Sunday, May 16, 2010

Perkahwinan Melengkapkan Agamamu..(Kisah Benar)

Beberapa hari lalu, saya dihubungi kawan lama Naim, seorang lelaki berusia pertengahan 40an. Naim adalah seorang yang baik budi pekerti, berjawatan tinggi, berpelajaran, punya perawakan yg baik, memiliki kereta berjenama, 2 buah rumah....boleh kata lengkap serba serbi namun jiwanya belum berteman....tiada ratu yg mengisi ruang hatinya. Soalan pertama saya kepada Naim "eh...kau call ni, nak jemput makan nasi minyak ke?" Itu adalah antara soalan yang sering saya tanya setiap kali berkomunikasi dgn beliau. "Mana ada, dah umur mcm aku ni...mmg tak de jodohlah" jawapnya ringkas.

Apa yg ingin saya sampaikan bukanlah perbualan telefon saya dgn Naim, tapi saya ingin berkongsi pemerhatian saya (mungkin tak tepat) berhubung seorang sahabat yg saya amat kagumi tetapi memilih utk hidup bersendirian sehingga ajal menjemput diri.

Saya kenali Naim kira2 15, 16 tahun lalu. Ketika itu beliau sedang hangat mengulit cinta dgn Ima, yg amat beliau cintai. Saya ikuti perjalanan cinta mereka...cukup akrab, bagai belangkas...paham2lah orang mudalah katakan. Mereka berdua ke sana ke sini bersama, tak ubah bagai pasangan suami isteri memadu cinta setiap detik bersama. Perjalanan cinta mereka juga turut diketahui ramai rakan sekerja serta keluarga....namun kesemua yg menilai hubungan mereka bagai memahami yg mereka berdua tidak mungkin disatukan....ntah kenapa??? There's something ackward about the whole relationship....terlalu rapat mengalahkan suami isteri.

Tiap kali Naim bertugas luar kawasan, Ima akan dibawa bersama. Begitu juga bila Ima bertugas luar, Naim akan menurut ke mana sahaja di setiap kesempatan yg ada. Di sebalik hubungan yg rapat bertahun2 lamanya, kira2 selepas 3,4 tahun bersama, kedua2 Naim dan Ima seolah-olah merasakan sudah tiba masanya untuk mereka menguji cinta yang disulam bersama. Kata Naim "apa kata kita rest the relationships for a while....kita berkawan dgn semua org...kata org, if we meant for each other, am sure kita akan disatukan". Ima bersetuju....mungkin kerana ingin memberi peluang pada diri sendiri berkenalan dgn ramai org sebelum memutuskan berkongsi hidup dgn the 1 and only Naim.

Sedikit pelik, selepas 6 bulan disebalik keakraban Naim dan Ima, Naim memutuskan untuk bertunang dgn Suraya yang merupakan kenalan Ima, malahan Ima sendiri yang memperkenalkan Suraya kepada Naim, dan merestui hubungan dan akhirnya menguruskan pertunangan antara Naim dgn Suraya. Malahan Ima turut hadir semasa majlis pertunangan di rumah Suraya....everything went smooth...cukup lancar tanpa sedikit cacat celanya. Saya masih teringat bila Naim sendiri berbincang dan membeli belah hantaran pertunangan utk Suraya dgn bekas kekasihnya, sedikit pun tidak terlihat api cemburu atau kemarahan atau kehampaan pd kedua mereka walhal percintaan mereka menjangkau melebihi 3 tahun. Saya sendiri KAGUM.

6 bulan slps pertunangan Naim dan Suraya, Ima pula memutuskan untuk bertunang dgn jejaka pilihan hati. Naim tenang bila Ima memberitakan perihal pertunangan Ima dgn jejaka yang sebenarnya turut dikenali Naim. Ima, seorang yg workacholic terus fokus dgn kehidupan sebagai tunangan org disebalik kerja2 pejabat....begitu juga Naim...hubungan mereka seolah2 terputus, drifted apart memandangkan masing2 sudahpun menjadi tunangan org. Bg saya yang mengenali kedua2 mereka, ini adalah senario biasa...malahan ianya adalah perkembangan yg baik dlm menyiapkan diri kedua2 melayari kehidupan berumahtangga dgn pasangan yg ditunangkan.

Masa berlalu, bulan berganti tahun, tarikh pernikahan Ima kian menjelang. Ima, menghubungi Naim dan menyatakan yg beliau akan diijabkabulkan 2 bulan akan dtg. Pada ketika itu saya di pejabat Ima. Lenggok intonasi suara Ima, tidak sedikit pun bernada ceria ataupun hampa....mungkin beliau mengawal rasa dan berhati2 tidak ingin melukakan Naim, wp tahu Naim sudah pun mempunyai Suraya. Drpd speaker telefon pejabat Ima, saya terperanjat dgn kata2 Naim, beliau berkata "Ima...I WILL NEVER LET YOU GO, apa nak jadi dgn hubungan kita....dont tell me that its means nothing to you, Ima mesti bertanggungjawab, Naim tak boleh hidup tanpa Ima, tanpa Ima....Naim rasa baik Naim mati, kalau Ima nikah...percayalah Naim akan dikebumikan keesokkan harinya"

Mendengar luahan hati Naim, bukan kata Ima, saya terkujat dgn luahan hati Naim, saya dengar Naim menangis, saya lihat Ima turut terduduk di lantai pejabat menangisi kasih mereka yang tak kesampaian. Ima, menguatkan diri dan menjawab "Naim....bukan ke Naim yg dulu nak test our relationship, bukan ke Naim yg bertunang dulu....bila Naim dah bertunang, takkan Ima nak terus menunggu Naim. Naim, bukan ke dah ada Suraya....Suraya baik, kahwinilah Suraya. Ima dah nekad dgn ketentuan jodoh Ima. Jgnlah Naim kisahkan semula kisah2 cinta kita, bagi Ima, ianya kenangan termanis dlm hidup Ima...dan tak mungkin ada lelaki lain yg dpt memenangi hati Ima selain Naim. Tp Naim, kini Naim tunangan Suraya...jagalah hati Suraya. Ima tetap akan bernikah....Ima tak boleh terus mengharap kasih Naim, byk hati yang perlu kita jaga, cukuplah hati Ima merana...Ima tak mau Suraya, tunangan Ima, emak bapak Ima, bakal mertua dan bakal mertua Naim sama2 kecewa dgn keputusan kita nanti. Naim segerakanlah pernikahan Naim dgn Suraya ye....insyaAllah kita sama2 bahagia dgn jodoh yg ditakdirkan"

Naim segera membalas, "Ima....Ima tau tak sebenarnya Naim dah putuskan pertunangan Naim dgn Suraya.....Naim tak boleh hidup tanpa Ima...tak mungkin Naim kahwin selain dgn Ima. Kalau Ima teruskan jugak pernikahan Ima dan tinggalkan Naim.....Naim tak rasa Naim akan hidup lagi" jawapan Naim dgn isakan airmata.

Saya dan Ima terperanjat dgn kata2 Naim yg sebenarnya telah putus tunang dgn Suraya. Namun Ima terus memujuk Naim, kata2 Ima takkan saya lupa "Naim, if u really love me and wants nothing else but my happiness....please for once be happy with my decision. Naim sayangkan Ima kan....kalau betul tolonglah jgn porak perandakan lagi hati Ima. Keputusan telah Ima buat, kasih sayang Naim tak de maknanya jika Naim akhiri dgn dendam memutuskan harapan Ima utk bernikah dgn jodoh yg ditakdirkan. Ima redha Naim, Allah pinjamkan Naim kepada Ima utk tempoh 3 tahun....cukuplah memadailah, melalui Naim, Ima kenal erti cinta suci seorang lelaki.....tapi jika Naim tidak dapat menghormati keputusan Ima kali ini....cinta Naim kpd Ima jelaslah bukan cinta suci cuma cinta yg mementingkan diri sendiri...itu bukan cinta sebenar Naim.....cinta sebenar perlu merentasi jarak masa, melewati segala ujian dan takdirnya, berkorban apa saja harta atau pun nyawa....Naim, Ima pohon buktikanlah cinta suci Naim tidak dinodai walau sekelumit cuma....doakanlah Ima bahagia dunia akhirat dgn bakal suami" bicara Ima tersekat2 disulami curahan airmata. Aku terduduk melihat segalanya, betapa aku ingin keluar segera dr pejabat Ima, namun aku dihalang Ima yg meminta aku berada bersama untuk memberi sokongan moral kpdnya.

Naim diam tiada bicara dan terus meletakkan gagang telefon. Beribu kali Ima cuba hubungi dan aku sendiri mencuba memujuk Naim....namun hati Naim begitu terluka bagai tiada pengubatnya. 2 bula kemudian Ima bernikah....dan kini sudah lebih 10 tahun hidup bersama suami tercinta, Ima bahagia, dikelilingi 4 orang zuriat pengikat kasih mereka sekeluarga, sedangkan Naim masih hidup sendirian tanpa cinta.

Pernah beberapa kali Naim luahkan pada saya "Imran...hidup aku KOSONG, terlalu KOSONG" Aku sebagai seorang yg jauh lebih muda dari Naim, tidak tahu apa yg perlu aku ungkapkan. Sesekali aku pujuk Naim untuk mencari cinta, aku cuba memperkenalkan Naim dgn kenalan2 wanita, namun tembok pertahanan Naim cukup kebal....katanya "macam aku kata dulu, kalau aku tak dpt hidup dgn Ima, aku takkan kawin dgn siapa2 sampai bila2"

Saya nasihat juga "alah bunga bukan sekuntum....what is done is done, the real forgiveness is letting go....takkanlah kau nak hidup mcm ni sampai tua....kita perlu perkongsian hidup. Naim, kau jgn terlalu mementingkan diri, dont be selfish...org yg tak nak kawin ni, lupa yg pernikahan adalah sunnah, Allah dan Rasul sayang pada org yg melaksanakan sunnah" Namun kata2 ku bagai fall into deaf ears....penat menasihat namun tak berkesan. Berbuih mulut, tak didenagarnya. Sedikit hampa sebenarnya.

Ima, yg hidup bahagia turut prihatin pada kelangsungan hidup Naim, melalui saya, Ima merisik khabar bertanya. Jelas Ima turut hampa dgn pilihan hidup Naim utk terus bersendirian. Ima pernah berkata, "Imran, I rasa bersalah disebabkan I, Naim jadi begitu, terus menutup pintu hati utk hidup berumahtangga....I bersalah ke Imran?" sering juga Ima bertanya, jwpn saya tetap sama "Ima...jodoh tangan tuhan, kalau ada jodoh, kawinlah Naim tu...bukan salah u Ima...blm ada jodoh Naim tu kot" jwpn klise saya, but deep inside saya tertanya2, mengapa begitu angkuh cinta seorang bernama lelaki sehingga merelakan diri merana bertahun2, membiarkan jiwa menderita dan terus ingin hidup tanpa cinta.

Buat Naim, jika membaca catatan ini, ingin saya khabarkan...cinta yg kekal hanya milik Allah. Serahkanlah dirimu bulat2 kepadaNya, cintailah yg maha esa dgn sepenuh hati...insyaAllah segala rasa cinta akan bertakhta di hati, luputlah segala kekosongan diri....Naim bebaskanlah diri mu dr penjara cinta, runtuhkanlah tembok penjara yg kau sendiri bina demi memberi erti kehidupan sebenar di dunia sebelum kita sama2 dibangkitkan di alam kemudiannya.

Sahabat ku, jgnlah kau buta kerana cinta yg sememangnya buta...moga kau bebas dr penjara cinta mu itu......


kisah dari sini

2 comments:

  1. ye....maka lengkapkanlah pula agamamu wahai nasrina honeyku...cepat2 suruh kekasih gelap masuk meminengggg....(sile buat suara s.kadarisman dlm felem tiga abdul)he..he..hee....

    ReplyDelete
  2. ehem..
    cinta pertama mmg sukar d lupakan..
    tp naem xyahla dok kenang2x yg dlu,
    buka ati,mane taw mse dpn lg mbahagia kan..

    :)

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails