Friday, September 21, 2012

Apa Yang Boleh Membantu Kita Bekerja Dengan Gembira..


Ini pendapat aku...Mungkin pendapat orang lain berbeza... Pada aku, untuk bekerja dengan gembira, yang paling penting adalah keselesaaan tempat kerja dan jugak orang atasan dan bawahan dan setara dengan kita menggembirakan kita.. Mungkin ada yang tak sekepala dengan kita tapi boleh dikatakan cuma segelintir je..Jadi, tak mengganggu sangatlah kan...

Aku pernah dibebankan dengan kerja yang sangat-sangat memerlukan masa dan komitmen yang tinggi... Boleh dikatakan setiap minggu perlu memberi laporan kepada pihak atasan mengenai status kerja dan laporan baki peruntukan... Setiap minggu nak kena ada progress yang melampau-lampau dekat tapak.. Setiap minggu ditekan.. Setiap hari bergaduh dengan kontraktor yang degil..Setiap hari mengadap pelanggan bagi memastikan kerja mengikut kehendak dia...Dan memastikan pelanggan bagi kerjasama dekat kontraktor...Bekerja dengan tentera melibatkan kawalan keselamatan yang agak ketat dan kadangkala function-fuction yang tiba-tiba diadakan yang menambahkan lagi punca-punca kelewatan kontraktor.

Tapi waktu tu aku tak rasa terbeban pun...Tapi eksaited.. Dengan team yang sangat-sangat best dan membantu..Dari staff dekat kem sampailah dekat ofis.. Buat kerja memang menyeronokkan betullah... Walaupun beban kerja yang sangat banyak..Yang kadang-kadang kena stay dekat ofis sampai tengah malam, hari sabtu kena datang.. Tapi takpe.. Semua orang yang best2 tu ada..So buat kerja dengan gembiranya...

Tapi sekarang..Lepas 3 tahun.. Dah ramai yang bertukar... Setiap keputusan yang dibuat oleh orang yang sepatutnya membuat keputusan bukan lagi membantu tapi lebih menyesakkan pemikiran...Benda yang jadi sesimple ABC cara penyelasaiannya disesakkan dengan penyelesaian sesusah buat kira-kira berformula... Yang bila kita bagi pendapat...Pendapat kita dianggap macam sampah...Padahal pendapat dia lagi ditolak bulat-bulat oleh semua orang dan akhirnya pendapat kita diguna pakai semula...

Aku tau...Aku yang sebenarnya kena berubah... Jangan terpengaruh dengan sekeliling.. Buat kerja seikhlas mungkin...Tak kiralah apa yang berlaku.. Kita kena jadi yang terbaik...Tapi aku hanyalah manusia biasa yang mempunyai tahap kebosanan tersendiri...Kiranya dah sampai maksimum... Dan sebelum banyak lagi dosa umpat umpatan yang dibuat, biarlah aku berlalu pergi...haha..

Nota kaki : Tinggal satu minggu.... Satu habuk pun aku tak kemas lagi barang-barang dekat ofis ni... Banyak sangat..Taktau nak mula dari mana.. -_-"

3 comments:

  1. This is precisely the important information I'd been searching for. Incredible blog. Very inspirational! Your posts are so good and also detailed. The links you come with are also very beneficial as well. Many thanks :)

    ReplyDelete
  2. haah sampai berhenti kerja..hehe.. tapi sebenarnya dpt better offer..tu yg keluar tu... :)

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails