Wednesday, June 19, 2013

DIY Baby Sling

Assalamualaikum...

Yeesss... Alhamdulillah dah habis pantang! Yang paling best? Boleh keluar bawak Aisyah pergi jalan-jalan. Jalan-jalan hirup udara segar sambil makan-makan... Hehe..

 Ok Aisyah, bangunnnn..!Jom kita mandii....

 
Aisyah sama eksaited dengan maknya dapat pergi jalan-jalan.. Tersengih-sengih hepi masa bersiap.. Macam paham je nak bawak dia pergi jalan..

Tapi mak dengan abah tak belikan Aisyah stroller lagi.. Jadi, jom mak dukung...

Keluarkan baby carrier yang kitorang dah beli tapi macam tak sesuai lagi untuk Aisyah pakai.. Aisyah kecik lagi, leher pun tak berapa kuat lagi..Sangat lah bahaya..

Nilah baby carier yang aku beli masa dekat expo dulu.. Tunggulah Aisyah besar dulu. Tengok ok ke tak kalau dia pakai.. Kalau tak ok, nanti aku jual kat Mudah.haha

Oleh sebab dukung terus tanpa alat penyokong macam agak lenguh gak tangan aku ni nanti..Jadi aku fikirkan alternatif nak menggantikan baby carrier yang dah dibeli tu.. Aku pun amek pashmina mak mertua aku selalu buat kain gendong/baby sling untuk Aisyah masa dalam rumah. Dia selalu ikat simpul mati  hujung pashmina ni untuk dukung Aisyah. Aku rasa mesti ada cara ikatan yang lebih sesuai. Aku search internet, untuk cari ikatan yang sebenar untuk baby sling ni. Yelah kan nak bawak berjalan dekat luar.. Nak cari ikatan yang kukuh sikit.

Cari punya cari jumpa blog Slingmemama. Yessss!Terus belajar cara mengikat n letak Aisyah dalam  pashmina tuh.. Teknik ikatan yang aku buat ni nama dia slip knot. Sangat senang. Nak adjust pun senang...

Aku belajar dari video ni...




Senang kan?kan? Jadi aku pun zap zap zap.. Buat slip knot ni. 

Tadaaaaaa! Dah siap...Nama baby sling ni rebozo and posisi gendongan aku untuk Aisyah ni nama dia cradle baby. Okei.. Boleh bawak Aisyah kemana sahaja dengan ringan..Hehe..


Nak makan Sushi pun boleh dah.. Nyum nyum..Bawak Aisyah jalan-jalan makan sushi..Aisyah tido dengan enaknya...

Tiba-tiba Aisyah bagi signal nak menyusu..Boleh boleh.. Sambil nyusu mak makan yeh...hihi..

Tengok tu... Kemain sedap Aisyah tido... Aisyah tido dari dalam kereta sampai la balik..Bangun kejap untuk menyusu..Lepas tu tido balik.Gedegang gedegang bunyi bising kat dalam Wangsa Walk tu pun Aisyah rilek je tido.Aisyah memang suka la kalau posisi ngepit je ngan mak nye nih..








Nampak tak? Dengan tangan terkeluar macam tu...Selesa sangat dia tido...

Okei..Itu jalan-jalan bersama mak dengan abah.. Ni sesi jalan-jalan dengan Atuk dengan Neni dengan Tisya (Auntie Sya) pulak. Abahnya tak ikut kena pergi kerja..Hehe.. Jalan-jalan pergi makan ayam penyet... Mak ko memang kenyang Aisyah... Aisyah minum susu mak je yeh..Hehe.. Sebelum pergi makan ayam penyet, bawak Aisyah pergi rumah Mak Long dekat Cheras..Alhamdulillah Aisyah tak meragam pun..





 Cuba cari mana Aisyah... ^_^


Sesi makan pun bermula... Tangan kiri kena sentiasa jugak support leher Aisyah sebab nak bagi posisi badan dia sentiasa selesa dalam sling ni... Dan aku pun selesa untuk makan penuh berselera..


Masa jalan-jalan dengan atuk dengan neni pun Aisyah sedap tido.. Alhamdulillah....

Jadi, buat sementara waktu ni. Aku agak selesa nak gunakan Baby Sling yang aku DIY sendiri nih..hehe...

3 comments:

  1. da makin bulat & cerah da aisyah..yay...membesar dengan jaya..

    Hebat mak aisy ni...

    ReplyDelete
  2. Assalam. Bole x emy tau momy pakai pashmina yg ada brand ke? Atau smua pun ok je? Nak beli ringsling mcm mahal sgt n tiap ari emy amik n antar anak darjah 1 gi skul.

    ReplyDelete
  3. Assalam. Bole x emy tau momy pakai pashmina yg ada brand ke? Atau smua pun ok je? Nak beli ringsling mcm mahal sgt n tiap ari emy amik n antar anak darjah 1 gi skul.

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails