Thursday, June 30, 2011

Omelan Sewaktu Orang Lain Sedang Makan..

Assalamualaikum...

Sekarang ni tengah dengar taklimat untuk pendaftar aset dekat HQ.Nak kena daftar online pulak aset-aset kat ofis tu. Adoi..Macam sotong dah aku keje skarang ni..Ok, takpe.Kena kerja tanpa bebelan kan..Baru hepi..

Dah rehat dah..Semua orang pergi makan.. Aku puasa. Ada yang kata rugi je aku puasa time kursus ni..Makan free.. Tapi, hari ni la aku sesuai nak puasa pun. Selalunya banyak sangat alasan aku ni nak puasa. pergi site la, busy ke hulur ke hilir la, panas la..Macam-macam la.. Jadi, sila puasa hari ni! (Sambil merenung orang-orang yang tengah beratur nak makan)

Malam ni insyaallah nak pergi Masjid Bukit Indah. Ade forum kata ayah aku. Ada Sham Kamikaze dengan Wardina.. Ada artis baru aku nak pergi masjid. Boleh terima kan?kan? =p Kalau tidak, sembahyang terawikh la baru nampak batang idung aku ni kat masjid atau surau.. Tak berubah ubah umur dah lebih suku abad.. -_-"

Esok pagi nak pergi Langkawi insyaallah.. Harap-harap perjalanan berjalan lancar.. Dah lama terliur dah nak pergi Langkawi ni.LAst pergi darjah 4. Kanak-kanak ribena sangat tu. Kalau tengok tiket murah dekat Air Asia tu, melonjak lonjak perasaan nak tempah tiket. Tapi sebab fikir kene sewa kereta lah, nak ajak siapa lah..Duit nak kena save berapa byk lah..Mesti terbantut.. Kali ni, pergi dengan ofis!!Yeyy!!Perjalanan n tempat tinggal free!\o/ (Nasrina..Jangan eksaited..Jangan..)

Aku ni tak boleh nak eksaited dekat satu-satu perkara tu sangat..Nanti ada yang tak kena.. Bahasa kampar kata 'Tangkok di induk' Paham ke?haha.. Maksudnye macam kalau kita duk bercakap-cakap secara eksaited benda yang kita nak buat, selalunya benda tu takkan jadi.. Jadi, biar kita cool je. Insyaallah mesti jadi.. Jadi nasrina, sila diam!

Ok tukar topik..Aku nak buat list tempat-tempat yang aku dah lawat dari bulan 7 tahun lepas sampai bulan ni.. Tak terupdate-update.. Gambar dekat tepi ni pun asyik gambar Pulau Perhentian je.. Dah setahun tu..Okeh.. Mula dari sekarang... Start!


Julai ,Ogos,September, Oktober
-

November :

Johor Baru - 3 hari 2 malam -Mesyuarat

Felda Trolak - 3 hari 2 malam - Kursus

Kalumpang Resort - 3 hari 2 malam - Hari Keluarga Kem


Disember:

Port Dickson & Melaka- 3 hari 2 malam - Percutian Keluarga

Suria Beach Resort Cherating - Hari Keluarga CPUM


Januari:

-


Febuari:

-


Mac:

Lumut Country Resort : Kursus Risk Management


April:

-


Mei:

Selesa Hotel Port Dickson : Kursus CPM

A'Famosa Hotel, Melaka : Mesyuarat Pengurusan


Jun:

Glory Beach Resort Port Dickson : Kursus Asas Kaunseling


Julai :

???



Hee..Buat pengetahuan korang, kursus-kursus tu aku tak mintak pun.. Bahagian pengurusan atau bos yang pilih nama aku. Mungkin ada buat rotation siapa yang akan pergi kot. N aku selaku yang memang gila suka berjalan ni, ini adalah rezeki yang tak terhinggaaaaa untuk aku. Walaupun kalau pergi kursus atau mesyuarat ni takde lah dapat berjalan pun tapi best apa asal dapat jejak kaki kat negeri orang lain tanpa perlu kan duit disamping tambah ilmu pengetahuan...on the nak balik tu barulah kita nyinggah la mana2.. hee.. \0/


Target tempat yang akan aku pergi kalau diizinkan Allah ialah :

-Langkawi-

-Sarawak-

-Guongzhou, China-

-Sabah-

Semoga Allah permudahkan ^_^

nota kaki: Berjalan selagi ada peluang..


2 comments:

  1. untung laa..jalan je eh.tapi ade kursus ape kat Guongzhou tu?
    (saye jeles) T_T

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails