Tuesday, April 13, 2010

Bebelan Di Waktu Senggang

Time rehat... Bosan.. Ila pergi site. Aku baru siap kan satu costing dekat drawing yang akan dibuat oleh TA aku yang aku sendiri pun tak reti buat.. Aku main buat je ikut drawing lama. Hentam je. Pastu makap harga lebih-lebih sebab ni baru peringkat nak mintak duit dari client. Biasa la kan, kita mintak lebih, dapatnya mesti kurang daripada tu..

Bila puasa ni..Waktu jalan lambat pulak. Yela, selalunya, asyik tengok jam je sambil dalam kepala pikir nak makan ape.. Ni memaksa diri jangan tengok jam sebab takut kecewa kenapa lambat sangat waktu ni berjalan.. -_-"

Lama dah tak jalan-jalan dengan Nakama. Rindu pun ade jugak. Tapi bila masanya hari minggu aku tak berisi sekarang ni.. Selalu ada je aktiviti dengan famili aku. Lagipun poket tengah kosong. Padan muka kepada diri sendiri sebab tak sedar diri habiskan duit gaji bulan ni sebelum gaji tu dapat lagi..Maksudnya, berhutang dengan jayanya menggunakan kredit kad.. Setakat ni, aku berjaya mendisiplinkan diri aku, untuk bayar semua hutang kad kredit aku sekaligus lepas dapat je statement. Bukan cuma bayar minimum payment. Sebab aku taknak bayar interest dekat bank tuh. Secara tak langsung, aku berjaya mendisiplinkan diri aku untuk tak pakai lebih-lebih kad kredit sebab takut aku takde duit nak bayar sekaligus.. Mujur duduk rumah sendiri. So, acara makan megi setiap hari takde lah..hehe..

Aku nak merepek pasal ape pulak ni eh..Jap..tengok dalam folder picture..Ada gambar nak dikongsikan tak..

*gambar masa dekat Thailand*

Ade ke pulak gambar ni yang aku uploadkan.. Ya Allah.. tak sedar diri puasa! Tengok makanan banyak-banyak ni rindu pulak kekasih gelap.. Tom Yam Ayam, Ayam Pedas, Telur Bungkus, Kerang Bakar.. Makanan wajib kitorang kalau pergi SS24, Shah Alam. Time study dulu.. Percaya tak? Rm 13 je semua ni.. Dan yang akan habiskan makanan ni, semestinya aku sebab dia pun tak larat nak habeskan.. Seronoknyee.. \0/ Aku still mencari orang yang boleh replace kekasih gelap aku nih, dari sudut ni je dulu.. Takde.. Semua lelaki pun nak perempuan yang makan sikit.. Eleh! Dia makan banyak boleh!Huh! Okei..Abaikan..

Dah la..Nak buat kerja balik lah.. (malasnyeehhh..nak tido) Berusahalah!!Ganbatte!!Jiayou!!!\0/







nota kaki: Ada 4 hari lagi cuti yang nak dihabiskan sebelum 17 Mei 2010..Nak g mane eh....Emmm....zzzZZZZZzzzz~

3 comments:

  1. sabau..sabau..memangla lapau.. dahla hujan plak kat luar tu.. itu seme dugaan org puaso..dahla upload gambar mkanan plak..(nak habeskan puasa seminggu ni ke?):}

    foot note: dah tgk dah MNIKhan..cd akan dipulangkan..tima kaceh

    ReplyDelete
  2. ohooii...bile pulak awak tengok..di hari ahad masih belom tengok adekah di opis?hati2!!ade mate2 akan keluar..muahaha..

    esok tak puasa kot.ade makan free!!dekat surau rumah mak long..kehkeh..

    ReplyDelete
  3. di suatu malam isnin bertarikh 12 april 2010 aku telah menonton cd itu di rumahku sambil kdg2 cd itu yg menontonku(tertido)...muahaha...

    foot note:buat2la berada depan kamera tu ye sok...he..he(sokcun)

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails