Monday, June 21, 2010

Ada Integriti Ke Aku?

Jumaat lepas dengar ceramah SPRM... Penceramah tu kata:-
  • Jangan gunakan waktu pejabat untuk urusan peribadi
  • Kalau ada yang sambung belajar, jangan gunakan peralatan pejabat untuk kegunaan belajar. Printer,kertas A4,pen,dll.

Banyak yang dia cakap..Tapi yang dua ni memang betul-betul kena dekat batang hidung sendiri... Terkenang balik masa interview haritu..

"Kenapa awak nak masuk kerajaan?Apa istimewanya awak berbanding orang lain?"

"Macam yang kita sedia maklum, kerajaan sekarang berdepan dengan masalah intergriti...Saya diantara orang yang mempunyai tahap intergriti yang tinggi. Insyaallah, kalau saya masuk dalam kerajaan, saya akan memastikan orang di bawah jagaan saya memiliki sikap yang sama."

Ecceh..eccehh..Poyo gile beb.. Takdela aku ajwab seskema tu..Tapi lebih kurang lah isinya.. Tapi memang itulah yang aku tefikir masa tu.. Bila dah masuk sini.. Baru aku rasa.. Nasrina..Ko mampu ke nak buat apa yang ko janjikan? Dah setahun lebih dalam ni.. Berusaha!Jadi orang yang baik.. \0/

Okei...Nak jadi student ni.. Wiken ni nak shopping printer,laptop,kertas A4 banyak-banyak, pen,kertas, segala benda tuk stadi..Fuyyoo!!Kaya beb aku..Angan-angan tak ingat.. Ok Nasrina..Cukup bermimpi!!!

nota kaki: Berusahalah Nasrina! Beli sikit2..Harap-harap dapat la pakwe kaya yang boleh sponsor.. hee~

2 comments:

  1. Integriti.. erm..
    goverment servant mmg tak terlepas dari isu neh.. even private pun selalu dibelenggu dengan masalah neh.. manusia mmg mudah lupa dan cuai..
    dari mende kecik sampai le yang besar.. semua boleh jadi isu..
    Integriti lebih senang dikaitkan dengan tahap keimanan atau moral individu itu sendiri..
    Pemikiran yang rasional dan tahap keimanan yang tinggi dapat sedikit sebanyak menangkis penyalahgunaan masa mahupun hartabenda..

    ReplyDelete
  2. feel free to drop by my blog and comment tq..

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails