Thursday, December 17, 2009

Jom..

Jom bersiap-siap,duduk atas sejadah..Bersedia untuk baca Yassin, doa akhir tahun,solat maghrib,lepas tu baca doa awal tahun..

Berdoa untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat, di panjangkan umur sendiri+kawan2+keluarga, di murahkan rezeki harta dan bagi yang bujang diberikan rezeki jodoh...

Doa ditambahkan iman.Dikurniakan suami yang soleh,anak-anak yang soleh dan solehah...

Doa dapat kerja tetap supaya ada can nak beli rumah sekarang ni nak beli rumah kos rendah pun loan tak lepas (-_-"),kerja yang best,yang boleh buat dengan seikhlas hati dan gembira.

Doa dapat kumpul duit untuk bayar hutang opis lama, dan ptptn..

Doa calon suami dapat kumpul duit cepat-cepat untuk masuk meminang..

Doa cukup duit pertengahan tahun depan dapat sambung master.

Doa dikuatkan iman

Doa dikuatkan iman

Doa dikuatkan iman

.
.
.
.
.
.

Doa dimasukkan ke dalam syurga dijauhkan api neraka di jauhkan hutang dijauhkan bala bencana...



nota kaki: nak listkan doa memang tak cukup..Terlalu banyak nak diminta kepada Yang Maha Pengurnia..


2 comments:

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails