Thursday, May 27, 2010

Kuatkan Hati Hamba-Hamba Mu Ya Allah..

Assalamualaikum..Ini entry terakhir aku sebelum aku berangkat ke Tanah suci...

Sebelum pergi ke HQ semalam, aku pergi solat zohor dekat surau ofis. Aku jarang solat situ.Aku selalu solat dalam bilik kecil dekat department aku atau solat dalam bilik..Ikut mood..Tapi semalam laju pulak kaki nak solat dekat surau ofis..Masa dah ambil air sembahyang, aku ternampak Fatin, kawan pertama aku masa aku mula masuk sini. Dia engineer dekat department lain so kitorang memang jarang jumpa..

Gembira aku tegur dia yang dah masuk kerja selepas bersalin anak sulung..

Aku : Eh, Fatin...Cepat betul eh dah 3 bulan...

Fatin: Orang ambil cuti 44 hari je..

(Aku ingatkan Fatin memang sengaja ambil cuti pendek je.Sebab kitorang berdua kontrak dekat sini. Kalau cuti bersalin kena ambil unpaid leave.Satu dugaan untuk memanjangkan cuti tanpa gaji..)

Aku : Dah sihat ye... :) Alhamdulillah..Baby girl ke baby boy? (Aku bertanya dengan eksaited)

Fatin: Baby boy..

Aku : Yeke..Sepasang pulak dengan anak Awin ye..Best2... :)

(Tiba-tiba aku dengar suara dia perlahan)

Fatin : Baby hidup 42 hari je....

(Aku terdiam...)

Aku : Apa Fatin?

Fatin : Baby dapat hidup 42 hari je..Sebab tu orang masuk kerja hari ni..Orang tak kuat nak duduk rumah..

Ya Allah...Laju air mata aku mengalir... Aku tak sangka besar dugaan yang kawan aku tengah tempuh sekarang dengan muka dia yang baru aku tengok tersenyum manis tadi..Sekali lagi, aku gagal menjadi orang yang kuat untuk orang yang sedang bersedih..

Fatin : Baby lemas..Sepatutnya due date dia hari ni..Tapi masa pergi check up bulan lepas, untuk bulan ke 8, tiba-tiba doktor tanya kenapa jantung baby awak dah tak berdenyut..Doktor terus suruh deliver hari tu jugak..Operation..(Air mata dia mula bergenang)

Aku : Fatin..Fatin kuat eh..Allah sayang Fatin..Sayang anak Fatin..Untung Fatin, sorang dah tunggu Fatin dekat sana..(Ayat yang keluar dari mulut aku tersekat-sekat.Laju lagi air mata aku..Ayat yang aku rasa kalau kena dekat aku, aku tak tahu adakah aku mampu sekuat Fatin..)

Fatin : Insyaallah..Tu yang orang datang kerja ni..Tak mampu duduk rumah..(Air mata dia dah mula sama bergenang..Minta maaf Fatin..Orang buatkan Fatin lagi sedih..)

Aku : Fatin, InsyaAllah esok orang nak pergi umrah...

Fatin : Doakan orang eh..Doakan cepat dapat baby...Baby kembar..(Sebak)

Aku : Insyaallah..Insyaallah..Orang akan doakan..Orang doakan cepat-cepat dapat pengganti..

Fatin : Bukan pengganti...Adik dia...(Tersenyum sebak dan tahan sendu)

Aku : Ya..Pengganti dia..InsyaAllah..Fatin kuat ye...

Lama juga aku cuba mengeringkan air mata aku yang turun laju lebih teruk dari tuan empunya diri..Mungkin dia sedang melawan perasaan sendu dan menerima takdir dan hikmah Allah yang anaknya sedang bermain-main di syurga Allah... Mungkin ada hikmahnya hati aku tergerak untuk solat disitu..Untuk membawa doa dan harapan seorang Ibu...Insyaallah..Jika diberi rezeki, akan aku doakan untuk Fatin. Semoga cepat diberi cahaya mata baru dan tabah menghadapi dugaan dari Allah..

Kepada cousin aku yang pernah mengalami peristiwa yang sama, baby boy juga.. Yang tidak sampai beberapa jam baby dapat hidup dan melihat dunia. Kerana lemas juga..Semoga tabah menghadapi dugaan dan bersedia untuk memasuki syurga untuk menemui anak yang telah sedia menunggu di sana..Buat masa sekarang, berusaha menjaga dengan baik anak perempuan 3 orang yang comel-comel agar solehah.. ^_^

Kepada kawan-kawan dan cousin yang sedang mengandung..Aku doakan agar mendapat baby yang sihat, cukup sifat, dan cergas. Juga bakal menjadi anak yang soleh dan solehah..

Dah pukul 8 pagi..InsyaAllah lagi 2 jam akan berangkat..Jika umur panjang, kita jumpa lagi..InsyaAllah..Doakan aku dan keluarga dapat beribadat dengan baik dan dipanjangkan umur. Juga dipanjangkan umur untuk keluarga dan kawan-kawan yang kami tinggalkan di sini..Jumpa lagi.. Assalamualaikum...


Nota kaki: Sengaja published pukul 3.15 ptg..Mengikut jadual kapal terbang berlepas...

2 comments:

  1. selaju airmatamu mengalir, selaju itulah juga airmata ini membaca kisah duka ini...luka lamaku berdarah kembali...namun aku redha dgn ketentuan Ilahi...aku bersyukur sedihku hanya sementara dan tidak terikut-ikut dengan hasutan dari yang direjam supaya terus melayan perasaanku yg sdg berduka..sementelah ku fikirkan jua, ini adalah saham untukku di akhirat nanti..
    kpd adik fatin, tabahlah dlm menempuh dugaan dari Yang Maha Pencipta...tentu hikmahNya adalah lebih besar lagi daripada apa yang kita dapat bayangkan...
    Kembarku Nina...terima kasih kerna masih mengenang daku dalam doamu...
    semoga pergi dan pulangmu serta keluarga kita mendapat lindungan Allah hendaknya...amin..

    ReplyDelete
  2. salam~
    nas..baru dpt on9 arini..ada baca komen kau tp da terlambat..aku harap kalau kau ada beli nanti, bagitau la aku ye?
    apepun..semoga selamat semuanya..thanks~

    NaDiA_x TiKL

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails