Friday, March 5, 2010

Trip ke Hatyai Day 2

Lambat betul nak update hari ke dua dekat Hatyai ni. Banyak sangat gambar. Konfius nak letak yang mana. Nak cari angle yang terbaik. Supaya tak nampak gemok dan jerawat.haha

Ok, lupa nak bagitau. hari pertama dekat Hatyai ni, yang pertama sekali yang aku cari adalah sim card Thailand. Senang nak berhubung antara satu sama lain. N senang misscal je mak nanti pastu mak cal balik.hehe.. Lagi satu sebab kenapa aku mesti cari line Thailand ni, sebab hp aku tiba-tiba pulak hang. Tak nak masuk network Thailand. Padahal kalau prepaid, tak ke automatik roaming..Tak pasal-pasal, masuk je boarder Thai, terus hp tak boleh guna. Kalut-kalut pinjam hp kawan nak bagitau dekat mak. Takut pulak dia fikir yang buruk-buruk je sebab tak dapat call. 
Nampak tak nombor 49.-? Itu 49 Bath sama dengan RM4.90. Murah tak? Berapa harga simcard tu, banyak tu jugak lah nilai prepaid dalam tu. Nak beli simcard ni, senang je. Ada macam-macam jenis dekat 7 eleven. 7 eleven pulak, memang merata-rata dekat Hatyai tu. senang gituuu..^_^

Untuk hari kedua, pagi-pagi lagi, dalam pukul 7 aku dan Ila dah keluar untuk mengambil angin n tengok kedai-kedai yang dah dibuka dekat area hotel tu. Memang hotel ni tengah-tengah bandar. Semua kedai ada dekat sini..Tapi tak beli apa-apa pun. Cuma posing-posing ambil gambar je..Lepas tu, pergi sarapan pagi dekat Hamid Restoran. Dekat je dengan Hotel ni.Kitorang jalan kaki je pergi.Tak sampai 5 minit. Kitorang makan nasi lemak sambal ayam, roti bakar,meehun goreng, roti canai..Roti canai dia sedap gilee..Adui, terkenang-kenang..:p


Lepas makan, kami naik bas n mulakan semula aktiviti jalan-jalan tepi pantai dan jalan-jalan shoping sakan..


Duyung ni, menurut orang-orang dekat sini, dia tengah tunggu jodoh dia. Kalau dia jumpa jodoh dia, dia akan hidup balik,n terjun semula dalam laut... berkurun la ko tak jumpe jodoh..



Dekat tepi pantai ni, adalah tempat yang paling sesuai untuk beli cenderahati. Sebab dijual byk dan murah. Kalau dekat tengah-tengah bandar Hatyai, kita kena beli fridge magnet 100 Bath untuk 1 atau 2 biji..Dekat sini korang boleh dapat 3..Berbaloi-baloi..hehe..


Dekat tepi pantai ni, jangan beli sangat makanannya. Sebab kita tak tau tahap keHALALan dia. Akan ada yang jual sotong goreng dan udang goreng.Kita tak tau dia guna minyak apa..Bak kata pemandu pelancong aku, kalau boleh, nak membeli makanan dekat Hatyai ni, beli dekat yang pakai tudung. Insyaallah, memang confirm islam sebab sini negara yang extrimis sikit kan.So, diorang takkan saje-saje pura-pura mengaku islam..^_^


Ni dekat dalam Nora Plaza. Kedai menjual barang-barang kulit. Tak beli apa-apa pun.Tak berminat n mahal sikit. Banyak je jual dekat kedai-kedai tepi hotel, n boleh tawarkan harga jauh lagi murah.Lepas tu, kami pergi Big C pulak. Series.Sebijik macam Tesco.Susunatur dalam nya pun macam Tesco. Dekat sini aku borong banyak sikit untuk anak-anak sepupu. Sebab murah-murah.. Bayangkan..Satu baju Mickey Mouse yang comel harganya 99 Baht je..^_^
Dalam pukul 330 petang, kami habis lawatan dan shopping yang mengikut jadual. Geng-geng perempuan nak pergi merasa spa. Sebab diorang cakap, kalau datang sini, jangan lupa pergi rasa urutan thai n harga untuk satu pakej spa yang lengkap jauh lagi murah dari dekat Malaysia. Tapi aku dengan Dewi tak pergi. Sebab kitorang kesuntukan masa untuk beli barang untuk bawak balik. Tentatif shopping untuk trip ni adalah hari Sabtu. Kitorang tak dapat join.huhu..So, kitorang balik ikut budak-budak lelaki dan pergi makan tengahari..

Dalam pukul 4 petang, setel makan semua..Kitorang balik hotel untuk solat n aku dengan Dewi dah kena packing semua barang.Bas pukul 8 malam. Staff aku suruh turun pukul 430, sebab nak bawak kitorang pergi Night Market n merasa naik tut tut.Terharu sangat..Walaupun kitorang yang sebab kan benda ni jadi kelam kabut sebab kena balik awal, dia tetap nak bagi kitorang merasa benda yang mesti merasa dekat Hatyai ni..^_^ Pergi 5 orang je..Yang lain tak ikut sebab budak-budak yang pergi spa tu tak balik lagi.

Naik Tut Tut..^_^ Masa ni Tut Tut ni bawak laju gila sebab kitorang kejar masa. Kitorang suruh dia cepat. Best.. hehe
Dalam pukul 6, bas mula bergerak untuk pergi ke Floating Market. Jalan jem pulak..Sampai-sampai je dah pukul 7. Aku dan Dewi diberi masa 10 minit je untuk bergambar n beli apa-apa yang berkenan.huhu..sedih sangat...Tapi takpelah.. Semangat nak balik kampung lagi tinggi..hehe..Dekat sini, boleh dikatakan 99% peniaga islam. Ini tarikan pelancong yang sangat terkenal dekat Hatyai ni..Siapa yang datang Hatyai, kena datang sini. Buka pukul 6 keatas tak silap..


Bagi duit balance dekat Ila..Supaya dia boleh tolong belikan apa-apa kalau dah sampai Malaysia nanti menyesal tak beli kat Hatyai ni..hehe..
Ini bekas air yang dijual dekat sini. Harga satu, 20 Baht. Dekat sini, setiap makanan paling mahal pun 30 Baht je..Mesti cuba!^_^ Lepas 10 minit, aku n Dewi pun berlari-lari naik kereta orang yang akan menghantar kitorang pergi stesen bas..

Bukan stesen bas pun..Macam agensi pelancongan macamni.N bas tu berhenti tepi jalan je..



First time naik bas double decker.N nombor kerusi, nombor 1..Depan sekali n atas.. Agak jakun sikit..Tak sangka..Aku bayar RM52, boleh dapat bas yang macamni..Dari Hatyai ke KL pulak tu..Best2..Siap bagi selimut dengan bantal lagi.. Dalam hati rasa "Boleh pergi lagi ni..Naik bas je.." hehe..


Lupa nak bagitau..Orang-orang Thai ni sangat hormat n sayang dekat Raja dia..Merata-rata pelosok ada gambar raja dia..Contoh nya gambar ni..Dekat tengah-tengah jalan raya tu..Ada jugak gambar raja dia..
Sampai Pudu dalam pukul 3 pagi..Mak dah tunggu dekat situ..Sekejap je masa dah berlalu.. Ada satu perasaan dalam hati ni..Nak pergi lagi tempat orang..Banyak berjalan, banyak pengalaman,banyak pengetahuan..Insyaallah..^_^
nota kaki : tak sabar nak terer duit rupiah pulak..^_^

11 comments:

  1. pemandangan sana memang cantek ^_^

    ReplyDelete
  2. Apakah 'Tut Tut'? Eh, bukan nama dia 'Tuk Tuk' ke?

    ReplyDelete
  3. laju je aku search internet..tuk tuk pun kuar,tut tut pun kuar..naseb baik..:p aku duk eja apa yang diorang sebut je..dengar macam tut tut..ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  4. oo nas.nak no tepon or segala mcam kontek person kt hatyai

    ReplyDelete
  5. nanti aku tanya technician aku yang handle trip ni..mintak dia kontek sane..ape2, aku roger ko ye..sile tinggalkan nombor tipon.. kat sini nashoney27@yahoo.com ye..hee

    ReplyDelete
  6. apsal sim card ko kena beli?
    ari tu mase gi phuket kitorg dpt free je kat airport haha..jgn jeles

    ade la 50 sen credit hehe..top up 10 hengget tahan 5 hari ye setiap mase cu rozi msg hehe

    ReplyDelete
  7. bagus blog ni.. cume tersekat sikit kat 'extrimis'.. semua org misti tak nak ngaku sendiri agama lain punye.. normal pe..

    ReplyDelete
  8. cun la awek bertudung unggu tu...

    ReplyDelete
  9. salam kak, tumpang tanya.. kt hatyai mmg banyak 7E kan? nak beli simcard elok kt airport or di 7E je.. saya nak bawa family ke sana bercuti.. lagi satu komunikasi kt sana susah tak? kne cakap bahasa thailand ke.. or ramai yang tahu comunicate in english.. kak nas reply ke gmail saya ye, takut terlupe nk tgk sini balik..tq kak nas :-)

    Mohd Farhan
    email : sayafarhan89@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Bagus la tip tip .. kebetulan cari gak info pasal hat yai ni.. first info takder la menarik sangat bila asyik diaorg kata tokong itu la tokong ini la.. pastu selain market kat sungai yang waktu petang2 tu.. tak de la menarik sangat .. tapi bila dah terjumpa blog nie.. kira naik la semangat balik nak gi hat yai .. thank you very much!

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails