Tuesday, April 27, 2010

Kau Tak Layak Jadi Ir!!

Apa beza engineer dengan indon yang buat rumah tu?

Engineer adalah orang yang ada ilmu tentang teknikal, yang mementingkan 3 aspek. Kos, Masa, dan Kualiti... Sebab tu ada pelbagai software sekarang ni yang membolehkan kita produce lukisan struktur dalam masa yang singkat n lukisan yang terhasil tu, adalah daripada struktur-struktur yang economical. Bukannya hentam kromo bagi maximum design yang akan melibatkan pembaziran secara melampau... Kualiti means, setiap material yang diguna pakai, perlulah long lasting dan kalau boleh, free maintenance..
Ok..Dah cukup section skema..meh dengar aku nak bebel secara panjang lebar...

Macamana seorang yang ada title Ir. boleh cakap "Ala, you approve je la drawing ni..Tak payah tunggu calculation report. Itu cuma administration je..As long as dah ada cop Ir. dekat sini, dia akan responsible semua nya.." Terus terang aku cakap..Kau pergi jual Ir kau tu...Kau TAK LAYAK! Kalau itulah standard seorang Ir. bercakap, aku tak ngidam pun nak ada Ir...!

"No!As Built Drawing memang bukan consultant yang keluarkan. As Built Drawing kontraktor yang akan keluarkan!" Itu ayat dari seorang Ir. yang nak lepas dari tanggungjawab! Taknak mengaku setiap perubahan dekat tapak!! Semua nak lepas tanggungjawab!

Dua minggu ni aku masak kena tipu dengan kontraktor..Alhamdulillah, sampai sekarang Allah masih selamatkan aku.. Allah tunjukkan aku jalan. Allah tunjukkan aku cara. Allah mudahkan urusan aku.. Kalau aku nak cerita dekat sini, terlalu panjang lebar.. Dua minggu ni aku penat otak. Aku penat fizikal. Aku penat mental.. Terlalu besar untuk pegang tanggungjawab meluluskan dan mengawasi..

Yess!!Esok, lusa, tulat aku pergi kursus..Aku nak rehat!Aku nak lari! (walaupun aku tau tak mungkin) Sekurang-kurangnya aku tak jumpa orang yang cuba memperbodoh-bodohkan aku.. Bagi sample yang salah!Bagi drawing yang takde tunjukkan sikit pun detailing! Tipu item dalam BQ! Tipu sample! Asyik nak tambah item yang tak ada! Mungkin aku muda..Mungkin aku baru.. Ingat!Aku ada Allah tempat untuk aku berlindung. Aku ada malaikat yang akan membisikkan dan mengingatkan aku setiap kali kau bodohkan aku.. Mungkin sekali-sekala aku terlepas pandang.. Tapi insyaallah..Kalau yang melampau..Allah akan selamatkan aku..




Nota kaki: Aku tetap suka dan sayang kerja aku... Insyaallah..Dua tahun yang penuh dengan ilmu dan pengalaman...

6 comments:

  1. tapi itulah realitinya dunia kerja kita ni nas~

    yang ada kuasa dan sedar tu, aku harap boleh ubah pemikiran2 ni.

    oke. next meet up sila cerita dengan panjang lebar!

    ReplyDelete
  2. "No!As Built Drawing memang bukan consultant yang keluarkan. As Built Drawing kontraktor yang akan keluarkan!"
    oh sungguh bongok sape2 yg kuarkn statement tu.. kalau cmtu bagus kontraktor tu jadi arkitek/engineer dan Encik Ir tu berambus jadi general worker

    ReplyDelete
  3. perbualan telepon:
    "hello..BPR di sini..blh saya bantu anda?".. ;-p

    ReplyDelete
  4. that's the way..ahak...ahak..

    ReplyDelete
  5. kapten: org yg ada kuasa tu selalunya masih ada org yg lebih kuasa atas dia yang selalunya berkuku besi!

    k die: yee..sile kan en Ir. ke tempat yg sepatutnye..

    kakak n angah: tolong lah tangkap mereka!!

    ReplyDelete
  6. Mana2 construction pun ada penipuan dalam mcm2 bende..
    dalam BQ, dalam hal pekerja, even dalam safety pun dorang sanggup compromise.. janji ada untung lebih 100%...
    neh cara dorang berniaga skang..
    banyak kejadian bangunan runtuh.. sebab so called 'Ir' depends too much on software..
    Lupa nak masukkan element underground water, and water bed..
    tgk kes highland tower, and tasik banding resort, even kat sekolah pun ada jadi , tapi tak severe cam highland tower..
    Ini berbalik pada integriti.. and safety..

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails