Saturday, February 7, 2009

Lepas Gaza,Kite ke PERAK....

Tak tau kenapa..rasa nak paste yang aku baca dari harakahdaily ni.. Apapun,pada aku apa yang jadi mesti bersebab..Allah akan bagi ujian atas seseorang tu..Setimpal dengan keupayaan dia..Untuk lebih kuat Iman die dekat Allah..Emm..Pada aku,Allah pilih Nizar,mesti sbb Allah tau dia yang paling kuat n bole terima kenyataan..Wallahualam... Well..Whatever it is..Senjata Makan Tuan...Huhu... Islam Tetap Dijunjung..Bukan Bangsa Yang Kita Perjuangkan...


"Serah pada Allah" - Nizar
Johari Jaafar Thu Feb 05, 09 4:57:38 pm MYT


IPOH: 5 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau menyerahkan urusan pembubaran Dun Perak kepada Allah setelah berusaha dengan berbagai cara yang betul mengikut lunas undang-undang dan syarak.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat solat hajat dan berdoa kepada Allah memohon supaya kerajaan Pakatan Rakyat Perak dapat diselamatkan.
Malam tadi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat kelihatan begitu ramai berkumpul di sekitar kediaman Menteri Besar Perak.
Beliau menasihati orang ramai supaya bertenang, tidak menimbulkan kekacauan, provokasi dan tidak melanggar batas undang-undang.
"Serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan menyelesaikan kemelut ini," ujar Nizar.
Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki difahamkan 'agen-agen BN' telah memperdaya Adun Bota yang membawanya keluar dari rumahnya kononnya Raja Muda ingin bertemu.
Sepatutnya malam itu Nasarudin bersama semua Adun Pakatan Rakyat berada di rumah Menteri Besar.
Rupanya beliau dibawa ke Putrajaya dengan kawalan yang sangat ketat.
Menurut isterinya yang menceritakan kepada pimpinan PKR Perak sambil menangis suaminya dipaksa untuk menyertai semula BN.
Beliau sempat menghantar mesej pada suaminya dengan mengingatkan supaya jangan menjadi pengkhianat, tetapi mesej tersebut tidak berjawab.
Rumahnya di Ipoh dikawal dengan ketat oleh orang-orang yang tidak dikenali.
Peringkat awal, rumah mereka dikawal oleh petugas-petugas PKR.
Oleh kerana ramainya orang-orang yang tidak dikenali menceroboh masuk ke halamannya rumahnya, petugas-petugas PKR terpaksa mengundur diri kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini.
Mohamad Nizar menyeru seluruh rakyat Perak bersabar dengan cubaan jahat Umno ini.
Mohamad Nizar memberitahu ketika beliau melangkah keluar dari pintu Istana, Baginda Tuanku berpesan kepada beliau dengan membaca petikan ayat al-Quran yang berbunyi "Innallaha ma'assobirin"._



No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails