Wednesday, December 16, 2009

Lelaki Idaman Kalbu~


Lelaki tu perlu bersabar dengan kerenah aku yang kuat jeles.Jeles aku bukan sikit tapi sampai tahap ko+takkan+boleh+ada+kawan+perempuan.Sebab lelaki tak boleh dipercayai..Pull stop!

Lelaki tu perlu tau macamana kerenah aku.Aku memang suka mengamuk tak tentu pasal tapi dia kena cool tak boleh emo balik sebab aku bukan jenis yang marah lama-lama.

Lelaki tu perlu sama-sama ikut aku membeli-belah..Pilih sama-sama baju apa yang sesuai untuk aku..Warna apa yang sesuai, design apa yang sesuai..

Lelaki tu perlu suka bawak aku sekali masa dia nak shopping & tanya pendapat aku apa yang cantik, apa yang buruk..

Lelaki tu perlu kelakar..Yang boleh buat aku gelak walaupun muka dia tengah series..

Lelaki tu kena suka berjalan-jalan masuk kedai yang aku window shopping, even kedai yang menjual barang-barang warna pink & permainan kanak-kanak ribena..

Lelaki tu kena rajin mengemas sebab aku memang tak suka mengemas..

Lelaki tu kena tau jalan & buat muka selamba kalau tersesat jalan.Sebab aku memang buta jalan & akan gelabah kalau tersesat..

Lelaki tu tak boleh ada aktiviti dengan kawan perempuan tapi dia mesti bagi aku ada aktiviti dengan kawan-kawan lelaki aku..Kesimpulannya, dia tak kuat jeles sebab percaya aku nak dekat dia je..

Lelaki tu kena wangi sebab aku busuk!

Lelaki tu tak payah metroseksual sebab aku geli tengok lelaki yang suka bergaya.Cukup Jeans & t-shirt..

Lelaki tu haruslah tak kesah untuk berbincang dengan aku pasal kewangan dia dan bersedia untuk menerima nasihat aku dalam cara penyimpanan dan pengagihan duit gaji/belanja..

Lelaki tu haruslah sayang famili aku sepertimana dia nak aku sayang famili dia..

Lelaki tu tak payah kaya sangat cukup sederhana tapi tak kedekut.Aku sangat benci orang kedekut & berkira!

Lelaki tu perlu sangat baik dengan kawan-kawan dia dan menjaga hati kawan-kawan dia..

Lelaki tu haruslah layan adik beradik perempuan dia dengan sangat baik.Contohnya, jadi driver untuk adik beradik perempuan dia. Supaya dia menyayangi/menjaga awek dia sama macam dia menyayangi/menjaga adik beradik perempuan dia..

Lelaki tu perlu jaga yang wajib..Andai kata nak jadi pemimpin aku..Sebab aku hampeh..

Lelaki tu masih boleh oder makanan yang banyak untuk aku dengan ikhlas+tersenyum walaupun mulut dia membebel-bebel cakap aku dah bulat..

Lelaki tu tak perlu berayat-ayat manis..Sebab aku benci lelaki yang suka bagi harapan dekat perempuan..Kecuali aku dah confirm milik kau..

Lelaki tu perlu sama tinggi/lagi tinggi dari aku..

Lelaki tu perlu suka kucing?Aku tak suka kucing tapi mak kata lelaki yang suka kucing penyayang.Jadi kena masukkan ciri-ciri nih..

Lelaki tu perlu rendah diri, pandai bergaul..Tak suka cari gaduh dengan orang..Sangat-sangat cool, gentlement, dan berfikiran positif..

Ciri-ciri terakhir... tak banyak, sikit nak macam perangai ayah aku..Perangai apa??Semua yang baik ada dekat ayah aku..Abah adalah lelaki yang terbaik untuk seorang perempuan, suami yang terbaik untuk seorang isteri dan ayah yang terbaik untuk seorang anak...^_^

Korang pun mesti rasa ayah korang macamtukan? ^_^




nota kaki: harap-harap akan/dah jumpa...

14 comments:

  1. ermmmmm...

    lelaki itu juge haruslah x comel tetapi maniss~

    lelaki itu juge haruslah baik dan sedp bile mndgr die brkate2~

    lelaki itu juge haruslah mmpunyai"killer smile"~

    lelaki itu juge haruslah tinggi dr aku~

    lelaki itu juge haruslah sgt2 menyayangi aku~

    lelaki itu juge haruslah namanye bermule dr huruf "m"

    lelaki itu juge haruslah suke explore mknn baru(sbb aku slalu ign mncube mknn yg baru+ lazat..tetpi takot~)

    dr adikmu~

    ReplyDelete
  2. pak aku kawen 3. ya...ciri2 terbaikkkkkk punya.. miahaha >>>> ext 3220

    ReplyDelete
  3. mana ade laki cmtu... -.- dia je bole, laki xbole. huh!

    ReplyDelete
  4. Nas. aku setuju ngan Teri. Asyik ko je yang boleh. dia takleh. Ish3x.... :P

    Tapi ko dah jumpe? hm, pelik gak wujud manusia camtuh. hahahahaha

    ReplyDelete
  5. makhluk asing...\o/ kak nas suka makhluk asing...sungguh x adil...semua dia je nk mng...queen control sungguh...ish3x

    ReplyDelete
  6. baby
    b..senarai tu tuk epal ijau aku ye?k....

    3220
    haha!korang la pelakon filem madu 3..

    teri
    akhirnye teri yang jadi follower akak aku, pengkomen blog adik aku..komen aku..haha!err..memang tak wujud eh lelaki cmni?huhu..

    aimi
    ciri2 yang over mcm selfish tu,tak jumpe pun lagi..berangan je lebih..kehkeh.memang tak wujud ke wehhh....T_T

    pen itam
    kkkk.....lelaki tu ade kat planet marikh....

    ReplyDelete
  7. wei anya...senarai kt ats tu bukn utk si epal ijau la..jgn nk prsan ye..

    tu ciri2 lelaki idaman aku plak~..lalala~

    ReplyDelete
  8. uish..takutnyer ngan lelaki idaman ko tu..

    ReplyDelete
  9. kalo ko jumpa yg mcm tu, bg aku klon satu, boleh?? huhuu!

    ReplyDelete
  10. ok..bab yg mcm abah tu..aku setuju!!

    tapi selain drp tu..yg ciri2 atas tu..ko kena bg laki tu nasik kangkang baru dia ikot pe ko nk smua tu!!
    BERANGAN LAA WEI KO NK DPT LAKI MCM TU..B4 KAWIN BLH LA DIA BRLAKON IKUT CKP KO..DAH KAWIN..MASAK LAA..

    p/s;sile hentikn angan2 anda..turun bwh tlg aku masak, mop umah..lg bagus..(^_^)

    ReplyDelete
  11. yeah~
    sifu terbaik!!!

    ko jgn la melampau sangat.
    kalau dia robot, munken aku buleh paham...

    tak buleh la nk ada sume tu...
    munken dia buta jalan dan metroseksual tapi dia suka explore makanan baru...
    [owh! ini adalah si kerol!]

    ReplyDelete
  12. taktau sape..
    huhu..menakotkan ke..(-_-")

    shie
    kehkeh..bole2..akan aku klon kan sebijik sebijik..=p

    kakak aku
    betul gak eh..lepas kawen,jadi GODZILA!!

    kapten
    kahkahkahkah!!!bagi kat baby!kahkahkah!!

    ReplyDelete
  13. poyo btol entri nas kali ni!

    tapi yang suka kucing tu...hmm...ada 2 ekor kucing la kat rumah dia...sampai ingat nama, satu tompok satu lagi putih....

    yang tompok tu kadang2 boleh panggil pok pok...mak dia la panggil...

    apa2 pun nas....cari yang beriman...yang ada keikhlasan dan sentiasa ingat kepada Allah....

    tapi...betul la...poyo betul entri nas kali ni....hahaha!

    suka...suka...suka...

    ReplyDelete
  14. dah lama aku x jenguk sini..
    terkejut..
    perasaan ingin tau..

    1. who / what is epal ijau? (aku perlu tau sesuatu ker??)

    2. mood ape buat ko tulis ntri ni.. (r u okay bo?is there sumting dat i need to knw? oooo i need to knw (lagu marc anthony) << mood joyah aku...

    3. bo, dun let me be the last to knw..

    4. (psst sapikah!!!!! on ym malam ni!! we need to bjoyah!!!)

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails