Tuesday, August 11, 2009

Degil~

Assalamualaikum..

Hari ni rehat kat rumah..Demam (-_-") Dah rasa tak sehat dr hari Ahad lagi..Dah mula sakit tekak..Tapi gagahkan diri jugak pergi ofis semalam..Sekali aku pegi,ramai gile yang MC..Technician aku siap masuk wad..Kalau aku tau la..aku rehat kat rumah...huhu..

Aku gagahkan diri jugak nak pergi,sebab ada inspection bumbung utk satu kerja dekat site aku..Masa inspector bumbung tu cerita dekat aku pasal design dia..Aku dah rasa terhuyung hayang..Aku gagahkan jugak untuk dengar (walaupun aku tak dengar ape pun..Telinga aku mcm berdengung)..

Lepas inspect bumbung,Aku, TA aku dgn Technician aku (technician yang lain..bkn yg masuk wad tu..sile pikir logik..hihi) pergi check kerja2 dekat tempat lain pulak...T_T Wuaaa!!!Rase nak pitam... Byangkan..Aku cek kerja longkang sekeliling padang kawad yg BESAR..Aku cek kerja extend bangunan.Aku cek kerja paip dekat atas bukit yang kena jalan jauh utk naik..Nak nangis.. T_T

Mesti korang pelikkan?dah tau demam,balik je la...Lepak kat ofis je..Utuk Kem Sungai Besi ni,Aku dapat TA yang sangat2 betanggungjawab dalam membuat kerja..Walaupun aku bos die,tapi aku lagi banyak belajar dari dia..Dia takkan buat kerja sambil lewa..Setiap kerja kontraktor,dia akan cek sampai dia puas hati..Aku selaku Engineer yang baru nak belajar dan agak lembik (-_-")..Aku follow la mane2 yang dia nk pergi,sambil bole tau site yang aku jaga,aku leh tau problem dkt site...N mcmane nk solve..

Dah dekat atas bukit tu...Aku dah tak larat..Jalan tengah2 panas..Aku rasa nak pitam.. T_T Ada satu walkway, aku duduk situ..TA aku terus ckp.. "Ya Allah Cik Nas!Saya lupa Cik Nas demam!!" Aku senyum je...Tak larat dah nak ckp byk..

Lepas dia cek kerja2 paip air tu,dia n technician aku suruh aku duduk ctu.Diorg akan ambil kereta sampai ke tempat yang aku duduk tu..Lama jugak masa yang diorang ambil utk amek aku..(-_-") Rupa2nya diorang singgah kedai belikan dua air badak n panadol... T_T

Diorang trus bawak aku pegi hospital dekat kem tu..utk pegi cek secara free.. =p N Itulah hasilnya...Aku dapat MC harini \0/ Eh...Hepi pulak.. (-_-")

Masa aku pergi hospital tu..Ramai gile yang DEMAM!!Aku tanya doktor tu..Mcmana nak tau org tu kene H1N1?Dia ckp,sekarang ni..semua org pun kita suspect (-_-")

H1N1 ni nak uji kita..Nak kita muhasabah diri..Aku bagi satu contoh je...Kita mengaku kita ikut sunnah Nabi kan?Bila orang cakap kita tak ikut,kita akan melenting..Tapi cuba kita kaji,adakah kita ikut sabda Nabi yang satu ni?

Rasulullah s.a.w dalam satu hadis sahih yang mafhumnya;
"Jika kau mendengar di sebuah negeri ada penyakit merbahaya dan berjangkit (seperti taun) maka janganlah kamu pergi ke negeri itu dan jika kamu sedang berada di sebuah negeri yang merebak penyakit itu, maka jangan lah kamu keluar daripadanya"

Kita dah tau,kerajaan kita lemah untuk menguat kuasakan tiada keluar masuk ke luar negara sebab lebih mementingkan ekonomi dari kesihatan rakyat sendiri..Jadi,kita sebagai individu sendiri yang perlu peka..Macamana tanggungjawab kita kepada individu lain... Dah ramai yng meninggal...Dan yang meninggal tu,semua orang yang yang tak bersalah cuma berjangkit dari orang lain yang degil...Janganlah sampai satu hari nanti kita di soal oleh Allah utk kesalahan yang di luar sedar kita.. Kesalahan yang kita buat dalam sedar pun dah byk.. =(


Sama2 kita muhasabah diri...Dan berdoa agar dijauhkan dari malapetaka dan bencana...

4 comments:

  1. hhhuhuhu~

    aku lah si degil tu kan?

    ReplyDelete
  2. Tch tch tch.. teruk betol kerajaan kte ni yek?
    xikot sunnah nabi..

    dasar sok suci!! Munafik lg!
    waduh waduH!

    ReplyDelete
  3. kapten
    ko baru sudah mkn cili ke..hihi...doakan aku sehat wehh~

    maze
    haha!lawak gile maze nih..

    ReplyDelete
  4. post nie dedicate khas tuk ko mugi...dan aku, selaku jeles, mengiyakan kedegilan ko...

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails