Thursday, January 22, 2009

Penting Sangat ke Isu Palestin??

"Teruk aa orang Palestin nih, berdamai je la dengan Israel ni, habis
cerita "
"Apa pulak masalah kita ? ni masalah rakyat Palestin !"
"Ishh…tak habis2 depa ni berbunuh2an, bila nak tamat cerita
Palestin-Israel ni?"
"Apa penting sangat Palestin ni ? Kita kat sini dapat cukup makan pakai
dah laa "
…antara skrip biasa rakyat Malaysia bila di tanya isu Palestin. Maszlee
Malek memberikan dalil kenapa umat Islam sedunia perlu membuka mata dan
menggerakkan minda dan tenaga untuk membebaskan bumi Palestin dari rejim
Zionis

Kedudukan Palestin Di Dalam Islam
Oleh : Maszlee Malik

Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap
orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah :

1. Ianya merupakan tanah Para Anbiya'. Bahkan ramai para anbiya yang
disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan
di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Antara mereka ialah Nabi
Ibrahim (dimakamkan di Khalil Hebron) , Nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi
Yaaqub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahaya, Nabi Isa dan
lain lain lagi. Semoga Allah memberkati mereka semua.

2. Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid
al-Aqsa

i- masjid yang kedua dicipta oleh Allah S.W.T di muka bumi ini,
Berdasarkan hadith Abu Dzar dalam sahih al-Bukhari dan Muslim :
Rasulullah S.A.W pernah ditanya :Mesjid apakah yang pertama
dibangunkan di atas muka bumi ini, Baginda S.A.W menjawab :Masjid
al-Haram, Selepas itu masjid apakah pula, Baginda S.A.W pun
menjawab: Masjid al-Aqsa

Ramai aktivis Palestin masih ditahan sekarang, apa sumbangan kita ?

ii- menjadi qiblat pertama untuk orang Islam sebelum mereka bersolat
menghadap ke Masjidil Haram di Mekah.
Ini berdasarkan hadith yang mutawatir (banyak sekali) dari para sahabat,
dan di antaranya ialah Hadith dari al-Barra Bin Azib seperti yang
terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim :Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bila tiba di Madinah, baginda telah berjumpa dengan saudara maranya di kalangan Ansar, dan baginda
bersolat mengadap ke Baitul Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulan sehingga akhir hadith.

iii- merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam.
Berdasarkan hadith Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri yang diriwayatkan
oleh al-Bukhari dan Muslim :
Rasulullah S.A.W bersabda : Janganlah kamu bersusah payah untuk
bermusafir kecuali untuk menuju ke tiga tempat : Masjid al-Haram,
Masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa

iv- Di masjid ini jugalah kejadian Isra' (Perjalanan Malam) berlaku, di
mana Nabi Muhammad daripada bumi suci itu melakukan pengembaraan malam
yang penuh keajaiban ke langit yang dinmakan mikra (Naik ke langit).
Firman Allah S.W.T :Yang bermaksud :
Maha suci Allah yang telah mengisrakan (membawa pada perjalanan malam)
hambanya dari masjid al-Haram ke masjid al-Aqsa yang telah kami berkati
sekelilingnya untuk kami perlihatkan kepadanya tanda tanda kekuasaan
kami (Surah al-Isra : ayat 1)

v- Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda
pahala.
Berdasarkan hadith : Sabda Rasulullah S.A.W : "Solat di masjidil Haram
bersamaan 100,000 solat, bersolat di masjidku bersamaan dengan 1000
solat, dan bersolat di masjid al-Aqsa bersamaan dengan 500 solat".
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabrani dan dikategorikan sebagai
Hassan.

3. Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar
selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
Ini berdasarkan Hadith Maimunah Binti Saad yang telah diriwayatkan oleh
Imam Ahmad dalam musnadnya dan juga Ibn Majah : Maimunah telah bertanya
kepada Rasulullah S.A.W : Ya Rasulullah berikan kami fatwa berkenaan
Baitul Maqdis?, Lantas baginda menjawab : Ianya adalah bumi Mahsyar dan
Kebangkitan .

4. Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang
yang berjihad di jalan Allah. Dan dinamakan sebagai "Ardh Ribath", iaitu
bumi pertahanan jihad.

Atas dasar inilah Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada kaum muslimin
bahawa mereka akan mendudukinya dan berpusat di sana. Sebab itulah di
zaman Saidina Omar tidak sedikit sahabat yang syahid untuk
membebaskannya dari tangan kerajaan kristian Rom. Selepas itu ianya juga
pernah jatuh ke tangan tentera salib Eropah sehinggalah Salahuddin
al-Ayubi membebaskannya. Begitu juga di zaman Tatar, mereka hamper
sahaja menawannya sehinggalah mereka dikalahkan oleh Sultan Qutz. Dan
sekarang ini ianya dijajah oleh Yahudi dan jihad akan berterusan di sana
selaras dengan janji Rasulullah S.A.W sehinggalah har i kiamat nanti.
Ini selaras dengan hadith riwayat Abu Darda : "Ahli Syam akan berterusan
dalam jihad dan ribath di jalan Allah "
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabrani.Al-Haithami menyatakan perawi
perwainya semuanya thiqah dan ianya disokong oleh hadith hadith yang
lain.

5. Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan
yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke
hari kiamat.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili
bahawa nabi S.A.W bersabda : Sekelompok dari umatku akan tetap berada
dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh musuh mereka,
dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh musuh mereka kecuali apabila
mereka ditimpa kesusahan , dan sehingga dating pertolongan dari Allah
dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala,,Para sahabat
bertanya : Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah S.A.W, Baginda
S.A.W menjawab : Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan)
Baitul Maqdis.

Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah ibn Ahmad dalam Musnad Ahmad, dan
al-Haithami dalam Zawaidnya telah memberikan komentar : Hadith ini
diriwayatkan oleh Abdullah Bin Ahmad (anak Imam Ahmad Bin Hanbal) dan
juga al-Tabrani, dan perawinya adalah orang orang yang thiqah
(dipercayai).

6. Ianya juga merupakan bumi yang diberkati Allah. Samada dengan
banyaknya para anbiya yang telah diturunkan di sana, jihad yang
berterusan dan juga dari sudut kesuburannya. Malah di dalam surah al-Tin
Allah S.W .T telah mengisyaratkan bumi tersebut dengan buah tin dan buah
zaitun menurut tafsiran majoriti ulama tafsir- kerana banyaknya
terdapat buah tin dan buah zaitun di sana seperti yang telah
diriwayatkan oleh Ibnu Kathir di dalam "Tafsir al-Quran al-Azim"nya.

Antara ayat ayat yang menunjukkan keberkatan bumi tersebut ialah
firman Allah S.W.T :
"Maha suci Allah yang telah mengisrakan hambanya pada waktu malam dari
masjidil Haram ke masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya
(bumi tersebut) , untuk kami tunjukkan kepadanya tanda tanda kekuasaan
kami" ( al-Isra : ayat 1)

dan juga firman Allah S.W.T :
"Dan kami selamatkan dia (Ibrahim) dan Lut ke bumi yang kami berkati
untuk sekelian alam" ( al-Anbiya : ayat 71)

Yang dimaksudkan dengan bumi yang diberkati di sini ialah bumi Palestin.

Dan juga firman Allah S.W.T :
"Dan bagi Sulaiman (kami tundukkan) baginya angin kencang yang menurut
perintahnya ke negeri yang telah kami berkati" ( al-Anbiya : ayat 81 )

Yang dimaksudkan dengan bumi yang diberkati di sini ialah Baitul Maqdis.
Dan banyak lagi ayat ayat lain berkenaan fakta tersebut.

7. Di sini jugalah akan didirikan ibu negara umat islam di akhir zaman ,
dan kemajuannya akan membawa kepada tanda tanda akhir zaman.
Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W seperti yang telah diriwayatkan
oleh Nuaim Bin Hammad salah seorang syeikh kepada Imam al-Bukhari dalam
kitabnya "al-Fitan" :
Sabda Rasulullah : " Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran
Madinah (kerana diserang wabak)?" sehingga ke akhir hadith.

8. Di bumi ini jugalah banyak peristiwa besar pada akhir zaman akan
berlaku seperti yng telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam
hadith hadith sahih dan hassan, antaranya :

i- Pusat pemerintahan imam Mahdi dan Nabi Isa A.S.

ii- Dajjal dibunuh oleh nabi Isa di Lud, sekarang ini terdapat lapangan
tentera Israel di Bandar tersebut.

Berdasarkan hadith Rasulullah riwayat Majma' Bin Jariah, sabda
Rasulullah S.A.W : "Ibn Maryam akan membunuh Dajjal di pintu kota Lud"
Hadith riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Termizi, al-Humaidi, Ibn Hibban,
dan al-Tabrani dan diklasifikan sebagai sahih lighairihi.

iii- Pertempuran besar antara umat islam dengan Yahudi di bawah pimpinan
Dajjal akan berlaku di sini.
Berdasarkan hadith Ubadah Bin Somit, Rasulullah S.A.W bersabda : "Akan
kekal di kalangan umatku sekumpulan yang berjihad menegakkan yang haq
dan mengalahkan mereka yang menentangnya sehinggalah di kalnagan mereka
akan membunuh Dajjal"

Hadith riwayat Imam Ahmad dan al-Tabrani dan dikategorikan oleh al-Hakim
sebagai sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim.

Berkaitan dengan pembunuhan pengikut pengikut Dajjal di Baitul Maqdis
pula diceritakan dalam hadith Ibn Umar, bagaimana selepas Dajjal
dibunuh, mereka pula akan dibunuh oleh orang islam sehingga jika mereka
bersembunyi di sebalik batu dan kayu , batu dan kayu akan memberitahu
orang islam untuk membunuh Yahudi yahudi tersebut.

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dan dikategorikan sahih oleh
Ahmad Syakir.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails