Wednesday, March 24, 2010

Aku Tak Suke Kerja Aku!!


Penolong Pengarah JKR Kedah bebas
2010/03/24

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, semalam melepas dan membebaskan Penolong Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur daripada tuduhan menerima suapan iaitu seutas jam tangan berjenama berharga RM6,831, lima tahun lalu. Hakim Rosbiahanin Arifin membuat keputusan itu terhadap Salihin Abd Rahman, 33, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie. Mengikut pertuduhan, Salihin didakwa menerima jam tangan jenama Tag Heuer bernilai RM6,831 daripada Tan Eng Tik iaitu kontraktor E T Tan Enterprise.

Ia adalah untuk diri tertuduh sendiri tanpa apa-apa balasan apabila tertuduh mengetahui ada hubungan dengan tugasnya iaitu 'sub labour kontraktor' kepada syarikat SM Builder bagi projek pembinaan masjid di Taman Sri Segambut. Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kedai Kopi Segambut pada 14 September 2005.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah manakala Salihin diwakili peguam Azuan Abdul Wahab. Seramai 10 saksi pendakwaan di panggil sepanjang perbicaraan.

Ketika di luar mahkamah, Salihin yang terharu dengan keputusan hakim melahirkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan semua yang menyokongnya.

Jawatan nya? SAMA DENGAN AKU

Tempat betugasnya? SAMA DENGAN AKU

Alhamdulillah dia terlepas dari tuduhan tersebut.. Dan aku tau, kalau kita tak buat..Kita tak perlu takut..Dan kalau kita menjaga intergriti kita..Kita tak perlu risau..Tapi macamana kalau ada orang nak sabotaj kita? Macamana kalau ada orang nak mengKAMBING HITAMkan kita?

Sebab tu aku tak suka kerja aku!!!!
Tapi aku akan berusaha buat sesuatu benda hanya yang diberkati Allah..

Nota kaki : Nasrina yang tak sedar diri bahawa jalan-jalan pergi jalan TAR waktu kerja adalah satu benda yang salah.. -_-"

4 comments:

  1. sieeeeeeeeeeeee ke awok dikkkkkkkkk..
    (eh rajin lak ko baca paper??ajaib!!)

    ReplyDelete
  2. sieeeeeeeeeeeee ke awok dikkkkkkkkk..
    (eh rajin lak ko baca paper??ajaib!!)

    ReplyDelete
  3. korporat ada 1 kosong ni......hahaha ====>>> ext 4476

    ReplyDelete
  4. tu yg payah jadi engineer JKR nih slalu je kena tuduh rasuah..saba je la ye.

    nita- nina bace yang ade kaitan ngan JKR je haha

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails