Wednesday, October 24, 2012

Suri Rumah VS Bekerja

 "Seorang isteri dan ibu adalah ustazah,manakala rumah adalah sekolah.Jika mereka bersedia menjadikan diri mereka sebagai ustazah dan rumah sebagai sekolah,insyaAllah ia akan menghasilkan keluarga yang cemerlang dan gemilang dunia akhirat."

##Tapi dah jadi trend sekarang, bila kita (wanita) berpendidikan tinggi dan tidak bekerja, tapi menjadi suri rumah, mulalah ramai yang akan bert
anya " Eh tak kerja ke?..Rugilah belajar tinggi-tinggi duk umah je.." itulah pandangan negatif sesetengah pihak..

Bukankah menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk mentaati suaminya, menjaga kebajikan anak-anak dan suami. saya begitu kecewa dengan seseorang yang merendahkan martabat suri rumah. Wallahuallam
 Sumber daripada FB Bercinta Selepas Nikah

Masa aku kerja haritu... Staf aku berpangkat Pekerja Rendah Am atau PRA memang ramai termasuklah technician... Bahagian Senggarakan.. So khidmat diorang dekat bahagian senggara memang sangat-sangat diperlukan.. Selalu jugak borak-borak dengan diorang tanya wife kerja apa anak berapa orang... Anak  4 5 orang atau lebih... Isteri tak kerja.. Anak, ada yang dah besar-besar belajar dekat oversea atau universiti-universiti tempatan.. Gaji PRA dengan technician.. Kerja puluh tahun, baru sampai gaji engineer yang fresh ni... 

Selalu buatkan aku terfikir... Cukupkan duit diorang? Dengan suami je yang bekerja.. 

Aku rasa mungkin kehidupan dulu dengan sekarang sangat jauh beza... Dulu kita tak terliur bila pandang orang sebelah main Tab atau I-phone.. Sebab memang tak wujud pun gadjet-gadjet yang diluar kemampuan kita tu.. Sekarang? Dengan minat dekat barangan gadjet yang asyik bertukar dan up to date membuatkan kita gunakan gaji kita lebih banyak ke arah yang kita mahu daripada barang yang kita perlu...

Memang tak dinafikan... Barang semua dah mahal...Orang dulu-dulu boleh lah... Barang murah... Tapi... Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan segalanya cukup makan pakainya... Isteri yang redha dengan barangan dapur yang seadanya... Anak-anak membesar dengan mainan yang bersifat lebih semulajadi di luar rumah bukan mengadap gadjet-gadjet atau playstation... Dan suami yang pulang kepenatan ke rumah tapi tersenyum gembira bila makan pakainya cukup sempurna disediakan oleh isteri....

Isteri isteri zaman sekarang...Ramai yang belajar tinggi... Hutang yang kita pikul sewaktu menuntut ilmu universiti... Tak akan mengizinkan kita untuk menjadi suri rumah dan membebankan pula suami kita yang juga baru nak membina kerjaya... Hutang kereta yang kita beli sewaktu kita masih bujang... Juga takkan dibiarkan terbeban di kepala suami....Mungkin... Lagi satu perbezaan isteri dulu dan isteri sekarang...

Biarlah..... Siapalah kita untuk menuntut cita-cita murni menjadi suri rumah jika kita tau ia mungkin akan menjadi salah satu faktor masalah ekonomi kita... Ikut flow kata orang... Selagi mampu, selagi Allah bagi jalan untuk sama-sama menjana ekonomi keluarga... Jom! Jadi pekerja yang baik disamping jadi isteri, ibu, menantu dan anak yang baik....

Ya Allah.... Permudahkanlah segala urusanku... Aku tahu... Engkau tidak akan membebankan aku sesuatu perkara yang aku tak mampu.....



nota kaki : Aku yang dah mula risau... Waktu kerja aku 8.30-5.30... Dari Damansara ke Shah Alam makan masa berapa lama? Untuk pergi kelas pukul 6.30...Apa yang lebih mengkalutkan aku adalah.. Shahril yang akan jemput hantar... Berpusing jalannya...Bangun awal pagi...Kalau ke kelas, balik lewat malam..Poyo je kan? Ada orang lagi teruk kot susun atur jadual dia tiap-tiap hari dengan anak berderet.. Berjaya jugak hidup dan keluarga dia... =|


Jiayou!!!! Yang penting sebenarnya... Buat kerja on time dan rajin sebenarnya.. Barulah tak kalut... Aduh la Nasrina....Berubahlah....~






1 comment:

  1. betul tu nas,kalo skrg ni memang berbeza dgn dulu kan, kalo nak jadik surirumah memang kena pikir 2x lah kan,tp berbelah bg...

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails