Thursday, January 22, 2009

KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan
oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan
berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang
Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh
oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di
sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan
katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada
Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak
bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu
hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal
akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam
akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila
mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk
menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan
memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di
sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan
bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang
giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel
sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman.
Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar
tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw...keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada
yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan
bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok
Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang
gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai
dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.
Wallahu'alam.


Ditulis oleh PUTRA
Khamis, 11 September 2008



1 comment:

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails