Sunday, June 28, 2009

Kanpai yang sehat ^_^

Assalamualaikum....

Penat nyeee...baru balik dari Bukit Cerakah (tukar tempat dari Taman Botani ke Bukit Cerakah di saat2 akhir atas sebab2 tertentu). Walaupun Shah Alam tu tempat kitorang belajar dari diploma sampai la ke degree,dah kerja ni baru la kenal Bukit Cerakah tu.Tengok!Nampak sangat kami student yang penuh bertanggungjawab dan tak main2 masa belajar...hehe...

Kitorang dah sampai awal pagi lagi..Pukul 8 dah masuk dalam Bukit Cerakah tu n terus sewa basikal sorang satu..Ada 6 orang semua nya.. Aku,Naj,Aiza,Khairul,Azrol n lagi sorang Aidi(yang bukan ahli Kanpai,tapi nak join jugak kitorang.Takpe,kehadiran dia dialu alukan sebagai kamera man..hehe)

Posing dulu..Jap lagi penat tak larat dah nak senyum...

Dapat2 je basikal,Aktiviti pertama kitorang adalah MAKAN!!!Nasi Lemak yeee.....Aduiii...Belum sempat berpeluh ni,terus makan..Alasan nak makan dulu adalah utk kumpul tenaga...(-_-")

Selepas tenaga dikumpulkan.Kitorang terus menuju ke arah kawasan kayak..Dekat je sebenanya tp ala2 berliku2 sikit n berbukit.Amat menyeksakan bagi kitorang yang tak pernah exersize ni.. Setiap gerak kayuhan kitorang ni di paksa oleh Khairul yang sangat2 suka bersukan tu.Nak rehat sesaat pun,dia dah bising2 pasal kalori nasi lemak yg kitorang makan sebelum tu...Lalu kitorang tanpa henti pun mengayuh basikal sebab taknak dia membebel lama...Adoihh...

Betul tak aku cakap...Si Kerol tu asek paksa orang kayuh.. (-_-")

Lepas dah berbasikal dengan agak lama,ktorang singgah dekat rumah (4) empat musim yang tengah beriklim panas.Alaa...ada sikit frust sebab mengharapkan musim salji.Baru tau yang rupa2 nya rumah 4 musim ni bukan la tunjukkan empat empat musim kat dunia ni,tapi satu musim je dalam satu2 masa,ikut musim negara yang beriklim 4.



Dalam Rumah 4 musim...

Keluar dari rumah 4 musim, kitorang lepak dekat Taman Padi sementara tunggu Naj n Aidi keluar pergi beli kek untuk sambut birthday Aiza n Khairul.

Tak pernah merasa balik kampung ada padi...huhu..Kalau tipu gamba ni dekat tepi bendang orang percaya tak?hehe...

Sebelum upacara tiup lilin, Azrol bagi kitorang cenderamata yang dia beli dari China.Rantai Jed..Comel!!!Aku dapat tali warna pink ^_^ Azrol tau aku suka pink..yey!! \0/ Thanks Azrol..^_^

Cute tak? ^_^

5 Star for Kanpai Kesihatan!! \0/

p/s Nakama...Lepas ni kita jumpa dekat restoran steamboat yee... ^_^

7 comments:

  1. waaaaaaaahhh!! sehatnye!!!
    nk gak!!!! main basikal!!!!
    (kat umah ni ade basikal xnk main!!! O_O"

    ReplyDelete
  2. dalam bilik anya pon ade beskal..tapi mmg tak men jugak... *_* kene aktiviti beramai ramai baru best... \0/

    ReplyDelete
  3. ouh, macam seronot jek nak gi sini.. kali terakhir aku ke bukit cerakah was in 93! Makkkaihh~ lama dah tu!

    ReplyDelete
  4. marilah kita bersama sama ke Bukit Cerakah..\0/

    ReplyDelete
  5. sakit b****t la we~

    tp mmg best la...
    kerol mmg siot...
    mementang la kita ni kurng eksesais...
    kena kerah macm kt kem motivasi je..
    kan?
    haha~

    pasni kt steamboat?
    yay!

    ReplyDelete
  6. Yee..sangat2 siot..Takpe,ektiviti bersukan aktiviti die..bile kena aktiviti yg kita terer,siap la dia...haha!

    ReplyDelete
  7. 'DELETE GAMBO AKU Y BURUK!! WALAUPON AKU MMG SEDAR ITU LAH MUKA AKU!! CEPAT!!!! IF X...LIST STEAMBOAT XDE NAME ANDA!!' - kate si aiza..

    tolong la korang...ponek la nak sampai2kan mesej korang nie...aduhhhhh..

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails