Thursday, March 25, 2010

Trip ke Bandung Day 1

Lama pulak aku nak update cerita pasal jalan-jalan oversee aku ni.. Aimi yang pergi kemudian dari aku pun dah update dah cerita Bandung dia. Bukan apa..Lembab no komputer ni nak upload gambar..Banyak gambar nak dikongsikan ni..Ok..Aku start bercerita ye..Untuk entry ni, aku bercerita dulu pasal hari pertama aku di Indonesia.. Tanah kelahiran datuk dan nenek aku.. ^_^ Yup..aku bukan la berdarah daging pure Malaysia.. Kedua-dua datuk dan nenek aku belah ayah dan mak aku..Keempat-empatnya berasal dari Indonesia.. Ya Allah..Dah meleret-leret pulak aku ni..Bercerita pasal asal usul pulak..Ok, abaikan!

Aku pergi berenam..Dengan ofismate aku..Kitorang keluar rumah pukul 3.30 pagi hari Selasa, 16hb Mac.. Kitorang berkumpul dekat KL Sentral n pergi ke LCCT naik bas transit yang berharga RM9 sekali perjalanan. Kitorang sampai dekat airport pukul 4.30pagi dan buat check in awal sebab nak bagi senang masuk je subuh, terus solat sementara tunggu flight kitorang yang sedia menelan penumpang pukul 7 pagi.




Ini cop kedua pada pasport aku tapi pertama kali untuk aku merasa naik kapal terbang. Sangat teruja! N sangat saspen.. Minat aku untuk tengok awan dan langit dari bawah jadikan aku sangat teruja untuk melihat awan dari atas.. ^_^

Telinga aku berdengung dari masa nak mendarat sampai lah dekat Bandung, yang mengambil masa 2 jam dari airport Jakarta. Member aku kata, tips untuk tak berdengung, kunyah chewing gum dari dalam kapal terbang lagi..huhu..Ni dah turun kapal terbang dah ni.. Tapi lama pastu dah ok..^_^
Kitorang sampai pukul 8 waktu Indonesia dan pukul 9 waktu Malaysia. Kitorang dijemput oleh Pak Supir. Solihin nama dia.. Tanpa berlengah lagi, perjalanan diteruskan ke Bandung tanpa berhenti..Sebab agenda terHEBAT adalah di Bandung..Agendanya adalah SHOPPING!!!\0/


Kitorang tinggal dekat Topaz Hotel. Hotel ni adalah kepunyaan Ahmad Dani (Dewa). Sangat best. Condition hotel yang sangat cantik dan selesa..^_^

Lepas check in hotel, kitorang ambil masa untuk mandi dan membersihkan badan je..Sebab nak kejar masa untuk pergi bersiar-siar sekitar Bandung. Lupa nak cakap..Aku cuma bawak sehelai baju tidur, dua helai jeans(termasuk yang sedang dipakai) dan dua helai baju berjalan (juga termasuk satu yang sedang dipakai) sahaja! Sebab nak meringankan beg dan memang dah tekad akan mencari baju dekat sini untuk dipakai pada hari-hari seterusnya..

Aktiviti pertama adalah pergi makan dulu. Lapar bangat sihhhh..Tempat yang kitorang pilih adalah kedai masakan padang. Simpang Raya. Sangat sedap!!Hingga menjilat jari sedapnye..

Lepas makan, kitorang pergi Rumah Mode. Yang banyak jual baju-baju branded dengan harga yang murah..Dekat sini je..3 helai aku beli baju..Cantik gileee..harga satu baju, 89,000 rupiah sama dengan RM33.00..Memang aku terlompat-lompat kegirangan dalam kedai tu...hepi sangat dengan pilihan yang ada.Tapi tak boleh beli banyak sangat.Ni baru hari pertama..hee

Kedai-kedai dekat bandung ni, semuanya macam rumah banglo yang dinaiktaraf jadi butik yang superb.Dengan landskap yang cantik..Oh ye..Lagi satu, semua kedai-kedai dekat Bandung ni, akan sediakan tempat duduk/sofa yang empuk dan selesa dekat customer dia. Kalau penat je, boleh la lepak-lepak dulu ambik kekuatan untuk tawaf semula ^_^

Dekat Donatelllo ni, aku beli sandle untuk ayah aku.. Kasut-kasut dalam kedai ni cantik-cantik..Tapi kasut tak tersenarai dalam list yang harus dibeli..Jadi, cuma beli satu untuk ayah aku je.. Seperti jugak dekat Hatyai, benda yang wajib aku beli adalah Simcard baru.Bagi memudahkan aku miscal je mak aku untuk dia cal balik..hehe..

Lepas dah berjalan-jalan mengeluarkan peluh dan duit, kitorang pergi makan pulak..Kali ni dekat Gampoeng Acheh. Aku makan nasik goreng istimewa+ayam+telur..Sedap!Yum yum!


Lepas makan, kitorang balik hotel untuk tido..Penat sangat..Kena kumpul tenaga untuk shopping dekat Pasar Baru esok..Lupa nak bagitau..Kitorang bukan berjalan dekat Rumah Mode dengan Donatello je..Banyak lagi. Blossom, Riau, dengan adalah hampir 10 kedai..Tapi biasalahkan..banyak gambar yang terskip..Sebab terlalu eksaited melompat masuk dan keluar kedai..

Ok,tunggu aku update untuk Trip ke Bandung Day 2..Tengok macamana gilanya aku menghabiskan duit dekat sana dalam masa satu hari aje. Tengok kualiti kain yang ada dekat dekat sana dan harganya yang sangat-sangat jauh beza dengan Malaysia..Boleh jadi gile! -_-"







nota kaki: nasrina yang tak sedar diri tukar duit rupiah sikit je!!!

11 comments:

  1. Aku rasa lawaklah kite ni Nas. Macam copycat je nak pergi tempat yang sama ngan cerita benda yang sama. Padahal, kebetulan je kan kite g Bandung time lebih kurang sama. Ish3x... Kebetulan apakah ini? :P

    ReplyDelete
  2. asal kotak sim card bru tu mcm ubat nyamuk je.. -_-"

    ReplyDelete
  3. aimi:kebetulan bg org2 yang tibe2 je rase nak berjoli sakan menghabeskan duit..haha..wehh..malas gile au nak update ni..lambat sgt la upload gambar..ilang dah idea nak ngomel..aku bace entry ko dulu :p

    ReplyDelete
  4. Hahahaha. ko resize la dulu gambar baru upload. baru cepat sikit. :P

    ReplyDelete
  5. dah ade berry itam takyah beli simcard dah lepas nih.jom gi aussie pulak (selambe je nak gi jln2 haha..)

    ReplyDelete
  6. salam...
    bestnye pi bandung yeee....
    teringin gak nak pegi...
    adik pi gn agen ke ? brp RM budget ke sana?

    ReplyDelete
  7. kak onnie: memang best..syurga shopping..hee.. Emm, masa tu tiket tengah murah nak ke sana dalam rm295 pergi balik. Untuk makan,van,bilik..dalam RM400 jugak..Kitorang tong-tong 6 orang..

    ReplyDelete
  8. saya takde nombor direct supir tu..cuma boleh tolong untuk dapatkan pakej ni..boleh email saya direct nashoney27@yahoo.com :)

    ReplyDelete
  9. Kalu dtg bandung lg:)

    Ni lebih kurang macam ni : (Centre kereta di Bandung)


    DALAM KOTA = Rp350 000(supir+ mobil) Kalau plus minyak+parkir (Letak je la dulu dalam Rp30k parkir, minyak = Rp 70k). Tempat2 seperti FO dago, Riau, Pasar baru. Jadi total ALL IN kereta Rp450-500k (RM161-179) UNTUK tempoh 15 jam. Dikasi extra 2 jam.

    Tangkuban perahu lain sket sebab jauh makan minyak lebih = Rp 350 000 (supir+ mobil) Kalau plus minyak+parkir (Letak je la dulu dalam Rp30k parkir, minyak = Rp 100k). Jadi total ALL IN kereta Rp500-550k (RM179-196) UNTUK tempoh 15 jam. Dikasi extra 2 jam.

    LUAR KOTA(Jakarta/bogor/puncak/kawah putih) = Rp 400 000 (supir+ mobil) Kalau plus minyak+parkir (Letak je la dulu dalam Rp50k parkir, minyak = Rp 150k, Toll = Rp120k). Jadi total ALL IN kereta Rp700-750k (RM250-268) UNTUK tempoh 15 jam. Dikasi extra 2 jam.

    EXTRA 1 JAM = RM10

    ReplyDelete
  10. parisvanjawa@yahoo.com (my email)

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails