Monday, June 10, 2013

Pengalaman Bersalin (di Hospital Besar Kuala Lumpur)



Assalamualaikum...

Jom cerita pasal pengalaman bersalin jom... Entry yang dah lama aku nak buat tapi tertangguh tangguh.. Hehe..Jom lah baca.. Memang panjang..Bertabah lah ye..

Due date untuk aku bersalin sepatutnya 6 Mei 2013.. Sehari lepas PRU 13.. Tapi aku dengan Shahril selalu doa-doa kalau Aisy nak keluar awal sama tarikh harijadi dengan Shahril, 30 April.. Hehe.. Tapi tidak.. Aisy nak keluar hari Jumaat jugak 3 Mei.. Nak sama hari dengan aku dengan Shahril rupanya.. Jadi, kitorang bertiga lahir hari Jumaat.. ^_^v

30 April tu, celebrate harijadi Shahril dengan tengok 2 movie.. Dengan jalan-jalan sambil makan-makan tahap lepas ni ko takkan dapat makan sedap dah masa pantang n sambil mengharapkan dengan jalan banyak,senang la bersalin..hehe

Muka penat tapi nak jalan jugak...
Aku duk terfikir macamana la rasa nya contraction tu.. Sebab boleh dikatakan aku takde lagi rasa sakit yang macam senggugut..Ke aku penah rasa tapi aku tak perasan? Penatlah aku duk tanya kawan-kawan dengan search kat internet..

2 Jun, aku dah tido n tiba-tiba aku terjaga..Dari pukul 12 sampai pukul 2 aku duk terpusing-pusing atas katil.Terasa sakit macam senggugut tu. Orang kata, kalau sakit contraction tu, kita dah tak boleh nak senyum dah.. Aku try senyum sorang-sorang atas katil.. Macam boleh senyum lagi.. haha. Tapi bila aku tengok selang masa sakit aku ni, dalam 10 minit..Aku bagitau Shahril.. Shahril ajak pergi hospital.. Aku taknak sebab aku seriau bila pikir pasal seluk-seluk tu.. Aku dah penat terpusing-pusing kiri kanan atas katil, aku nak bersandar pulak.. Bila aku duduk je.. Terasa ada macam air pekat mengalir keluar dari V aku.. Aku bagitau Shahril.. Melompat dia bangun sambil kata "Jom pergi hospital jom pergi hospital.." Aku boleh rilek2 lg sebab tak sakit sangat. Aku ingatkan air ketuban yang keluar rupa rupanya lendir darah yang boleh tahan banyak dia..

Beg baby dengan beg aku memang dah standby dariawal so tinggal capai je. Pepagi buta tu kitorang and mak mertua aku pergi hospital. Aku tanya Shahril nak pergi hospital mana. Dia kata HKL.. Aduuiii terus berdebar aku. Memang HKL paling dekat dengan rumah. Tapi aku nak Hospital Ampang jugak..huhu.. Tapi sebab aku tengok muka Shahril lagi cuak berbanding aku yang tengah contraction ni aku iyekan je sambil doa itulah hospital terbaik untuk aku...

Aku bukan ape..aku terbayang hospital lama.Dengan padatnya manusia. Lepas tu labour room agaknya menakutkan...Nurse yang otai dan ganas tahap xnak jaga hati orang....Aiihhh... Macam2 lah...Doa je lahkan.. Takkan jadi sesuatu perkara tanpa izin Allah jangan buat perangai n menyombongkan diri tahap nak dilayan diva.. Insyaallah kita pun akan dilayan baik..Pujuk aku kepada diri aku sendiri..hehe..

Dah sampai dekat HKL, terus pergi dekat PAC...Sampai sampai je nurse terus bukak rekod baru untuk aku.. Banyak gila soalannya n lepas tu cek kadar contraction, tunggu doktor datang untuk cek bukaan..Masa cek bukaan ni aku tahap gigil.. Yelah.. Dah la memang tengah darah keluar banyak kat bawah tu.. Nak seluk pulak..Seriau gila..  Sekali takde bukaan lagi! 0 cm.. Gulp.. Lepas die seluk tu, baru terasa sakit nyilu-nyilu kat bawah tu.. Tapi rasa contraction makin hilang.... Aku boleh lepak-lepak sambil tunggu doktor yang lain datang tanpa ada rasa sakit. Tapi sakit hati yang datang..haha! Yelah..bayangkan.. Dari pukul 2.30 pagi aku kat situ.. Pukul 6 pagi baru doktor datang untuk scan baby and bagi pelepasan.. Tunggu punya tunggu pukul 9 baru aku setel sumanya.. Ya Allah.. Hati aku dah gelisah gelisah.. Dengan darah lagi.. Badan berlengas.. Perut lapar.. Tuhan je yang tau..Mujurlah bawak roti dengan air boleh la alas perut.. Nurse dengan doktor siap dah tukar syif dah.Terkejut nurse yang bagitau aku yang aku dah boleh balik sebab aku tunggu 6 jam last-last kena balik jugak..Banyak kali dia minta maaf...Sejuk gak hati ni..

Tapi air mata ni dah nak ngalir laju dah.. Pikir nape lahhh aku datang HKL ni.. Nak nangis.. Ngadu kat Shahril jom la pergi Hospital Ampang nanti .. Dia kata sabar lah kan dah bukak rekod kat sini nanti mesti kejap je..Wuaaaaa!! Ok pikir positip...HKL ni dekat dengan rumah so senang kalau apa-apa jadi..N redha Allah ada dalam redha suami.. Baik!Saya akan bertabah...

Balik je rumah.. Mandi, qadha solat subuh yang dah terbabas tu,ngaji lagi satu surah, tidur. Lepas tu pergi jalan-jalan kat Wangsa Walk.. Hehe.. Aku ajak Shahril jalan-jalan bagi senang bersalin. Lagipun dah takde contraction dah.. Darah memang ada.. Macam period..Lagi sebab dah kena seluk tu. Lagilah banyak keluar. Malam tu dah start rasa sakit. Dari pukul 11.. Aku tengah tengok tv dengan Shahril.. Aku tengok jam, sela sakit 10 minit.. Kali ni sakit yang tak senang duduk.. Kejap aku bangun kejap aku jalan kejap aku baring.. Nak pergi hospital balik, aku taknak sebab taknak keciwa jalan tak bukak lagi.. Aku nak bila aku pergi dah bukak banyak..biarla aku sakit kat rumah ni dari aku melanguk kat hospital tu..Sebab kalau dah 3cm akan kena tahan dekat wad. 4 cm terus masuk labour room. Aku doakan terus leh masuk labour room.Hehe..

Aku tahan sakit sampi pukul 2 pagi.. Time tu memang sakit yang sampai mengalir air mata ni.. Memang tak boleh naksenyum-senyum dah.. Ingat nak tahan lagi.. Tapi aku fikir kang aku tak larat nak jalan pulakkan.. Pukul 2 ke 3 pagi 3 Mei tu lagi sekali kitorang pergi PAC HKL.. Contraction makin kerap.. Bila datang sakitnya, nak bercakap pun takboleh..Doa je moga Allah kuatkan aku dan selamatkan semuanya.. Dah sampai PAC,procedure jadi senang sebab rekod aku dah ada.. Terus je cek bukaan.. Dah 4cm..Ya Allah Alhamdulillah.. Terus boleh masuk labour room…




Sambung entry lain eh... Panjang sangat nih.. Mesti korang dah penat nak baca.. hehe..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails