Monday, February 13, 2012

Mencari idea..Bunga bungaan

Salam..

Tempoh membuat persiapan kahwin adalah tempoh yang amat mendebarkan eh? Korang pernah rasa jugak ke atau aku je terlebih rasa? Mana nak memilih pakej yang cantik tapi dalam masa yang sama still dalam budget.. Mana nak mencari kad kahwin yang tahap seposen doposen tapi rupe leh jadi tahap singgit sekeping. Mana nak fikir macamana nk decorate dewan sukan jadi macam dewan tahap hotel.. Macamana nak memujuk nafsu yang sembilan ni supaya membuat semuanya sekadarnya...

Aku search jugak apa yang aku boleh buat untuk wedding aku nanti (insyaallah) secara DIY.. Rasa macam tak puas hati pulak kalau tak buat sesuatu menggunakan tangan yg keras ni sendiri. Walopun hasilnya taklah sehebat mana..Tapi aku nak jugak cuba...=p

Korang pernah dengar bunga kertas tisu?


Aku first time dengar cousin aku yang bagitau. Dia nak buatkan bunga pahar/bunga telur untuk aku. Awal2nya aku buat dek je.. Tapi aku serach-search kat intenet... Woot woot..berminat pulak nak buat... Cantek!

Ni website yang aku jumpa..sepanjang aku search dekat intenet nih... Dari cara nak membuat sampai lah cara nak decorate.. Semoga aku tak hangat-hangat tahik hanyam..haha..Dah ada beberapa yang dah dibuat dekat rumah..Kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan..hehe..

Sini aku pastekan link untuk simpanan aku dan jugak untuk rujukan korang... ;) 

Ini daripada Folding Trees .. Banyak lagi DIY yang ada dalam wesite ni.. Sangat2 sweet apa je yang dia buat..

Ini pulak daripada Story of My Chantique.. Dekat sini aku mula-mula belajar teknik-teknik membuat bunga ni selain dari youtube.. 

Ruffled pulak bagi idea yang sangattttt cantek manis tertarik...

N macam-macam lagi lah website yang bagi idea untuk buat bunga kertas tisu ni. Antara rajin tak rajin and kreatif tak kreatif kita untuk menjadikan bunga-bungaan tu seperti yang kita idam-idamkan.. 

Alaa...yang aku dah buat ada kat rumah la..Tak de tangkap gambar pulak.. Tapi, kira berjaya jugak lah kan kalau mak kita tak percaya yang bunga tu kita buat sebab dia kata tak mungkin aku boleh buat bunga macamtu sebab tangan aku tak kretip sejak azali...kuikui...

nota kaki : Yang aku cuba adelah seperti di dalam gambar...Tapi guna teknik lipatan dari Story of My Chantique..hehe...

2 comments:

  1. adik..aku ade terpk utk buatkan kau bunga DIY jugak..disebabkan dulu time aku kawen xde can nak buat sume tu..aku buatkan utk kau nak?

    ReplyDelete
  2. nakkk!!! kecil tapak tangan stadium bola ku tadah kan..hehe..i BBM u... hehe

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails