Sunday, April 1, 2012

Piknik DIY

Assalamualaikum...
Semalam aku dengan Nakama yang lain iaitu Azrol,Khairul, ngan Aiza berpiknik sakan dekat Taman Tasik Perdana..Okei, memang semalam adalah pertama kali aku menjejakkan kaki dekat taman nih.. Padahal belakang JKR HQ je..-_-"

Piknik ni adelah idea aku..Idea dari seorang bakal pengantin yang bercita-cita nak buat banyak props untuk wedding dia secara DIY tapi rasa tak mampu nak buat seorang,,So, aku mesej Nakama yang lain untuk tanya sudi tak kiranya membantu aku menggunting,menampal,mengecat,dan me me yang lain.. Diorang setuju..Yey! Ok, memang aku paksa rela diorang sebenarnya untuk tak boleh cakap taknak.Termasuklah Kerol yang datang cuma untuk 20 minit gunting sikit-sikit pastu balik sebab ada event opis katanya..aku appreciate sangat 20 minit ko tuh =)

Aiza bawak makaroni goreng..Mak dia yang masak.Time kasih makcik!\0/ Makanan untuk santapan pagi sampai lah tengahari kitorang. Pukul 8 pagi sampai pukul 3 petang kitorang berpiknik sambil DIY..Seronok jugakkan..Dengan angin sepoi-sepoi..Mujur cuaca tak panas, tak hujan..sedang-sedang..nyaman je..



Ini gambar aku tengah mengecat frame kayu.. Ok, tak berapa jadi sebab aku tersalah beli cat.. haha.. Sepatutnya belilah cat kayu.Ini aku beli cat apentah. Tak cantek jadi nye..Adoi..


Selepas mengguntung-gunting stiker nama untuk door gift akad nikah (Ini pun aku DIY okeh..save n boleh ikut selera aku..=p) aku kerah tenaga Aiza untuk tulis nama-nama dekat kad kawen pulak.. ngee..Dia paling banyak keje sebenarnya.. Thanks Aiza! Banyak betul jasa ko kat aku yang memang tak terbalas.. Bak kata Ppink..Aiza tu sayang sangat kat ko Nas..Semoga kalau aku tak terbalas semuanya, Allah akan bantu aku balas jasa-jasa ko dengan perkara lain..Amin..


Azrol tengah menggunting props untuk meja Photo Booth..Puas hati dengan props nih..Oh ya.. Takleh tunjuk props apa yang aku buat..Tak seprais la nantikan..Insyaallah akan tunjuk jugak. Biar 1 2 3 sepraisssss! (ala2 eric)

Hiburan pada hari semalam adalah lagu-lagu dari laptop Azrol.. Tak lah sunyi sangat ada jugak lagu sambil-sambil tengok pemandangan bebudak sekolah tengah marathon keliling taman tuh..

Dengan berakhirnya aktiviti semalam, boleh dikatakan banyak jugak benda yang dah setel..Alhamdulillah..Terima kasih sangat dekat korang.. Semoga perkahwinan aku nanti tak menjarakkan persahabatan kita. 

Semoga dengan perkahwinan, kita dapat menambahkan sahabat bukan dengan perkahwinan kita akan kehilangan sahabat. Ramai yang aku tengok, lepas kahwin, kawan-kawan mula dilupakan..Kita minta pasangan kita tak berkawan dengan kawan-kawan dia..Mungkin kerana cemburu.. Insyaallah, kalau kita tau jaga batas-batas pergaulan, tiada tawa mesra +gedik tiada tepuk tampar antara kawan-kawan berlawanan jenis..Cemburu itu tak perlu. Pokok pangkalnya, diri sendiri.. Semoga aku dan pasangan aku tau menjaga diri dalam bersahabat.. Atau, sebab lain kenapa kawan dah tak perlu mungkin juga kerana merasakan diri telah cukup sempurna sebab dah dapat suami...Kawan dah tak perlu sangat dah dalam hidup kita ni.. Suami adalah segala-galanya..Ooooo..Bila ko ada masalah tau pulak nak cari kawan balik!?? (ok, emo tetibe..hehe)

Ayah aku pernah pesan lama dulu.. Jangan dengar masalah rumah tangga kawan lelaki kita.. Macam tu jugak kalau kita ni lelaki, jangan dengar masalah rumah tangga kawan perempuan kita.. Kata abah, bunyi memang macam kejam.. Tapi kalau itu yang dapat menjauhkan kita dari benda-benda yang tak elok..Jauhkan lah.. Kata abah, mula dari kesian, lepas tu cuba menyelesaikan lepas tu rapat..Masa tu syaitan mula bertindak..Aku memang pegang pesan ayah aku ni dari dulu sampai sekarang. Mungkin sebab tu aku takde kawan lelaki yang dah kawen.. Aku lebih suka tak amek port.. 

Okei..Tetiba dah sesi berpesan-pesan dah aku nih..Tadi cerita pasal piknik..hehe..Okei, itu saja..Sekian.. =)

nota kaki : Allah bagi aku orang yang tak jauh dari keluarga aku n kawan-kawan aku.. Alhamdulillah...

3 comments:

  1. bes ke????

    heheheh..mangsa dera!!!lalalala

    Pinky again..

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails