Wednesday, April 14, 2010

Diari Untuk Diconteng~

Tengah gila idea nak menulis blog.. Tapi nak kata ada idea, tak jugak.. Tengah menaip ni pun still lagi berfikir nak cerita pasal apa.. Aku memang macam ni.. Dari kecil lagi, aku memang suka menconteng-conteng. Kalau dulu, habis la diari-diari aku atau buku-buku aku, aku conteng. Kalau jumpa kertas kecik-kecik pun kerja aku menconteng.. Sekarang ni, kalau benda yang aku rasa aku nak kongsikan dengan orang, aku akan menconteng dekat blog ni. Tapi kalau benda yang sangat-sangat personal, aku akan tulis dalam kertas kecik, tulis panjang-panjang lebar. Lepas tu buang...

Dari dulu lagi, dalam diari aku, aku tak suka cerita pasal kesedihan atau kekecewaan. Pelikkan? Aku akan cerita pasal yang happy aje.. Sebab aku taknak suatu hari nanti, bila aku baca balik diari aku, aku akan teringat balik kenangan yang sedih tu.. Selalunya dalam diari aku,kalau time sedih banyak harapan dan doa-doa versi sendiri untuk mohon kekuatan diri. Kalau rasa nak luahkan perasaan marah atau tak puas hati, tulis atas kertas kecik, simpan untuk seminggu.. Lepas tu,bila dah ok, buang kertas tu tanda nak buang kenangan tak best tu..Macam-macam cara orangkan..hehe

Kalau korang pergi kedai alat tulis, nampak pen yang berkenan dihati, untuk nak cuba dakwat pen tu ok atau pun tak, ayat apa yang selalu korang tulis? Ada orang yang akan cuba dakwat tu dengan buat tandatangan sendiri berulang-ulang, ada jugak yang buat 'Nama saya Nasrina', atau ada jugak yang buat ' saya ada kucing'.. Ayat yang sama dari kecil sampai besar setiap kali mencuba pen baru.. Betul tak? Cuba korang ingat-ingat balik.. ^_^ Menconteng memang dah sebati dalam hidup kita kan? Cuma apa yang pertama terlintas dalam fikiran kita ni yang berbeza-beza..

Dulu, aku ada diari yang berkongsi tiga orang dengan kawan baik aku.. Buku tu bertahan 2 semester kalau tak silap aku. Kitorang bertukar-tukar cerita dan diari tu akan bertukar tangan setiap hari @ setiap kali ada seorang yang ada cerita untuk dikongsikan.. Terjumpa lelaki hensem dalam lif! Terserempak dengan mamat yang selekeh tapi cute! Pengalaman keluar dating pertama! List keputusan peperiksaan. List berapa CGPA yang nak ditarget untuk sem depan. Cerita-cerita perihal keluarga. Cerita-cerita tentang harapan dan cita-cita masing-masing.. Semua tu ada dalam diari tu.. Sekarang semua pun dah ada kehidupan sendiri. Harapan aku, walaupun kita dah membuat jalan masing-masing, kita jangan lupa kenangan kita dulu.. ^_^
Ok!Dah nak pukul 8!!!Bye!!!





nota kaki: membebel sebelum bos masuk...bye!nak pergi jumpa bos!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails