Monday, February 22, 2010

Semangat Kami Dibawa Pergi..

Masa aku sekolah rendah, aku gemuk..Tapi kalau aku tertido rumah Pak long, Pak Long dukung jugak aku bawak masuk dalam kereta. Dia tak bagi kejutkan aku.Biar aku terus tido nyenyak. Sampai aku darjah 6. Pak Long akan angkat untuk alihkan tido aku..

**********

Mak Long sikat kan rambut aku cantik-cantik. Ikat kemas-kemas. Dah pakai baju sekolah, Pak Long bawak aku pergi sekolah dia. Pak Long Guru Besar. Sekolah dia haritu ada buat penggambaran iklan untuk Sukan Komanwel. Pak Long suruh aku join sekali. Itulah first time aku masuk sekolah yang Pak Long mengajar..

**********

"Pak Long..Nina takut mesin tak terima kertas Math Nina tadi la..Nina Conteng conteng belakang kertas objektif tu..Habes la result Math PMR Nina nanti..Macamane ni Pak Long..Takutnyaa..." T_T

"Ish, takde lah..Takde masalah apa pun..Mesin tu baca yang depan je..Apa-apa yang tulis dekat belakang tu,mesin tu tak baca..Kalau tak boleh baca pun, nanti ada orang cek manual.."

"Yeke??Yey!!leganyaaaa.." \0/

**********

"Nina, macamane?Dah dapat kerajaan ke belum?"

"Belum la Pak Long..Takde iklan keluar pun..Semuanya taknak orang.."

"Tu lah awak..Yang nak pergi mintak jawatan yang semua orang ramai-ramai nak pergi ambik tu kenapa.Ada jawatan yang satu je post dia..Pergi mintak cepat.."

"Yeke Pak Long??Ada ke?Meh la adik try mintak"

"Tu...Perdana Menteri.."

**********

Terus terang aku katakan, Pak Long bukanlah muhrimku. Tetapi kerana rasa hormat kepada orang yang rapat denganku dan sentiasa ada bersama denganku, tangannya aku cium setiap kali waktu berpisah. Teringat kali terakhir aku berjumpa dengan Pak Long. Dia panggil aku untuk bersalam.Pipinya aku cium.

Hari esoknya aku singgah ke rumah Mak Long. Dia hanya memandang aku dari atas beranda rumah. Aku melambai dan menegur Pak Long. Tapi dia hanya memandang aku dan tersenyum. Pandangan Pak Long sangat lain. Pandangan Pak Long bagai menembusi aku. Senyuman Pak Long manis sekali.

Aku tidak tahu, itulah kali terakhir aku menatap senyuman Pak Long. Dan kali terakhir Pak Long memandang muka aku.

**********

Banyak sangat cerita-cerita Pak Long yang tak boleh aku lupakan.Pak Long tak suka bercerita pasal hal orang lain. Pak Long lagi suka menyakat, dan bercerita pasal dia zaman dulu-dulu. Banyak kali di ulang-ulang pun memang takkan jemu. Yang memang takkan lupa, cerita pasal naga dan cerita tentang kampung. Rindu nya nak dengar cerita-cerita Pak Long buat kali yang ke seribu.

Alhamdulillah, dengan gaji pertama aku bekerja kerajaan, aku telah belanja Pak Long KFC. Seperti yang dia inginkan. Tiada hutang aku kepada Pak Long. Hati aku tenang bila mengingatkan aku telah sempurnakan hajat aku kepadanya..Pak Long antara orang yang menggalakkan aku masuk JKR walaupun kontrak dan sentiasa mendoakan aku dapat tetap didalam kerajaan.Sebab hanya Pak Long satu-satunya saudara aku yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan.

Semangat kami sekeluarga bagaikan hilang dengan pergi nya Pak Long. Tangisan dan keluhan kami yang takkan ada nokhtah nya ini pun takkan dapat kembalikan Pak Long kepada kami. Hanya kenangan gelak tawa dan kenangan senyuman Pak Long yang akan kekal dalam hati kami.

Sudah seminggu aku bermalam dekat rumah Mak Long. Memang aku tak sampai hati nak biarkan Mak Long termenung mengingatkan kenangan bersama Pak Long. Semoga dengan adanya aku menyebok dekat rumah Mak Long, Mak Long ada kawan untuk berbual dan bercerita, memujuk hati sendiri. Memang anak-anak dia masih ada bersama dekat rumah Mak Long. Tapi masing-masing punya hati untuk dipujuk.

Ini pengalaman pertama untuk aku. Pengalaman pertama orang yang rapat dengan aku pergi untuk selama-lamanya. Separuh semangat aku hilang. Pandangan aku dibayangi oleh gurau senda Pak Long. Dari kecil hingga dewasa aku tak pernah lelah dengan karenah Pak Long.

Semoga roh Pak Long dicucuri rahmat. Semoga segala dosa Pak Long diampunkan oleh Allah s.w.t. Semoga tiada sesiapa pun menyimpan dendam kepada Pak Long. Semoga Pak Long ditempatkan ditempat orang2 yang beriman.Terima Kasih Ya Allah.Kau permudahkan segala urusan Pak Long sewaktu di hospital sehingga ke perkuburan. Alhamdulillah...Segala-galanya dapat diuruskan dengan sempurna diatas keredhaanMu Ya Allah..

Apabila perkara sebegini terjadi pada orang lain, hanya ucapan sabar yang boleh diberikan.Tapi bila diri sendiri menghadapinya, tak tertanggung rasanya hidup ini. Terlalu besar dugaan dari Allah. Semoga Allah menguatkan semangat kami sekeluarga.

~AL-FATIHAH~

4 comments:

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails