Monday, April 27, 2009

Hati Mati


Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

*Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
*Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
*Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
*Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
*Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
*Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
*Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
*Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
*Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
*Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

2 comments:

  1. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.


    ada pada aku...erm....camane?

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails