab aku nak Shahril ada kat tepi aku. Nak ada kawan masa tahan sakit…Hehe..

Pukul 7 pagi je.. Nurse dengan doctor dah kelam kabut.. Suruh bawak aku cepat.. Mesin contraction yang pakai dekat pinggang aku tu dah tunjukkan bacaan yang diorang rasa aku memang dah nk bersalin la tu agaknya.. Diorang pun tolak aku pergi labour room guna katil..Memang tak larat dah aku nak buat apa-apa.. Aku call Shahril suruh tunggu dekat luar labour room.

Aku masuk je labour room, Shahril pun masuk..Nurse yang ada dalam bilik tu ada la 5 ke 6 orang. Memang ramai.. Tapi semua baik-baik, muka manis-manis.. N Labour Room HKL sangat lah memuaskan hati..Bilik sorang n tak dengar pun bunyi dari bilik-bilik lain..Aircond kuat gila n sangat la puas hati. Haha. Masa Shahril masuk aku dah nanges dahhhhh.. Sayuhati ni..  

Nurse tanya nak Epidural tak.. Aku kata taknak..Nurse tanya lagi.. Aku kata lagi taknak..Lepas tu dia tanya aku, aku sedar kan apa yang aku cakap ni… Aku cakap sedar.. Nurse siap kata.. Banyak baca blog niii..Haha! Memang pun..Banyak yang aku baca bagi keburukan dari kebaikan epidural ni. N aku memang nak rasa macamana sakit nya bersalin ni yang Allah boleh cuci semua dosa-dosa aku ni.. Allahuakbar..

Nurse cek bukaan lagi dah 6cm.. Tak lama tu aku dengar nurse cakap contraction aku ni hyper.. Mungkin kejap je dah bukak 10cm..Tak yah nak tunggu 4 jam.. Aku duk la sedut gas Entonox tu bagi aku lega dalam kemamaian yang tak berapa nak mamai tu.. Aku dengar Shahril dah baca doa n kata-kata semangat kat tepi telinga aku.. Mulut aku tak berhenti bertasbih.. Doa Nabi Yunus pun dah terasa panjang dah waktu tu.. Berzikir je tak berenti mintak Allah ampunkan semua dosa n bagi kekuatan..

Nurse dekat keliling duk bagi kata-kata semangat..Bila tengok yang jaga aku tu semua cun-cun.. Lagilah sejuk hati aku..Haha. Tak lama lepas tu Doktor datang..Aku nampak dia duk pegang plastik keras kurus panjang.. Lepas tu nurse kata. Puan, kita nak pecahkan air ketuban ye..Aku ngangguk sambil dalam hati kata..”Sila buat cepat ye..” Memang tak rasa apapun..Sebab mamai ke atau sebab sakit contraction tu dah mengalahkan rasa sakit tu.. 

Nurse duk kata puan jangan teran ye puan…Nanti puan takde tenaga nak push.. Takdeknyeeeee..Bila dah rasa nak terberak tu datang.. Memang teranlah ubatnya..Legaaa..Memang tak mampu nak tahan pun..

Tak lama lepas tu.. Nurse cek bukaan aku dah 8cm…Time tu dengar diorang jerit "Ok jom!jom! tak lama je lagi!" 5 ke 6orang nurse yang tadi duk kejap keluar masuk tu semua dah masuk standby untukjadi kumpulan sorak.. Tak lama tu diorang cek, dah 10cm.. Masa tu sakitnya tuhan je yang tau.. Aku dah teran nak berak tu dah berapa kali dah kot.. Nurse suruh push baby tak keluar lagi.. Tapi rambut baby dah nampak..Nurse panggil  Shahril suruh tengok rambut baby dah nampak. Shahril pegi tengok n lepas tu aku dengar makin kuat doa dia.. Kehkeh..

Dua kali teran lagi lepas tu aku rasa legaaaaaaa sangat.. Macam gulpppppp…N aku nampak Aisy keluar n nurse terus bawak baby keluar dari bilik tu sambil jerit “ Baby tak nangis! Baby tak nangis…… Baby dah nanges!” Allah.. Dua ayat pertama yang mendebarkan.. -_-“ Dengar nurse bagitau 9.32 pagi masa tu..

Lepas tu, aku nangis tak berhenti henti.. Mulut duk syukur dekat Allah..Hilang rasa semua sakit tadi… Laju betul aku nangis teresak esak.. Rasa rindu dekat mak aku memuncak betul masa tu... Lama aku nangis..

Sesi keluarkan uri pulak.. Ada sorang nurse datang tanya nak tak dermakan sikit darah tali pusat Aisy untuk Pusat Darah Negara?Laju je aku mengganguk sambil doakan semoga Allah merahmati kami sekeluarga n semoga kehidupan Aisy bermula dengan sesuatu yang baik.. 

Sijil derma darah tali pusat.
Nurse bagi aku minum air milo.. Untuk tambah tenaga..

Lepas tu sesi menjahit pulak.. Masa ni Shahril dah kena duduk luar dah.. Lama jugak sesi menjahit aku ni. Sebab nurse tu jadikan aku tempat untuk diorang belajar dari sister diorang..

Dengar la ayat  “Sister ni nak cucuk sini ke dekat sini”… “Sister, benang ni dah pendek la sister buat la saya tak berani” Allah… Aku nak tergelak pun ada dalam sakit-sakit tu..Aku cakap kat diri aku mungkin ada sebab kenapa aku yang diorang pilih untuk nak belajar n sambil doa yakin takkan ada kemudaratan tanpa izin Allah… 

Aku tanya dekat nurse.. Nurse, banyak lagi ke..Dia kata kita ada tiga lapisan kene jahit.. Ni baru lapisan yang pertama..Allah..Sabau je lah..Lama betol..Sebab diorang tengah belajarkan.. Ada sorang nurse tu dia tengok aku dah bosan-bosan tahan sakit sambil sedut gas tutanpa henti dia duduk kat tepi aku borak ngan aku.. Cerita benda-benda yangpositif je.. “Puan, bulu mata anak puan panjang…Lentik lagi tau..” “Puan, sakit nak bersalin ni sikit je banding dengan tanggungjawab kita lepas nak jadi mak nanti..Puan sabar ye..” “Puan, tadi anak puan terbelit sikit tali pusatnya.. ndia dah terberak sikit dalam perut tadi sebab warna air ketuban tadi dah warna kuning, tapi kuning cair je la..Tak bahaya.. Alhamdulillah ni kami dah cek semua nya normal…” Syukur Ya Allah…
 
 Baru keluar dari labour room nak pergi wad.. Depan lif ni..Shahril mintak nurse yang tolak troli tu ambikkan gambar..kehkeh..

Ok…Sekian entry aku yang agak panjang berjela ni.. Oh ye.. Lupa nak bagi tau.. Dekat mata kiri dengan kanan Aisyah ada macam garisan darah beku..Bila tanya doktor, doktor kata sebab tekanan masa bersalinn maybe sebab terbelit tali pusat tu.. Jangan risau katanya nanti akan hilang..Harini Aisyah dah 40 hari..Yup..Dari minggu lepas darah merah tu dah betul-betul hilang.. Alhamdulillah.. Memang betul takde apa yang nak dirisaukan..Hehe..

Entry ni aku buat nak dekat seminggu..Sikit sikit aku buat tak habis-habis..Lama betul..Ok..Habis pun akhirnya.. Bukan apa..Kalau boleh memang nak bagitau secara terperinci sebab aku adalah orang yang akan mencari apa yang aku nak tau melalui pengalaman blogger lain.. Mungkin pengalaman aku berguna..Hee..

Jadi, kesimpulan yang aku boleh buat untuk bersalin dekat Hospital Besar Kuala Lumpur ni adalah OK sangat.. Dekat PAC, tang yang lama tunggu n toilet dia yang agak tak best tu je yang agak kureng sikit.. Tapi dekat wad, dari segi katil, toilet, pengurusan, dekat labour room semua perfect pada aku.. Takdek nurse garang-garang yang nak cakap kasar-kasar.. Takdek pun..N yang paling aku bersyukur sangat.. Dekat dengan rumah n kalau Shahril nak balik kejap, kejap je dah boleh datang balik.. Tak payah aku nak tunggu lama ngadap jem yang teruk… Walaupun waktu melawat 2 jam waktu tengahari n 2 jam waktu petang je.. Tapi suami mesti akan dapat special sikit.. Boleh lepak lama-lama. Cuma bila ada doktor nak buat rondaan baru kena balik.. Yelahkan nakselak sana sini pesakit-pesakit lain mana boleh orang luar tengok.

Aku ingat lagi Doktor Haizan, doktor dekat Klinik Taman Melati yang aku selalu pergi buat check up time mengandung haritu..Masa aku tanya dekat dia hospital mana yang ok.. Dia tanya aku pilihan hospital aku dekat mana.. Aku kata antara Hospital Selayang, Ampang atau KL.. Dia prefer Selayang atau Ampang sebab HKL selalu penuh n hospital lama.. Selayang n Ampang baru. Selesa sikit.

Dia kata "Hospital mana-mana pun sama je..Semuatu bergantung dekat rezeki kita.. Ada yang dah tempah mahal-mahal dekat swasta nakkan yang terbaik tapi kalau Allah nak uji jugak dengan susahnya waktubersalin, itulah takdir untuk dia.. Tapi kalau Allah dah takdirkan untuk kita mudahnya kita bersalin, hospital kerajaan yang kita takut tak selesa tu mungkin akan bagi yang terbaik untuk kita. Doa banyak-banyak…Fikir positif n doakan yang terbaik dari Allah.."

Yup yup… Bila ingat kata-kata Doktor tulah yang buatkan aku positif sangat. N aku tau antara sebab kenapa Shahril nak jugak aku dekat HKL ni sebab mana-mana hospital yang akan ada masalah dengan pesakitnya,semua refer dekat HKL jugak. Tu yang dia nak jugak HKL tu.. 

Alhamdulillah.. Semuanya Allah mudahkan n Allahmasih menguji tahap kesabaran aku waktu-waktu genting macamtu… Membuatkan akurasa Allah sentiasa ada dengan aku.. Bercakap dengan aku… ^_^



Aisy fresh dari perut...


Yey! Dah jadi emak!! Alhamdulillah...


nota kaki : sekarang bila fikir balik macamana rasa contraction tu.. Emmm... Ntah.. -_-"




18 comments:

  1. yay...alhamdulillah, ko sgt kuat nas...Allah Maha adil...Dia bagi sakit yg kita mmpu tanggung. even kita rasa kita mcm x mmpu tanggung, tp Allah itu Maha Hebat. Dia yang cipta kita, tentu Dia tahu kelebihan & kekurangan kita kan...

    walaupun dah 2 kali bersalin, tetap juga excited & teruja baca kisah bersalin org...hehe~

    ReplyDelete
  2. Betul li...masa di duga tu, mmg asyik ckp dgn diri sendiri, aku kena kuat..sebab Allah tau aku boleh hadapi semua ni... Hehe...

    Kan kan..akupun suka baca pengalaman org.. Lain org lain ceritanya :p

    ReplyDelete
  3. Subhanallah... Allahuakbar.
    Allah je tau sakit tu mcm mane.. Aku pon mcm x caye bleh lalui semua tu wpon dah kali ke2. Mmg x same... Cume kali ke2 dah tau mcm mane sakit contraction aku jd makin cuak. Kerap gak aku nangis2 mintak maaf ngan hubby suh die doakan utk aku. Alhamdulillah dipermudahkan.
    Btol2...aku pon slalu bace pengalaman org bersalin kat blog..bekalan ilmu. Mane tau bleh apply.

    ReplyDelete
  4. Anne

    Tulah ne...ajaibkan..rasa sakit mcm tak tertanggung...tapi sekarang nak suruh describe balik taktau dah cmne... N alhamdulillah... Selamat semuanya...

    Najwa

    Tengkiu najwa! ^_^v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sis 4 the info. Mmg bcdg nk bsalin kt hkl je sb dkt walo pn rmai kte hkl nie hspital lame n byk cite2 -ve je psl spital nie.

      Delete
    2. Welcome meza :) insyaallah ok je HKL ni.. Doa banyak banyak ye.. ^_^

      Delete
    3. hehe.. x la se seram mane pn citer negatif psl hkl mie. Bg sy ok je. Thanks skali lg pd blog sis nie. Byk info n btw time sy mmg xde pn nurse ckp psl entonox n epidural. Nsib baik.hehe

      Delete
    4. Dah dpt baby ye sis? Tahniah! ^_^ Alhamdulillah.. semoga entry ni bg manfaat dkt ramai org.. ^_^

      Delete
    5. Yup.. sgt bmanfaat sb Nye sy time preggy mmg zero bab ilmu2 bsalin nie. maklum la mak n mentua jauh.. kne pndai2 sndiri. tp mmg sronok bce blog sis nie.. :)

      Delete
  5. seronok baca awk senang bersalin..harap sec baby ieka dapat bersalin normal..nanti ada masa follow dan baca pengalaman http://www.noratikasobri.com/2013/01/pengalaman-bersalin-part-1.html saya pula yer tq:)

    ReplyDelete
  6. Saya ari ni dh due, tapi baby main2 manja je kt bwh tu... blum rase pape pon lagik... 1st baby dulu dh amik epidural, hopefully kali ni dpt bertahan tanpa epidural.

    ReplyDelete
  7. Singgah sini baca pengalaman bersalin..da anak keempat tapi lupa camana ek rasanya hehee

    ReplyDelete
  8. Singgah sini baca pengalaman bersalin..da anak keempat tapi lupa camana ek rasanya hehee

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum nas. huwaaa nak nangis baca entri ni. nas, awak dapat semua doc dengan nurse perempuan ke? takutnya nak bersalin. huwaaa

    ReplyDelete
  10. sy pun besalin ank sulung d hkl.. 29.2.2012..hehe leap year baby..actly awl 3 mggu dr edd..tp nurse kat labour room hkl mmg sgt baik..xhabis2 mulut diorg panggil kita sayang..syukur sgt..hrp 2nd bbay ni pun dpt nurse yg baik2 mcm nurse suria & priya tu..dh nk msk 37w dh rabu ni

    ReplyDelete
  11. Salam perkenalan..thanks utk perkongsian pengalaman dengan pembaca.

    ReplyDelete
  12. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails