Friday, June 21, 2013

Jom Ganti Puasa!

Assalamualaikum...

Hari ni hari kedua aku ganti puasa... Total untuk ganti adalah 9 hari.. 2 hari berjaya masa mengandung haritu.. Lagi 7 hari perlu dihabiskan sebelum Ramadhan datang balik! Aduih la... Adalah dalam 17 ke 18 hari lagi je ni kan yang tinggal? Tolak Sabtu tolak Ahad...Hari yang dah kompem hari untuk makan-makan tak nak pose..Tinggal lah berapa hari je untuk aku paksa jugak diri ni puasa supaya tak la kena bayar fidyah n kene ganti jugak..Tak mo tak mo.. Allah dah bagi peluang nifas habis cepat, jadi marilah kita berpuasa...

Puasa semalam ok, alhamdulillah.. Aisyah pun baik je.. Kalau lapar, mintak susu lepas tu macam tak banyak pun dia minum dia dah tido balik. Memang dah bagitau dia maknya ni nak puasa.. Munken sebab tu dia minum sikit je kalau aku bagi direct dan baik je tido.. Aku pun memang dah standby susu dalam botol dalam 2 oz ke 3 oz. Memang untuk tengahari kalau dia nak minum ikut botol. Gigih pam pukul 4 pagi. Sebab Aisyah taknak susu yang dah lama dalam peti. Alhamdulillah.. Habis dia minum tengahari tu.. Lepas tu terlepek kekenyangan.. Kehkeh..



Gambar ni masa Aisyah belum lagi 14 hari. Nampak tak rambutnya banyak lagi.. hehe.. Tengok tu..Dah pandai nak pegang botol susu sendiri..Aku lepas kan tangan pun tak jatuh pun botol tu.. Aisyah Aisyah... Nak cepat besar ye...

Ok..Ni tips untuk berpuasa untuk mak-mak yang breastfeed kan baby.. Anne tag nama aku dalam fb.. Good info.. Memang pagi tadi aku pulun teguk air masak banyak-banyak. Sebab semalam petang dah terasa hauuuuusssss sangat tekak nih.. Semoga harini dan hari-hari akan datang dapatlah berpuasa dengan baik dan diterima Allah.. Dapat lapar dahaga je rugilahkan..Huhu...


Info dari fb : Tip Untuk Ibu Hamil, Berpantang Dan Menyusu Bayi
11 Tip Kembali Berpuasa Selepas Bersalin
==========================

1. Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mula minum dari waktu sahur hingga menjelang imsak.

2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah yang mengandungi air. Kurangkan pengambilan makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik air daripada sel.

3. Ibu yang menyusukan bayi amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Ia juga merupakan sumber tenaga yang hebat dan semula jadi. Madu juga merupakan nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan susu ibu.

4. Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

6. Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan dan oat.

7. Elakkan minuman berkafein dan bergas

8. Lebihkan direct feeding dan sesi mengepam pada waktu malam atau lakukan serentak.

9. Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikanm, ayamm, itik daging. Pastikan juga pengambilan kalsium yang mencukupi.

10. Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.

11. Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu yang akan dihasilkan.



Selamat Ganti Puasa! (untuk yang belom macam aku..Hehe)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails