Saturday, June 19, 2010

Never Say Never..(Ujian Itu Rahsia Allah)

Assalamualaikum..

Hari ni, pagi-pagi lagi aku dah bangun n sampai dekat Shah Alam dalam pukul 8 pagi..Teruja bangat ni nak daftar..Aku pergi dengan adik aku sebab famili aku sibuk ada katering kahwin. So, kami pun pergi berdua..Adik aku dah siap buat perjanjian awal-awal dengan aku kena belanja dia tengok Karate Kid..Mesti dekat Pavilion..Adui..Mahal tu..13 ringgit!! Okei..Tak boleh kedekut..Sebab mak memang dah bagi duit belanja -_-"

Sampai-sampai je dekat Dewan Sri Budiman, aku nampak banner tulis "Postgraduate...Preparing For Life" Yup..Betul..Tujuan aku ambil Master ni sebagai persediaan untuk menghadapi hari-hari seterusnya dalam hidup aku...Aku pernah berbincang-bincang dengan kawan aku merangkap sifu aku merangkap penguat semangat merangkap orang yang rasa aku boleh ambil Master dalam Geotech ni yang aku sendiri pun tak yakin lagi dengan kekuatan diri aku ni..Kitorang bincang pasal kenapa nak ambil Master ni.. Masa tu, aku tak dapat jawab banyak..Yang berlegar-legar dalam kepala aku ni kenapa aku nak ambil Master sebab:-
  1. Aku cuma kerja kontrak dekat JKR sekarang ni..Aku kena ada satu backup plan untuk diri aku sendiri untuk apa yang bakal berlaku..
  2. Kalau-kalau aku berkahwin dengan orang yang kerjanya mungkin dicampak-campak ke negeri lain, mungkin aku boleh jadi lecturer atau tutor dengan Master aku ni..
  3. Hampir separuh penduduk Malaysia ni merupakan Degree Holder.. Aku nak cuba bersaing dengan orang sekeliling dan diri aku sendiri..Cuba memuaskan hati aku sendiri..Cuba nak uji kemampuan diri aku sendiri..


Series..3 ni je yang aku dapat fikir..Sifu aku, bagi senarai panjang kenapa kena ambil Master. Salah satu dalam senarai yang dia cakap, 'Untuk nak tambahkan ilmu..Sunnah Rasulullah..Dahagakan ilmu sentiasa..' Betul-betul..Kenapa aku boleh lupa niat yang perlu ada n sentiasa ada dalam diri kita ni? Buat sesuatu ikut sunnah dan ajaran Rasulullah.. Baru lah setiap apa yang kita buat tu jadi satu ibadah.. Setiap apa yang kita buat tu, macam kita sedang berjihad di jalan Allah.. Ya Allah..Aku lupa lagi.. Aku memang kena ada orang yang selalu ingatkan aku.. -_-"

Kesimpulan kenapa nak ambil Master Nasrina? "I'AM PREPARING FOR MY LIFE AND THE END OF THE DAY" Semoga tiap-tiap langkah aku di kira sebagai ibadah dan jihad...

Lepas daftar tu, aku n adik aku pergi tengok karate kid.. Lepas habis je tengok cerita ni, aku rasa kenapa aku mesti rasa lagu never say never ni untuk perjalanan masa aku belajar nanti? Kenapa aku tak gunakan sepanjang aku bekerja ni? Alam pekerjaan aku yang aku rasa aku dah tak bersemangat dah nak teruskan.. Satu persatu aku rasa aku di uji.. Aku tau ilmu aku masih cetek..Aku tau aku takde ketegasan dalam membuat keputusan..Hati aku selalu meronta-ronta aku tak layak bergelar Jurutera.. Aku selalu lemah dan rasa dipijak dan ditolak.. Hati aku rasa sakit bila dijadikan bahan lepas geram...

Allah takkan uji manusia diluar kemampuan sesorang tu.. Ya..Aku selalu mengingatkan diri aku sendiri yang Allah tahu aku mampu menerima dugaan-dugaan ni.. Allah tahu dugaan apa yang sesuai dengan kemampuan aku..Semoga Allah menguatkan keimanan aku.. Mungkin juga apa yang terjadi dekat aku ni, sebagai pusingan semula dekat aku.. Allah tu adil..Mungkin aku pernah buat benda yang sama dekat orang lain..Mungkin kawan-kawan aku sendiri.. Moga-moga aku dimaafkan.. Cuma.. Kadang-kadang aku takut...Aku tak mampu menghadapi dugaan demi dugaan ni..Dan dosa aku semakin bertambah... Berikanlah aku keimanan dan kesabaran yang kuat Ya Allah...




nota kaki: Terima kasih Ya Allah..Dugaan ini membuatkan aku lebih banyak menadah tangan kepada Mu.. Jadikan lah aku manusia yang sentiasa menadah tangan kepada Mu dikala susah dan senang...

8 comments:

  1. ooooo...nak ambik master rupenye..
    yer...teruskan niat sucimu itu...angah sokong 100%..jgn berhenti menambah ilmu sehingga hujung nyawa...nina pun masih mude, otak kiri dan kanan masih byk yg kosongkan...masih boleh menerimakan...teruskan... cayok!cayok!

    ReplyDelete
  2. nape sambung geotech eh? ramai plak aku dgr amik geotech...

    ReplyDelete
  3. angah:tengkiu2..=p doakan diriku ini berjaya di dunia dan akhirat....^_^

    anne:sebab dalam kepala aku ni nak amek geotech@water@environment@highway je untuk master.. Since highway takdek, water & environment pulak dikuasai oleh lecturer yang boleh menyebabkan jantung aku sentiasa berdebar..Aku membuat pilihan untuk amek geotech..kuikui.. Orang len aku tak tau..G tanye diorang pulak..=p

    ReplyDelete
  4. all the best dik..aku doakan kau berjaye.2 tahun setengah tak lame..insyaAllah, kuatkan semangat n never give up!!

    ReplyDelete
  5. hip!hip! hureeyy!!insyaallah akan kuatkan semangat..hee

    ReplyDelete
  6. nanti sekelas la kite...

    nazmi

    ReplyDelete
  7. harap2 tak sekelas..Fuh!Fuh!

    ReplyDelete
  8. aduss...sombong gile....tkpela nanti masuk kelas aku masuk pintu blkg ko masuk pintu dpn...

    nazmi

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails