Wednesday, February 22, 2012

Tips Menjadi Pasangan Romantik Setelah Berpuluh Tahun Berkahwin.

"Eh..eh..ape ni dik..." Sambil menyapu lembut sisi rambut isterinya...
"Ala...Dah tua pun..Mestilah ada uban..." Kata isteri sambil cuba menyembunyikan uban di celah-celah rambut hitamnya..
"Eh, yeke..Rasanya bukan uban la..Bukan uban, habuk kot.." Kata suami sambil menyambung membaca surat khabar...

********
"Adiikkkk!!Belikan mak yang kalerkan rambut hitam tu dik..Abah asyik tengok je rambut mak uban ni ha" Kata si ibu (iaitu watak isteri di atas) kepada anak nombor duanya..

"Ala mak....Memang dah tua pun.Mesti lah ada uban"Kata anaknye yang memang kurang sopan lagaknya..

"Tulah, mak dah kata dah kat abah.. Ala dik..Belikan jelah.."

"Boleh pakai ke mak? Kang takleh bawak solat..Pastu warna hitam..Ish..kan ke warna inai je yang boleh.Kaler-kaler oren tu.."

"Ishhh...Takkan la mak nak pakai kaler oren-oren tu lagilah nampak tuanya...Belikan je lahhhhhh"

"Adoi...Yelah-yelah..."

********


Masuk kali ni, dah dua kali si anak membelikan pewarna hitam untuk rambut emaknya.. Dengan berat hati... Sambil berdoa Ya Allah berikanlah petunjuk boleh atau tidak mewarnakan rambut warna hitam.. Si anak akan beli pewarna rambut hitam ni dari jenis mengkudu..Busuk sikit masa nak lumur kat kepala tu kata emaknya.. Tapi oklah janji suaminya senang hati...And kalau nak melawan sangat kang masuk neraka paling dalam..Walaupun bergaduh dengan maknya adalah rutinnya setiap hari, tapi masih ada sekelumit rasa hormat dan takut Allah murka..Yelah, kemurkaan Allah kan atas murkanya ibubapa dekat anak-anaknya..Taknaklah si anak nak dimurka semata-mata sebab INAI RAMBUT.. -_-" 

Dah beberapa kali search dekat internet tentang boleh ke tak inai rambut kaler hitam..Masih tak jumpa jawapan yang meyakinkan.. Mungkin anaknya tak hebat dalam memasukkan ayat yang sesuai dalam carian Google..

*******
Majalah Anis, Febuari 2012..Muka depan gambar keluarga Ustaz Azhar Idrus.. Membuatkan hati si anak melonjak kegirangan... Jawapan yang dicari selama ini terjawab ni mukasurat 62, Soal Jawab bersama Ustazah Maznah Daud . Si anak pun meloncat ke-yippiey-an...

..."Perempuan yang bersuami, harus mencelup rambutnya dengan warna hitam sebagai satu daripada tuntutan berhias untuk suami yang disunatkan kepada para isteri. Tambahan pula dalam keadaan ini tiada unsur penipuan atau menglirukan kerana suami memang kenal isteri dan mengetahui usianya.

Perempuan tidak bersuami haram baginya mencelup rambut dengan warna hitam kerana ada unsur penipuan di sini. Mungkin orang yang berkahwin dengannya akan terpedaya dan menyangka bahawa dia masih muda."...


Fuuuhhhh..lega..Kata si anak... Boleh la beli berpeket-peket pewarna rambut mengkudu tu lepas ni...Katanya di dalam hati...

"Ehh mak! Memang boleh la pakai inai rambut kaler hitam kalau untuk suami..Dalam majalah ni ada tulis.." Beritahu si anak..

"Laa..memang pun boleh..Lama dah mak tauu.." Kata si emak dengan muka berwajah sok ustazah...

"Ahhhhhhhh..." Jawab si anak malas layan masih dengan perangai kurang sopannya....


**********

nota kaki : Si suami memanggil isterinya dengan panggilan adik..Dan si suami dan isteri memanggil nama anaknya juga dengan panggilan adik..Sila jangan konpius..

nota kaki 2: Ye..cerita ni mengisahkan tentang si suami yang menegur isteri secara berlapik dan taknak mengecilkan hati isterinya..Dan si isteri yang tersangat segan dan nak cepat-cepat nyorokkan ubannya dari suaminya.. Dan si anak yang sok baekkkk..... 

nota kaki 3 : Watak sebenar kisah di atas terpaksa dirahsiakan....

*********

kata hati aku : Dah kawen 31 tahun pun...Perasaan malu-malu and perasaan nak menjaga hati masih menebal lagi dalam diri pasangan suami isteri ni eh...Pelik..Tapi itulah yang buatkan masing-masing macam asyik baru bercinta and cerita tak pernah habis dari dulu sampai sekarang..Asyik berborak je..Pasal kucing pun jadi..     -_-" Si suami memang tak pernah kata masakan isterinya tak sedap.. Cuma, kalau si isteri masak makanan yang sama pada hari yang lain, dia akan kata.. "Haaa..Yang ni lagi sedap dari yang hari tu.." Padahal kalau tak silap, yang dulu tu pun si suami makan bertambah... -_-"

Kata hati aku lagi : Macamana perkahwinan aku nanti? Adakah selepas 31 tahun masih malu-malu? Masih dalam tempoh menjaga hati pasangan? Masih berusaha menjadi yang terbaik untuk pasangan.. Atau..asyik asyik mengulang ayat " Awak boleh tak terima saya seadanya?" Tanpa ada rasa perlunya menjadi yang terbaik untuk suami.... Dan si suami yang tegur isteri secara terus terang tanpa merasa perlunya menjaga sensitiviti si isteri tentang kecantikan dan masakannya.."Awak ni, cuba tengok orang lain tu cantek je..Tak reti ke nak cantik2 sikit"... " Ini yang awak masak? emm, esok makan luar je lah.." Semoga dijauhkan!


Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua dan membantu memudahkan segalanya di dalam mencari keredhaanNya... ^_^


Sekian dari saya....


11 comments:

  1. Ok..sy boleh agak siapa watak2nya...hehe..insyaAllah, semoga ikatan yg bakal dibina sentiasa mendapat lindungan rahmat dan barakah Allah...

    ReplyDelete
  2. Ok..sy boleh agak siapa watak2nya...hehe..insyaAllah, semoga ikatan yg bakal dibina sentiasa mendapat lindungan rahmat dan barakah Allah...

    ReplyDelete
  3. semoga saya bakal mendapat seorang suami yang sangat super duper hebat hebat dan menjadi seperti pasangan di atas.. amin amin..


    <3<3<3

    ReplyDelete
  4. ily..hehe..dah boleh agak ye sape =p amin.. :)

    baby.. ecceh ecceh...

    ReplyDelete
  5. this is interesting, thanks for the sharing

    ReplyDelete
  6. very2 interesting...dah ada contoh 'very2 sweet couple' depan mata betul2...so, kena la praktik bila dah kawin nanti...:)

    dalam perkahwinan...kena sentiasa ada malu...kena sentiasa ada SABAR...kena sentiasa ada rasa 'cinta'...setiap hari...sepanjang masa...setiap saat...memang best!

    berkahwin 'kerana Allah'...insyaAllah akan sentiasa memiliki hati yang bahagia tanpa melupakan Dia...

    ReplyDelete
  7. hehe..insyaallah..thanks kak zam! ;)

    ReplyDelete
  8. syurah pun ada pewarna rambut made from inai. mak k.d pakai yg shurah tu la

    ReplyDelete
  9. trime kaseh banyak2x ^_^ sngt mmbntu....saye da pening ckp dgn mak saye pasal inai kaler hitam nih,,,... btw tq sooo much.. ^_^ MAY ALLAH SWT BLESS U!!!

    ReplyDelete
  10. kak die..
    yeke kak die?mak dah selesa pakai yg brand ni dah..hehe

    anonimes

    amin..tengkiu! ^_^ syukur..kita dpt mak2 yang sentiasa nk berhias dekat suami walaupun dh lanjut usia..semoga kita nnti pun mcmtu =)

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails