Monday, March 21, 2011

Gaya tudung dari si penjual tudung...

Assalamualaikum...
Harini nak kongsi dengan korang gaya-gaya selendang yang aku pakai sepanjang aku mula memakai selendang ni..Tak banyak sangat pun gaya tudung yang sesuai dengan muka aku ni.. Tapi setelah digodek godek gambar-gambar yang ada dekat dalam kamera aku ni..Ini je la yang aku jumpa yang agak tak segan la sangat nk kongsikan dengan korang...

Gambar dekat bawah ni masa aku pergi majlis kahwin anak technician aku.. Majlis kahwin bangsa India.. Aku sangat excited nak pergi sebab nak tgk secara live pusing keliling api 7 kali tu..Fuuhh taksub cerita hindustan sangat aku nih... Selendang ni ada manik-manik dekat belakangnya..Aku tak sempat nak publish dalam Nas Butik lagi sebab tinggal dua tiga helai je..Dah habis offline.. Nak iklankan apa kalau takat dua tiga je tinggal..huhu.. Style ni aku panggil style arab.. Gambar lagi satu tu pulak gambar adik aku pakai style yang sama..(Sila abaikan gaya si penjual tudung)



Ohh ye..Nak bagi kredit dekat video ni..Sebab aku belajar style arab ni dari sini ^_^

Dekat bawah ni pulak.. Aku panggil style Aini Humam... Sebab setakat ni aku nampak dia je yang pakai cara ni.. Minggu lepas baru paksa dia ajar aku cara pakai selendang ni..Apa lagi.. Aku terus la cuba semalam..hehe..
Inilah gambar Si Aini Humam dengan gaya tudung yang sama dan selendang yang sebijik macam yang aku pakai dekat atas ni n dia beli dari Nas Butik. Aini ni pelanggan setia dari Nas Butik n kalau offline tu dia la yang laju sekali rembat.. Yang ini pulak selendang crumple yang aku lilit-lilit n tepi dia aku gabungkan jadi tocang..Ok, tak terang sangat tocangnye.. Gaya ni agak membuatkan selendang ni singkat sikit dekat depan tapi sesuai la kalau gayakan masa baju tebal dan besar gile..(Saja kutuk baju katering sendiri yang besar..haha)

Gaya gedik dekat bawah ni adalah gaya "lilit aje macam biasa" . Selendang ni adalah selendang yang sama dengan selendang yang first tadi cuma warna je lain.. Kali ni manik-manik aku gayakan kat depan..

Pernah tak rasa malas? N hentam je lah gaya apa pun.. Kat bawah ni gaya "Malas pakai inner" Lepas pakai anak tudung, amek selendang, lilit and jom kua!Haa..Tulah gaya selendang bawah ni.. @_@Yang ini pulak selendang terbaru dekat Nas Butik.. Series tinggal 3 je.. Nak upload camno? Ce cite ce cite... Ye...Sepatutnya beli-beli je terus uploadkan kan? Itulah aku nak cuba buat untuk second batch nanti..Akan buat! Insyaallah.. Selendang ni ada 3 layer.. Selalu nya kalau Yuna, berlapis lapis selendangnya kan? Untuk menghasilkan effect warna yang pelbagai.. Tapi dengan sehelai selendang 3 layer ni kita boleh dapat effect yang sama... Woott! Sangat suka! Apa yang aku mula-mula cuak masa nak ambil keputusan jual selendang ni? PANAS! Yelah..Berlapis lapis tu.. Tapi kain dia yang best, memang buatkan kite selesa je pakai satu hari suntuk ^_^v

Ini salah seorang pelanggan setia Nas Butik jugak.. Hawa.. Dia pun pakai selendang 3 layer Nas Butik..Time ni tekak Si Hawa tetibe rasa nk makan aiskrim n ajak pergi Tutti Frutti..Sedap aiskrim coklatnye..Korang kene cubeSekian sahaja entri selendang....Selendang ni aku pakai bila time keluar jalan-jalan je..N bila time rasa rajin nak melawa.. Nak tengok gaya aku yang sebenar? Tahap g kerja selebet gila n sampai kene sound dengan member aku.. "Ko bukan jual tudung ke? Apsal tak nampak rupa penjual tudung pun..Gila selebet.." Ok, kejam!

.

.

.

.

.

.

.

.

(tengah jaga site..)

nota kaki : series aku mmg selebet..pakai selendang tu pun 5 minit je kemas kottttttttt.............. -_-"





1 comment:

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails