Sunday, May 3, 2009

Pernah dgr lagu ni x?


Puteri Islam Sejati

Wahai puteri,
lihat nun di sana.
Islam mu kini ketandusan pembela.
Bersama sendu mengalir lesu,
tertunggu-tunggu mujaddid baru.
Kembangnya kini diulit sepi,
tiada lagi rijaluddin sejati.
Wahai puteri khidmat mu dinanti.
Ummah derita, engkau pengubatnya.
Kelembutanmu penawar sengsara.
Engkau penyeri Islam dan tamannya,
Tanganmu bakal menggoncang dunia.

Namun ingat puteri,
ilmu perlu dicari.
Buat bekalan dalam perjuanganmu nanti.
Pembimbing diri dari thoghut dibenci,
tuntutlah seikhlas hati.

Wahai puteri,
kau Muslimah sejati.
Teguhkan iman,taqwamu di hati.
Taqarrub billah takhta peribadi,
amalmu menjadi bukti.
Sabarmu dikagumi,pasrah pada ilahi.
Redha menghadapi mehnah Rabbul Izzati.
Usah ditangisi takdir yang sudah pasti,
pengorbananmu kan disanjungi.
Puteri solehah,mujahidah, ansarullah.
Berbekal iman, sabar, taqwa dan redha.
Berilmu, beramal, berkhidmat, berjuang.
Berkorban agar Islamkan gemilang.
Bersama puteri, Islam takkan sepi.
Subur disirami,harum mewangi.
Wahai puteri, kau Muslimah sejati.


Pernah dengar tak lagu nih? Nasyid nih aku belajar mase aku join Kem Puteri mase aku form 2 dulu...(tak ingat dah name kem ni yg betul)...Tadi aku jalan2 dekat blog org lain..Nampak ade lirik ni..teringat pulak mase join kem ni dulu..hehe...Kem ni seminggu...Best...semua perempuan je..Kem ni utk budak2 belia remaja...yang masih suci bersih belajar jadi puteri solehah...

Tapi...Aku mase tu..keras hati gile...kem tu berlalu dgn tak de ape2 perubahan pun kt aku...Adeh..rugi2...Tapi ada satu...Yang aku ubah lepas aku blk dari kem tu...Aku dah stat pakai baju lengan panjang...Sebab dari situ,baru aku sedar yg tangan ni pun aurat jugak...ish ish ish...
Jahilkan?

3 comments:

  1. sok suci...haih...

    ReplyDelete
  2. tak penah dgr a rasanya...
    nnt jumpe ko, ko nyanyi sket. bleh?

    ReplyDelete
  3. hahaha!!kalau aku nyanyi pun..kompem ko x dpt agak lagu ape...sumbang mambang...haha!

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails