Saturday, October 31, 2009

Bila Tiba Musim Hujan~

Kerja kerja dekat site mesti tertangguh.Sudah la hujung tahun waktu kritikal untuk menghabiskan peruntukan.Waktu inilah banyak kerja-kerja di site.Kerja-kerja konkrit lebih-lebih lagi yang akan menjadi kritikal..Kritikal sewaktu dan selepas mengkonkrit dan juga sewaktu tempoh curing.Aduhh...Risau nya.Sempat ke semua kerja siap sebelum 31 Dec dengan penuh berkualiti... (-_-")

Bila musim hujan, perancangan untuk joging di pagi sabtu juga terpaksa ditangguhkan.. Walaupun malam tadi dah tibai makan sebanyak mungkin sebab rasa esok akan ada aktiviti yang menguruskan badan..Aku gagal lagi...

Bila musim hujan tiba..Aku mula berfikir kuat ke struktur bangunan-bangunan yang di bawah pengawasan aku?Kalau terjadi apa-apa..Orang yag memonitor dan inspect kerja yang akan di cari dulu..Ya Allah..Harap-harap semuanya selamat...Besar nya tanggungjawab..Kadang-kadang terfikir aku tak layak dan tak mampu duduk kedudukan ni..Sebab ilmu masih senipis kulit bawang...Tapi bila fikirkan pengalaman juga merupakan salah satu cabang ilmu yang terbaik, aku mesti berani dengan tanggungjawab ini..

Bila musim hujan...Selimut susah nak dibuang walaupun alarm handfon sudah menjerit-jerit betul-betul 1mm di tepi telinga selama hampir dua minit berulang-ulang lebih dari lima kali....Mesti ada yang gagal menunaikan yang wajib..

Bila musim hujan tiba...Ramai yang berlumba-lumba berdoa dan sujud kepada yang SATU kerana ini salah satu waktu pintu langit terbuka...

Bila musim hujan tiba..Pasti ada yag gembira..Pasti ada yang sedang menari-nari di bawah hujan menelan air dari langit sebanyak-banyaknya..Supaya dapat membesar dengan sempurna..

Bila tiba musim hujan~

4 comments:

  1. org suh g joging...ko berpalsapah pg2 ni.. (*_*)

    ANDA GAGAL LAGI UTK KURUS!!

    bye!

    ReplyDelete
  2. untung la ye~

    musim hujan tiba.
    turun pada hari sabtu yang kau cuti tetapi aku tidak.

    musim hujan tiba.
    tapi bukan semua orang gembira.
    tapi yang pasti, mereka tetap berdoa.

    samada berdoa kesyukuran atau berdoa supaya lebih tabah.

    ReplyDelete
  3. marilah kite berubah di musim hujan~

    ReplyDelete
  4. musim ujan ada lagi ker weh?
    musim ujan aku dihabiskan bercuti la..

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails