Monday, April 12, 2010

Kalau nak jadi dia, aku kena lebih dari dia!

Lebih Barat daripada Barat...Lebih Perempuan daripada Perempuan..Lebih Lelaki daripada Lelaki...

Emm..Aku dapat ayat ni dalam Majalah Solusi..

Lebih Barat daripada Barat.. Jom aku cuba cerita pasal ayat ni dulu.. Seseorang yang terikut-ikut dengan budaya Barat, lebih Barat daripada orang Barat tu sendiri.. Pada pandangan kita, budaya orang Barat itu maju,semua pun kita nak ikut..Dia ke pub, kita pun ke pub juga.. Dia buat budaya songsang, kita pun mengikut juga.. Malah kita lebih teruk daripada dia.. Dah banyak sangat dah sekarang, orang-orang kita dah tak malu nak tunjuk-tunjuk gambar pegang botol arak malah siap di letakkan dalam facebook yang satu dunia boleh tengok gambar kita dengan hanya tahu nama penuh kita.

Dah beberapa kali aku terserempak dengan couple yang pada pandangan aku, aku dapat rasakan yang lelaki tu, perempuan sebenarnya.. Sebab dia lebih lelaki daripada seorang lelaki.. Dengan kolar baju yang mesti ditegakkan tak berlipat. Dengan bahu yang ditegakkan tapi dibongkokkan sedikit..Dengan seluar besar dan takkan lepaskan girlfrennya yang seksi..Dengan muka yang konon-konon macho tapi ayu sebenarnya..

Apentah lagi seorang lelaki yang dah bertukar menjadi perempuan.. Lagaknya mengalahkan seorang perempuan. Berapa banyak kita jumpa perempuan sebenar larat nak jalan terkepit-kepit dan memanjang catwalk tanpa henti untuk nak pastikan lentok badan terliuk lentok depan lelaki. Ada berapa banyak perempuan sebenar yang bila bercakap je nak mencarut-carut tak tentu pasal macam itulah sifat azali seorang perempuan.. Ada berapa banyak perempuan sebenar yang cakapnya termanja-manja tiba-tiba dengan lelaki yang dia baru kenal..

Adoih...macam-macam la sekarang ni.. Dunia dah nak kiamat.. Kadang-kadang takut nak buat entry pasal agama ni..Sebab sendiri pun rasa tak layak.. Cuma kadang-kadang rasa nak berkongsi ilmu dan bahan yang baru dibaca.. Harap-harap diri sendiri tak lupa dengan apa yang baru dibaca.

Lagi satu ayat yang aku baca.. "Kita membaca doa atau berdoa kepada Allah"

Betullah...Selalunya aku cuma baca je doa yang aku hafal..Main baca je..Apa maksud doanya, dah lama lupa.. Contohnya, sebelum nak makan, kalau teringat nak baca doa makan, main baca je dengan otak sebenar dah tak sabar nak habiskan makanan tu.. Terlupa yang sebenarnya, nak makanan tu diberkati. Cuba kalau kita dalam dewan peperiksaan.. Nak menghadap satu kertas periksa yang susah sangat. Lama kita tekun berdoa mengharapkan dari Allah dilapang dada dan apa yang kita study sebelum ni, terlekat dalam kepala dan dengan mudah boleh jawab semua soalan yang ditanya.. Memohon dan terus memohon sampai dapat idea untuk menjawab dan rasa lega bila Allah tunaikan doa kita..


Bezakan baca doa dan berdoa? ^_^







nota kaki: kadang-kadang rasa rindu dengan hati yang tak tenteram dulu.. Selalu berdoa dekat Allah mohon sesuatu. Sekarang jangan kan berdoa..Nak baca doa pun malas.. Selalu rasa marah dengan diri sendiri yang tak bersyukur..

3 comments:

  1. diriku xnak melebih-lebih & terlebih2..cukuplah sekadar bersederhana dlm segala hal..dan sentiasa berdoa memohon keampunan, keberkatan & rahmat dariNYA...serta bersyukur dgn segala nikmat dan doa yg telah dimakbulkan olehNYA...amin

    foot note: pimpinlah hati menggunakan akal, jgn memimpin akal menggunakan hati..:)

    ReplyDelete
  2. yeee..inilah anonymous yang telah bernama..kehkeh :p

    ReplyDelete
  3. ooohhh.. post ini lebih betul daripada betul!

    x pnah terfikir lak

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails