Saturday, May 15, 2010

Mari Menambah Ilmu


Tak berkesempatan nak update blog..Selain tersangat sibuk dekat ofis dan sibuk menghabiskan cuti yang berbaki..Aku juga sibuk menambah ilmu di dada..Sibuk membaca..Hobi dari kecil dan Alhamdulillah sampai sekarang hobi tu berterusan lagi..

Ada beberapa buku yang baru je aku beli yang lepas selak sehelai dua mukasurat, terus bawak ke kaunter dan bayar.. Novel yang aku tengah baca adalah novel ni..

Syahadah Gadis Ateis..Oleh Imran Haaz. Kisah seorang gadis Islam yang tak percaya dengan kewujudan Tuhan. Bertemu dengan seorang lelaki yang pada mulanya dianggap seorang kutu jalanan tetapi akhirnya menerangkan tentang Islam secara sempurna..

Cara penulis menyampaikan gaya penceritaan yang santai dan mudah tetapi sangat menakjubkan cara penerangannya tentang Islam, Iman dan Allah buatkan aku tak berhenti membaca..

Penulis membuat perbezaan antara Bible dan Al-quran..Menceritakan sejarah Bible dan sejarah Jesus sebagai anak Tuhan. Menceritakan bagaimana bermulanya campurtangan manusia didalam menukar isi kandungan kitab-kitab Allah selain Al-Quran..Menceritakan perbezaan kejadian langit dan bumi yang diceritakan didalam Bible dan Al-Quran dan juga fakta Sains yang juga selari dengan apa yang telah tertulis di dalam Al-Quran..

Subhanallah..Terus terang aku katakan..Aku pernah membaca sedikit isikandungan Bible suatu masa dahulu untuk melihat perbezaannya dengan Al-quran dan ingin melihat kelemahan didalam Bible. Alhamdulillah, setelah membaca beberapa ayat di dalam Bible, hati aku yakin, kuat dan teguh dengan Al-Quran dan terus terlihat kelemahan isikandungan di dalam Bible walaupun di dalam beberapa ayat itu..Utuk membaca secara terus, aku takut dan tak berani..Ilmu aku tentang Islam masih cetek..Cukuplah Allah telah berikan aku kekuatan Iman dan aku yakin padanya seluruh hayat aku..

Alhamdulillah..Allah masih beri peluang untuk aku menambah ilmu dengan menemukan aku dengan buku ini.. Jalan cerita yang mudah dan meyakinkan..Semoga Allah membalas segala jasa penulis yang telah berkongsi ilmu yang beliau ada.. ^_^

1 comment:

  1. aku beli e-book.

    yang e-book pnye belum edit2 lagi...
    munken lain sket dari buku. [blom baca buku]. tapi tak byk beza kot...

    yang penting isi yang dia nak smpaikan tu kita dapat..

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails