Friday, January 27, 2012

Pada usia yang bertambah

Pada usia kamu yang bertambah,
Disaat sahabat lain diraikan oleh
seorang lelaki ajnabi
Kamu masih bersendiri meraikan hari jadi…
Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari
teman lelaki
Kamu menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
tanpa coklat, tanpa patung beruang.
Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman – teman risau mencari.
Kamu tetap tenang menanti.
Saat teman – teman bimbang mengharungi perhubungan,
Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin kuat dalam pengharapan.
Kamu semakin teguh dalam penantian
Berkongsi keluh kesah mu bukan pada lelaki tapi pada Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…
Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian
dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintamu.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.
Selamat hari lahir.
Sumber


Kini..Alllah telah kurniakan aku dia.. Dengan izinnya bakal menjadi raja dihatiku kelak... Seseorang yang tiba dalam hidupku didalam aku beristikarah kepadaNya...

nota kaki : Doaku pada hari jadi tahun lepas dikurniakan jodoh yang akan menggembirakan aku dan keluarga aku..Yang akan membawa aku ke syurga yang abadi.. Yang dapat menerima aku seadanya aku dapat menerimanya seadanya... Doaku tahun ini...Semoga segalanya dipermudahkan..Dia jodoh untuk ku dunia dan akhirat..dapat menjadi pemimpin untk keluarga ku...Insyaallah... =)

nota kaki 2 :  28 tahun lepas..Hari yang sama, Jumaat.. Tepat 1 tengahari..Aku dilahirkan... =)

2 comments:

  1. happy birthday nas...Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmat dan barakah Allah. Semoga bahagia dunia & akhirat. Selamat ber'preparation'..hmmm..mcm dh nmpk ade sket perubahan kt blog ni...ngeee~ mood bahagia..syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. amin..tengkiu li... ade ke mood bahagia tu?Rasenye template blog ni tetap same...kuikui...

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails