Saturday, October 29, 2011

Ppink..

Allahuakbar..telalu banyak yang aku nak kongsikan...Tapi aku sendiri rasa tak stabil dengan kehilangan ni.. Macamana aku nak luahkan dengan kata-kata..semuanya bermain dekat dalam hati aku ni... Orang yang aku sayang bersedih lagi..baru berjaya bangun dari luka yang lama dengan hadirnya seseorang yang mampu membahagiakan dia..

Allah hanya akan bagi ujian yang mampu ditanggung oleh seseorang itu.. Semoga Allah anugerahkan kau syurga yang hakiki..semoga doa dari seorang kawan yang terlalu menyayangi kau ni dimakbulkan.. semoga hidup kau sentiasa dalam pemerhatian dan kasih sayang Allah.. Teruskan hidup dengan segala ilmu yang pernah dikongsikan oleh fendi.. Teruskan hidup dengan semangat untuk bersama fendi di syurga.. Teruskan hidup dengan bersangka baik kepada Allah...

Allah anugerahkan kau suami yang sangat baik pink... bersyukur pada Allah.. 11 bulan yang penuh dengan ilmu dan kasih sayang.. Allah anugerahkan kau suami yang baik dan soleh..juga anak yang soleh kepada ibunya..Allahuakbar..untung kau pink..

Aku doakan kau kuat hadapi saki baki usia.. gunakan dengan penuh rasa syukur..Allah sedang mencuci segala dosa-dosa kau yang aku rasa tak ada.. Allahuakbar..Entah-entah pencucian dosa kami berlaku di neraka sebelum masuk ke syurga..Nauzubillah.. Engkau Allah cucikan di dunia yang sementara  dengan segala ujian dan cabaran...untung kau pink..

Pink... aku sentiasa ada dekat sini.. untuk engkau.. mcmana engkau sentiasa ada untuk aku.. Aku doakan kau bahagia dunia akhirat pink....dan dapat setiap apa yang kau hajatkan...

Semoga roh fendi ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. semoga kuburnya menjadi taman-taman syurga.. amin..Al-Fatihah...

2 comments:

  1. assalamualaikum kepada semua terutama ppink yg membaca...
    terlebih dahulu takziah dari cousin nas ini utk ppink yg kehilangan teman bicara, kongsi suka duka, org yg selama ini yg mampu buat kau gembira...percayalah ada seribu rahmat yg menantimu di sana...sambil akak menaip ini air mata ini tak henti2 mengalir, mungkin kerana akak juga teringat pengalaman kisah2 lalu yang menyentap jiwa...
    tabahkan hatimu ppink, semoga rahmat ALLAH sentiasa bersamamu dik....

    "seribu kali sayang.. sangkaku kan ke mati cerita kasih kita rupanya seketika......"

    akhir kata...sabar dan tabah itu adalah salah satu cabang jalan menuju ke syurga... jadi bersabar dan redhalah pemergiannya....

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails