Tuesday, June 22, 2010

Kenapa Asyik Nak Berbisnes

Dulu-dulu..Masa tingkatan 2..Orang tanya aku nak jadi apa, aku cakap aku nak jadi Computer Engineer...Sebab aku terbayang aku nak setting-seting wayar belakang komputer, install software komputer semua..Bukak kedai internet sekali dengan jual komputer n perkhidmatan baiki komputer...

Masa dekat Teknik, aku dah tukar cita-cita aku..Aku nak jadi civil engineer tapi major dalam highway..Sebab aku membayangkan aku boleh bukak kilang jual perkakas kat jalan raya..Signboard, mata kucing, kon, buat kerb...Macam-macam la..Yang bila sekarang ni baru aku tau perlu ke jadi engineer kalau nak bukak kilang tu..Janji duit banyak je.. -_-"

Bila aku dah masuk U, aku rasa alam pekerjaan aku nanti, aku akan habiskan dengan berbisnes jugak nanti... Sekarang ni, baru je berapa tahun aku kerja makan gaji, aku dah mula nak berbisnes kecil-kecilan..

Aku taktau kenapa.. Mungkin sebab keturunan aku memang datang dari bisnes agaknya.. Atuk belah ayah, memang bukak kedai elektrik..Satu-satunya kedai elektrik kepunyaan orang melayu dekat kampung aku dulu..Nenek belah ayah pun berniaga pinggan mangkuk dekat Pasar Pagi... Atuk belah mak, yang boleh dikatakan aku memang mewarisi sifat-sifat dia sebab aku lahir lebih kurang 40 hari lepas tarikh kematian dia.. Termasuk air muka aku.. Famili aku cakap banyak ikut dia.. Atuk aku ni peniaga kain..Pandai menjahit dengan tengok je baju tu..(Aku boleh jahit tapi malas) Pandai bertukang (Setakat ni, kalau kerja-kerja yang melibatkan pasang-memasang memang kerja aku kat rumah ni)

Ayah aku pun lepas pencen pegawai bank terus bukak bisnes katering. Adik beradik ayah aku boleh dikatakan semua ada bisnes sendiri.. Nak kata semua pandai bercakap? Senyap je aku tengok masing-masing.. Skill yang masih aku cari-cari selama ni..Macamana nak berbisnes tanpa perlu bercakap sangat..hee..

Aku bukan nak kaya tapi cukup lah senang.. Aku terngiang-ngiang ayat pakcik rombongan aku masa umrah haritu.. "Allah sayang hambanya yang fakir yang sentiasa mengingatiNYA tetapi Allah lagi sayang hambanya yang kaya tapi sentiasa mengingatiNYA"




nota kaki: Sentiasa bersemangat cari idea nak berbisnes..

1 comment:

  1. skrg ni pun ko dah ade skill x cakap tapi bisnes jalan jugak apa...paham x maksud angah? yela niaga guna e-busines dlm blog mmgla xyah cakapkan??!!!heheheeee

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails