Wednesday, March 3, 2010

Trip Ke Hatyai Day 1


Alhamdulillah. Aku telah selamat pulang dari Hatyai. Trip ofis seramai 30 orang. Walaupun hati belum betul2 sembuh dengan kehilangan Pak Long, tapi hidup perlu diteruskan..N pengalaman ke negara orang ni datang bukan selalu. Lebih-lebih lagi kalau pergi beramai-ramai. Sangat mengujakan.. ^_^ Cuma, aku balik awal percutian ni.Sepatutnya trip ni akan balik hari Sabtu petang.Tapi aku akan balik pukul 8 malam hari Jumaat sebab nak berkejar balik kampung pagi Sabtu tu..

Kami berkumpul di ofis tepat pukul 930 malam, dan bertolak ke Hatyai, Thailand. Dalam bas, selain tengok karaoke yang diulang-ulang lagunya, mungkin sebab videonya rosak, aktiviti lainnya adalah tido. Bangun bila bas berhenti je. Memang dah ditetapkan, bas akan berhenti dekat 3 RnR. Pukul 430 pagi, untuk check point terakhir sebelum masuk Padang Besar, bas berhenti dekat Masjid di Changlun. Sementara tunggu azan subuh, kitorang semua bergelimpangan tido dalam masjid tu.
Pukul 8 pagi, sampai dekat Padang Besar, n sarapan pagi dulu dekat situ. Ada satu money changer dekat, belakang Maybank, dia tawarkan pertukaran mata wang baht yang tinggi berbanding kitorang tukar masa dekat KL. Ramai yang tak lepaskan peluang, menambahkan duit Baht yang ada.. Kalau dekat Kl, aku tukar RM1 dapat 9.50 baht, Kalau dekat Padang Besar ni, aku boleh dapat 10 baht..Tapi aku tak tukar pun.Sebab dah banyak tukar dekat Kl aritu..hee..

Lepas bersarapan, kami naik semula bas n turun semula dekat border Malaysia, Lepas tu turun semula dekat border Thailand. Oleh sebab ini trip ofis, n semuanya berjalan secara oficial, segala pergerakan jadi mudah..^_^

Lepas helaian pertama pasport aku dah bercop, aku melompat-lompat happy naik atas bas n berdoa perjalanan kami ni dilindungi dan dirahmati. Lebih-lebih lagi driver bas tu pasang cerita Thai yang dari mula naik dekat border Thai sampai la dekat hotel, asyik dengan adegan bunuh-bunuh n darah membuak-buak.Huh!Tension! Secara automatik, tekak aku asyik loya n menyesal kenapa aku datang negara yang berbahaya ni..Ila yang duduk sebelah aku asyik paksa aku tido sebab tengok muka aku pucat semacam dah..

Kami check in di Hotel Grand Plaza. Sebelum ni, aku ada search internet nama hotel ni, tapi takde satu pun gambar yang keluar. Menunjukkan takde orang pernah pergi hotel ni ke??Adakah hotel yang aku bakal duduk ni hotel budget yang menakutkan?Tapi bila sampai, Alhamdulillah..Sangat hebat dengan harganya yang berpatutan..RM 80 satu malam..^_^

Air botol ni, hotel sediakan percuma untuk customer.Cuma, jangan botolnya dibawa balik. Minum air sudah...

Ini pulak perkhidmatan iron dekat hotel ni. Bukan macam dekat Malaysia, kita akan diberi iron untuk kita iron baju sendiri. Kalau dekat hotel ni, kita bagi baju kita untuk diorang ironkan. Aku bagi sehelai tudung, pastu kena bayar RM1.10 = 11 Baht. Redha je la..Dari pakai tudung komot..

Lepas mandi dan bercantik-cantik :') Kitorang berkumpul semula depan hotel untuk naik bas dan pergi makan tengahari.Sangat lapar! Restoran Checkar adalah salah satu restoran islam dekat Hatyai ni. Boleh tambah berapa banyak nasi yang kita nak.Dekat restoran ni, nasi adalah percuma..Untuk nasi pertama yang diletakkan dalam pinggan kita tu pun dah cukup banyak.huhu..Memang tak logik untuk berdiet dekat sini :p

Aktiviti kitorang untuk hari pertama ni sangat padat. Lepas makan, kitorang pergi berjumpa dengan wakil konsulat Malaysia di Hatyai ni. Ini adalah salah satu aktiviti rasmi untuk trip kitorang ni. Sangat comel bila diorang cakap, "Masuk lah,duduk je dekat mana-mana.Ni rumah Malaysia.Rumah kita sendiri.." ^_^




Lepas aktiviti rasmi, kitorang meneruskan aktiviti dengan membuat lawatan dekat tempat-tempat yang menarik di Hatyai ni. Tempat pertama, Tang Kuan Hill.Untuk naik puncak bukit ni, disediakan cable car. Puncak Bukit ni ada kuil n loceng yang besar. Dekat Hatyai ni, ada banyak sangat patung-patung buddha yang besar-besar dekat merata-rata tempat.Masjid, susah sikit nak jumpa atau, anggap je takde sebab aku tak nampak pun (-_-") Dekat Tang Kuan Hill ni, ada banyak sangat monyet. N monyet-monyet ni sangat agresif. Dia akan tarik apa je makanan yang ada dekat tangan kita. Atau kalau bawak benda comel-comel, dekat tangan, habis semua dia rampas jugak. Tapi, yang pelik nya..Penjual aiskrim n pisang dekat tepi-tepi tu dia tak kacau pulak..(-_-")



Aiskrim dalam buah kelapa ni sangat menarik.Harganya 30 bath je..RM3 ^_^ Lepas beli, terus lari naik masuk bas, sebab takut monyet ambik..

Lepas pergi puncak bukit, kitorang pergi tengok dalam laut pulak.. Kitorang pergi Pantai Songkhla. Lalu je dulu tepi pantai tu sebab aktiviti pantai untuk tengok ikan duyung adalah tentatif hari esok. Hari ni kitorang pergi ke Songkhla Aquarium.Biasa je..Takde apa yang menarik sangat pun dekat sini. lagi pun hati dah tak sabar nak habis aktiviti melawat sebab nak shopping..hehe




Dah pergi puncak bukit n tengok ikan, kitorang balik hotel untuk jamak solat zuhur dekat asar ni dan mandi tapi tak tukar baju.haha!Memang bawak baju sikit sebab konon-konon nak save tempat dalam beg untuk letak barang-barang hasil shopping..hehe. Lepas bersiap, dalam pukul 7 malam kitorang pergi Makan dekat Hamid Restoran. Dekat sini kitorang makan gila-gila punya. Sebab sangat sedap!

Lepas makan, aktiviti diteruskan. Kebetulan dekat Hatyai sekarang ni ada Lantern Festival. Festival Cahaya dan Bunga. N dekat tempat yang ada festival tu, ada Ice Dome.Walaupun dah banyak kali masuk dekat Mines, tapi nak juga merasa dekat Hatyai ni...^_^





Dalam pukul 1030 malam, kitorang habis lawatan ni. Sampai je dekat lobi hotel, semua orang keluar balik sebab aktiviti bebas pun bermula. Aku harus bershopping! Malam dekat Hatyai ni memang meriah. Banyak gerai-gerai baju n makanan yang bukak malam. Aku memulakan aktiviti shopping n makan-makan. Dekat sini, kita boleh tawar sampai separuh harga satu-satu barang tu. Contoh nya gelang, dia jual dengan harga 100 Baht, aku dapat beli 2 untuk 100 Baht. N aku beli dua blouse dengan harga 500 Baht sepatutnya harganya 600 Baht. (Yang ni sebenanrnya boleh kurang lagi kot.Tapi tak larat dah nak buat muka kesian dekat makcik tu..hehe)

Dalam pukul 1 malam waktu Malaysia,persamaan dengan 12 malam Hatyai baru kitorang masuk tido..N tak sabar-sabar nak tunggu hari esok untuk pergi shopping sebab terlalu kesuntukan masa. Malam esok dah nak balik..Buah tangan satu pun tak beli lagi.. (-_-")

6 comments:

  1. Bestnye jalan2....aku teringin nak ke krabi, tp takut arr...tgk berita mcm2...bom la, bunuh la....huhuuhu

    ReplyDelete
  2. nas.
    aku baru nak buat trip pegi hatyai bln 5 nie.
    ok x?trip nak tren.nak join pegi hatyai lagi? hehe
    ok x sane?pakai tourist ke?

    ReplyDelete
  3. anne
    yang teruk siket selatan tahi yg belah kelantan tu..dengan bangkok..tempat2 pelancongan mcmni insyaallah selamat.Aku sebelum pergi pun cuak jugak..tapi doa je byk2..niat yang baik2 je..^_^

    kt
    bulan 5 dah ade rancangan nak g trip lain pulak.hee..ok je.pg ramai2..memang best.makanan dia memang sedap. memang ada staff kitorang yang dah biasa dengan hatyai ni.tu yang senang sikit. pastu, dia memang ada kawan tourist guide.tu yang lagi menyenangkan kitorang tu..hehe..try la..bestt..^_^

    ReplyDelete
  4. embun tgh malam
    best..kena pergi..hehe

    ReplyDelete
  5. I cannot accept rasa makanan kat Hamid Restoran... dah la harganya agak mahal... choyyyy...!

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails