Thursday, July 14, 2011

Kenapa aku suka dengar IKIM FM

Assalamualaikum..

Sedang-sedang semangat untuk menjadi penjaja Sabtu ni.. Aku rajin pulak nak bercerita dekat korang kenapa aku suka sangat dengar IKIM FM...

Bila aku mula dengar radio IKIM ni eh..?Tak silap aku bulan 8 atau 9 tahun lepas.. Masa tu aku masuk kerja pukul 7.30 pagi..So aku dah keluar rumah pukul 6.45 pagi.. Selalunya aku dengar Sinar tapi dah beberapa hari aku rasa bosan..Asek gelak je aku nih..Keluar kereta kang rasa tak ceria jugak..

Ada masa tu..Aku beli banyak-banyak cd ceramah Ustaz Azhar Idrus (series terer gile aku dah paham bahasa tengganu..best ceramah2 dia..tu yang usahakan jugak nak paham..kehkeh) dengan Ustaz Kazim.. Ada satu pagi tu..cd2 tu suma aku dah habis dengar..Aku bukak radio..Tukar-tukar channel..Memang dah ade dah IKIM dalam keta aku.Yang aku setkan aje tapi x pernah nak dengar pun.. Masa tu tengah DJ Siti tu bercakap-cakap..Tak tau kenapa aku rasa suara dia ceria..Ngam pulak dengan telinga aku nih..Selama ni kalau aku bukak IKIM mesti suara DJ yang akan buatkan aku nguap sepuloh kali..

Waktu tu segmen pagi IKIM ni tengah nak pilih siapa DJ lelaki yang akan digandingkan dengan DJ Siti ni.. Diorang buat undian..Aku macam tertarik nak dengar terus.. Pukul 7 pagi pulak ada doa pagi..Lepas tu zikir.. Terasa sangat pagi aku ada pengisian n bersemangat pulak..

Lepas tu, hari-hari aku bukak IKIM.. Sampai lah DJ Pian tu yang menang.. Series.. Gabungan suara diorang aku suka..Aku rasa ngam aje..Korang mesti pernah dengar dekat radio ERA ade caller perempuan tu ckp kalau dia tak dengar suara Aznil pagi-pagi dia rasa tak semangat hari diakan? Aku pulak rasa kalau aku dengar suara Siti dengan Pian ni aku akan rasa semangat pagi2..ngee..

Yang paling aku suka pasal diorang ni..Pagi-pagi diorang akan bagi teka-taki..Mula-mula dulu diorang bagi saja-saja je..Last-last dah jadi kuiz pulak sebab ada yang nak menaja.. Nampak sangat ranking pagi dah naik.. ^_^

Haa..Ada lagi yang aku suka..Percakapan diorang ni..Asek la nak naikkan semangat orang aje.. Tiap-tiap hari diorang akan suruh pendengar semua senyum..Kalau tak boleh senyum pun paksa jugak senyum..Sebab kalau kita senyum, automatik hati kita kan tenang n hepi je... Aku yang tengah masam pagi-pagi tu pun paksa la senyum..Betullah! Terus aku rasa hepi je hati aku..macam takde masalah...Hebatlah! Sile cuba pagi esok!

Pukul 7.30 pagi ada motivasi pagi yang lengkap..Walaupun 15 minit tapi sangat-sangat menaikkan semangat untuk bekerja dan meneruskan kehidupan seharian yang memang Allah dtgkan dugaan tak menentu waktu dan ketika..(lama la tu kan 15 minit? Radio lain tak sampai seminit kot..)Korang mesti dengar..Rugi tau kalau tak dengar..Takde radio? Dengar je online dekat IKIM FM. Ce try dengar ce try ^_^

Kalau nak dengar nasyid best2..Dengar la masa segmen pagi ni.. Memang superb..Ada aje nasyid yang sedap telinga ni mendengarnya..



Selawat dekat atas ni antara nasyid yang buatkan aku terus dengar IKIM sebab nak tau apa tajuk dia.. Mau berbulan-bulan jugak..Last-last aku tau lagu ni masa Imam Muda 1 nyanyi time Pelancaran Imam Muda 2...-_-"

Ok..Tiap-tiap hari Rabu pukul 10 pagi jangan lupa dengar Prof. Dr. Muhaya..Pakar mata yang Allah anugerahkan ilmu agama dan kepakaran dalam memotivasikan orang.. Atau, korang boleh je pergi dekat website IKIM download segmen Prof. Muhaya..Aku buat macamtu..hee..Senang..Boleh dengar bila-bila je..

Ok..kenapa aku nak buat entry ni eh..Sebab 6 Julai 2011 hari tu IKIM FM genap 10 tahun.. Ramai pendengar yang call bagitau apa yang diorang dapat dari IKIM ni and macamana diorang boleh terus melekat dengan stesen radio ni.. Hati aku melonjak-lonjak gak nak bagitau macamana aku mula dengar and terus melekat nak dengar.. So, aku rasa sinilah tempat untuk aku bagitau.. =p

Walaupun waktu aku dengar IKIM ni dalam sehari taklah lama.. Antara pukul 7 pagi ke 8 pagi dan 5 petang ke 7 petang.. Tapi pengisian ilmu yang aku dapat...Subhanallah...Terlalulah banyak...

Semoga Allah terus bagi diorang idea-idea yang lebih kreatif untuk membawa pendengar mendidik jiwa agar lebih bersih.. ^_^v


nota kaki : Memang membesar dengan lagu-lagu nasyid..Lagu omputeh? banyak yang taktau.Kena gelak? banyak kali...





2 comments:

  1. Hari Isnin kul 5-6 ptg segmen keluarga sakinah dgn Dato Prof Dr Sidek Baba masih ada?

    nazmi

    ReplyDelete
  2. dah takde dah...dah abeh dah bulan lepas..dah tukar jd segmen lain dah..ko nak uji aku ke ape ni ming? haha

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails